Thursday, November 12, 2009

CPJ 3 ~~

Kat rumah si dara....

~~Tahun 1999

Buah-buahan kegemaran: Segala jambu yang ada kat Malaysia.

Huh. Tergelak Timah melihat sepotong ayat itu dalam buku autograf Ain. Biodata Zahari. Poyo...

“Kau tau tak kenapa dia suka makan jambu?”

“Mana la aku tau..”

“Eh, dia kan sekampung dengan kau..”

“Memang la. Tapi aku bukannya sedara dia yang tahu serba-serbi pasal dia.”


Ingatan Timah kembali ke zaman remaja. Ketika dia berada di Tingkatan 3. Dia terbelek buku autograf Ain. Si Ain yang terlalu menyimpan perasaan suka pada Zahari. Aduh, masa tu, parah! Dia la yang kena meng'pas' surat cintun mereka berdua. Dia tak pasti perasaan Zahari yang senior dua tahun tu pada Ain. Tapi hubungan mereka sangat mesra. Agak-agak dalam kategori teman tapi mesra la kut.

Tapi sejak satu peristiwa tu... dia tak nampak lagi Ain berjumpa Zahari di kantin ke, di mana-mana tempat yang selalu menjadi pertemuan mereka. Ain tak lagi minta Timah jadi posmen.


“Kenapa abang Nuyu suka sangat buah jambu ni ek?” Dah lama sangat soalan ini tersimpan. Kalau tak boleh tanya pada tuan punya mulut yang suka jambu tu, dapat waris dia pun jadi la.. Kebetulan Nuyu datang bertandang untuk meminjam novel daripadanya.


“Haha. Kalau akak tau cerita dia start suka jambu, mesti akak tak caya punya la..”
Nuyu dah tergelak-gelak mengingatkan cerita yang padanya memang langsung tak masuk akal. Tapi, dari takdek cerita, baik ada.. kan?

“Cerita la..” Timah memujuk. Dan dengan ringan mulut, Nuyu membuka hikayat "Abang Saya dan Buah Kegemarannya.."


Masa darjah 6, Zahari ada join satu camping anjuran sekolahnya. Khas untuk murid darjah 6 yang baru aje habis UPSR. Camping tu menggabungkan beberapa buah sekolah lain dalam daerah yang sama.

Alkisah.. satu petang tu, time riadah, tengah Zahari berjoging di trek jogging, dia ternampak seorang budak sedang makan buah jambu dengan penuh perasaan bersama familinya. Seronoknya mengalahkan sedang berparti.

“Sedap sangat ke?”

Masa dia lalu di hadapan keluarga tersebut, tak semena-mena dia dipelawa untuk menikmati buah itu sekali. Langkah kanan. Pepatah cakap, rezeki jangan ditolak. Budak tu pun cun..cit!

Zahari mencapai sebiji. Terus dimakan.

“Cicah dengan ni, baru best.”

Rojak buah tersebut dicecah. Auw… sedapnya. Pakcik yang menghulur rojak tadi hanya tersenyum melihat gelagat Zahari.




“Tapi kalau akak nak tau, abang suka jambu sebab budak yang dia nampak tu sukakan jambu jugak. Budak perempuan tu cun tau kak. Abang la cakap. Nuyu tak tau. kalau dia tipu Nuyu, Nuyu pun tertipu akak la. Hermm... Kononnya nak tawar-menawar beli jiwa la tu. Mula-mula biasa aje la dia makan jambu tu. Entah bila dia jadi gila dengan jambu, Nuyu pun kurang pasti sebenarnya, kak..” Nuyu menghabiskan ceritanya dengan gelak yang masih bersisa.


Timah diam. Aku pun suka jambu jugak.. Tapi kenapa la dia tak nak beli jiwa aku? Uhhh, tolong laa Cik Husnul Khatimah.. Tolong jangan perasan, boleh?!



Kat rumah si teruna...

Zahari menjilat jarinya. Buah jambu yang terakhir selamat masuk ke dalam perut. Erk.. Sendawa yang tiba-tiba berbunyi disambut dengan ucapan Alhamdulillah. Dia bersandar seketika di kerusi.


“Syukran ya Allah. Sedapnya la buah ni..”

Zahari menggeleng kepala. Dia tau sangat kegilaannya pada buah ni menimbulkan rasa pelik orang lain. Mama, abah, kawan-kawan. At least Nuyu tau separuh cerita. Lagi separuh tu, dia nak tunggu orang yang berkenaan yang bertanya. Tapi sekarang, keadaan macam dah berubah la. Nak tunggu dia ke tak ek? Dah la makin slim. Makin lawa. Makin cantik. Aduhai, makin terpaut!


Astaghfirullah. Maksiat. Maksiat. Kena bagitau mama ni.. Umur pun dah lanjut. Dah tiba masanya..


“Hai abang.. Sengih aje ni. Orang bagi salam banyak kali pun dia buat dek je..”

“Eh.. Bila balik? Tak perasan. Sory..”

“Sempat la tengok abang menjilat-jilat jari tu. Dah habis ke buahnya?”

“Selamat dah dik. Berkubur tanpa nisan dalam perut abang ni. Dari mana?”

“Rumah Kak Timah. Pinjam novel. Boring pas SPM ni takdek keja.”


Timah?


“Eh dik. Bila masa dia jadi macam tu ek?”

“Macam tu? Maksud abang?”

“Yelah.. Dulu dia kan bulat..”

“Sekarang slim? Entah..dengar-dengar masa kat u dulu, dia ada suka orang. Tapi orang tu tak layan. So, dia nak improve yang dia pun boleh cantik. Then, jadilah kak Timah adik yang cun macam tu. Sekian, cerita tamat!”


Amboi, kak Timah adik.. Belum pape lagi dah cakap kakak dia.. Tunggu la jadi pape dulu. Baru la cakap kakak dia.. Kakak dia tu maknanya bini abang dia.. hihihihihihi......


Zahari menampar pipi. Meroyan!

16 comments:

ha-ra said...

hehehe...
same2 memendam rse...
har mntak mama pinang je la timah 2...hehe

zaza ahmad said...

bestlah cita nie..nampaknya zahari ada rasa kuch kuch hota hai ngan timah..

inna hayati said...

ct,
ko kena tau,walaupun aku tak komen selalu...aku sangat baca selalu.
jadi.
sila sambung lagi sebelum aku pulak meroyan..heheh:D

Cutiesgurl said...

sweet jer zahari tue...rupanyer dia minat kat timah....good job writer..buat kita tersenyum depan laptop nie...:D

epy elina said...

hohoho..
ala sbgai llki mula la dulu or sruh mak ko g mlamar timah..
dua2 suke sma ske...
gud job..

haruhi said...

kirenyer dri dlu r zahari tu suker kt timah??!!!hihihi

smbg2...:)

Aisha @ Sara Hamza said...

alamak eh!aku pulak yg meroyan nie.....sambung2!

PrIcEsS E_eLiDa said...

sambung~~~sambung~~sambung~~
dah knak meroyan tergelak2..
kahkahkah...uiks apa emy nie...

Sue said...

he3...! cam dah sesama suka jer..

sambung lg tau!

bidadari cinta said...

gila sadis..
jambu klu cicah ngan rojak buah
mmg sedap..tp tak la giler minat sgt ngan buah jambu tu..
hihi..dua2 pendam rase..
sambung!

bidadari cinta said...

gila sadis..
jambu klu cicah ngan rojak buah
mmg sedap..tp tak la giler minat sgt ngan buah jambu tu..
hihi..dua2 pendam rase..
sambung!

iena said...

la dua hati saling
memendam rasa rupanyer...
tp nape rasa cam pendek jer...
cam x cukup jer..hehe

misz nana said...

alahai Timah..
haha

sha said...

ala comey nye~~

Si Kure-kuree said...

best3...
bile lagi nk smbung nih..

sya[E] said...

okkeyy..
zahari pn der ati kt timah yer..
sme2 der ati..
smbg2..ngeEe