Wednesday, March 4, 2009

Kisah Di Hati 17

“Kau pasti ke Man apa yang kau buat ni betul?” Kamil menyoal setelah lama kedua-duanya sepi di dalam kereta. Hari ini mereka pulang ke KL setelah ‘misi’ mereka selesai di Johor. Boleh dikatakan selesai la kot..

“Entah la Kam. Aku pun tak tahu. Tapi apa yang aku tahu, aku buat semua ni demi kebaikan Lia.” Azman sendiri ragu-ragu. Masa depan adiknya bukan hal main-main..

“Tapi…” Kata-kata Kamil hanya setakat itu.



“Azman pernah bagitau I yang Lia nak tunggu umur 26 tahun baru nak bercinta. Kalau tak keberatan, boleh Lia cerita, ada apa sebenarnya dengan umur tu? Kenapa mesti 26 tahun? ” Peluang berdua-duaan dengan Aliah dimanfaatkan sebaik mungkin. Azman sedang leka membelek perfume di sebuah gerai. Sebenarnya buat-buat leka. Saja nak tak nak kacau line..

“Entah.. Tak ada apa-apa yang penting sebenarnya. Tak perlu la En.Kam nak tahu..” Aliah menjawab hambar. Takkan la nak canangkan pada orang lain kisah diri sendiri.

“Tapi Lia, kalau Lia tak nak terima cadangan Azman ni, Lia boleh bantah. Jangan korbankan masa depan Lia semata-mata….”

“Saya kenal abang saya. Saya tahu apa yang dia buat adalah untuk kebaikan saya. Saya tak salahkan abang…”

“So, jawapan Lia?” Kamil memandang Aliah di sebelah. Mahukan penjelasan.

“Saya pun tak tahulah En. Kam. Pendapat En. Kam macam mana?” Soalan juga yang menjadi jawapan.

“Hmm.. Kalau Lia tanya pendapat saya, saya akan cakap, fikirkan pasal diri sendiri. Kalau Lia sedang tunggu seseorang sehingga umur Lia 26 tahun, dan Lia pasti dia akan muncul..it's up to you. Itu pilihan Lia. Saya tak ada hak nak paksa Lia terima saya apatah lagi sebab Azman..”

Aliah terdiam. Mengambil sedikit masa untuk menganalisa kata-kata Kamil. Tidak lama selepas itu, “En. Kam, saya rasa la kan..saya perlukan masa.” Tegas Aliah bersuara.

Kamil hanya mengangguk. Memang benar Aliah perlukan masa. Perkara ini bukannya hal remeh-temeh. Tapi sebenarnya tak adalah kompleks sangat. Asalkan suka, on je.. Kamil tersenyum. Sumbing. Perasan dengan kehairanan yang ditonjolkan oleh kening Aliah, dia hanya menggeleng.

“Kalau Lia nak tahu, I patut berterima kasih pada Azman. Dia bagi I peluang untuk bersama Lia. And syukur Alhamdulillah kalau Lia dapat terima I..”



Memang. Kamil betul-betul berharap agar Aliah menjadi miliknya. Dia betul-betul sukakan Aliah. Sayangkan Aliah. Cinta..hmm, mungkin. Cinta pandang pertama!! Azman di sebelah dipandang. Terbeliak matanya. Tido?!! Amboi-amboi sedapnya dia tido. Kamil hanya menggelengkan kepala. Mereka dah berpakat,

“Aku drive ke Johor, kau drive balik KL.” Kamil hanya mengangguk bersetuju dengan kata-kata Azman. Tapi, on the way ke Johor, aku langsung tak tido. Time aku drive, kau sedap tido ye?

Memang Kamil tak tidur. Langsung. Sebab hatinya tengah tak keruan. Berkecamuk. Memikirkan jawapan Aliah…

No comments: