Sunday, December 6, 2009

CPJ end ~~~

Ini la surprise yang dia nak buat sangat tu. Nak pengsan dibuatnya Timah dengan barang-barang hantaran dari pihak lelaki. Dalam banyak-banyak tujuh dulang, semuanya bertemakan..

“Gila jambu la dia ni..” tanpa sedar Timah menuturkan ayat itu.

Nuyu yang masih menempek di dalam bilik Timah hanya senyum. Dah agak dah kak Timahnya akan berkata begitu.

“Sape suruh akak suka buah jambu?”

“Akak suka makan aje. Tak ada la sampai nak dibuat tema hantaran.. Mana dia pergi tempah semua ni Nuyu?”

“Ala kak. Hendak seribu daya. Abang tu memang macam tu perangainya..”

Nuyu hanya mampu senyum. Nak dikata lebih-lebih, abang kandung dia jugak. Seibu sebapa. Tapi Zahari tu memang la. Tak tercapai dek akal kita apa yang dia nak.

Mata Timah masih lagi menatap susunan barang-barang tersebut di laman kamarnya:

1. Cincin~ dalam bekas bentuk jambu air.
Aku tak pernah nampak pun bekas ni kat mana-mana.. Mana laa si Har mencari ni..

2. Handbag~ tali handbag dililit dengan buah jambu plastic yang kecik-kecik..
Aduh, migrain anak mak..

3. Kasut~ tiga biji jambu batu di bahagian depan kasut?
Uwaaa.. rasa nak meraung daku dibuatnya!


4. Telekung dan sejadah~ elok aje dalam kotak. Tapi ada hiasan jambu air kat atasnya menggunakan buah yang plastic tu..
Huhuhuhu...adoi, adoi..

5. kain pasang~ walaupun tak nampak bentuk jambu, tapi ada la bentuk daun sehelai dua..sah gubahan asal adalah buah jambu. Agaknya penggubah tak tau nak bentuk kut, tu yang jadi buah tembikai..
Uh..uh..uh..

6.Kek~ perisa jambu dia guna? Dan ada beberapa hirisan buah jambu kat atas tu..
Gila ka.. sape yang nak makan?

7. buah-buahan~ segala buah jambu ada; jambu batu, jambu air, jambu madu..
Paling tak tahan! Perli ke hape ni??

Timah memegang kepala. Betapa seksanya orang-orang yang kena menggubahnya. Kesian.. Aku yang menengok ni pun dah rasa boleh buta sebelah mata. Mana la asal usulnya Zahari Usman ni..

Tapi, bukan sebab buah jambu ke aku suka dia?

Timah akhirnya tersenyum. Bahagia sikit.. Majlis akad nikah dah lepas. Tunggu lagi dua bulan untuk kenduri. Lepas ni tak tau la macam mana gayanya hidup sebagai isteri En. Har tu.

Petua orang tua, kalau nak pikat suami, melalui masakan... Aku? Bagi jambu, sudaaahhh...


p/s: mana yang tak baik dalam cerita saya, jangan sesekali diikut. langsung takdek pekdahnya.. adik melur, cerita akak tamat di sini. ada masa, akak buat lagi =)

9 comments:

bulanhijau said...

hahahaha

gle comel sampaikan hantaran pun theme jambu.
tak pernah dibuat orang kot.

thumbs up..!!

nurul naziefa said...

huahahaha~thxs...adik bace cite yg dedicated to adik niy...perasan pulak hehe~

fzm2 said...

hiiiii
sweet nye..
jambu3...
=)

aqilah said...

hahahaa...................so sweet. pelik dan funny............

kapten said...

berakhir juga citer ni zu..hehehe...

misz nana said...

haha..
Zahari, Zahari..

akira_toriyama said...

huwa!!! so seronok ctenya.... ketawa smpai keluar air mata neh!! sis sambung lah lg... best glerr cterr nya....!! hahaha!!! lawak2...

Dedalu Desa said...

Teringat lagu Jalil Hamid tapi kena tukar sikit:
Jambu, bermacam jambu
Ada jambu air, jambu batu, jambu madu
Biar Jambu batu jangan hati batu
Biar jambu madu jangan hidup bermadu....
hik hik hik....

AkMa said...

hahahaha...citer yg sngt simple+menarik+tertarik n memg debommm! hak3x :D