Thursday, March 12, 2009

Kisah Di Hati 24

Azman telah selamat berangkat. Dalam hati, Aliah berdoa semoga abangnya selamat sampai ke Dubai. Tiba-tiba je rasa nak nangis. Lepas ni, dah tak ada tempat nak bercerita.. Dah tak ada tempat nak bergosip.. Dah tak ada tempat nak mengutuk...


“Lia kalau ada apa-apa bagitau Kak Mawar tau. Jangan nak pendam-pendam pulak.” Azman sempat berpesan sebelum dia berlepas tadi. Aliah ni bukan boleh percaya sebenarnya. Sensitifnya tahap melampau. Kadang-kadang tu, tengok pakcik tua terbongkok-bongkok cari tin-tin kosong pun, dia boleh nangis? Apa ke halnya entah le. Nak kesian pun, pada-pada la.. Ni tak kena tempat langsung!

“Mawar, awak tolong tengok-tengokkan bakal adik ipar awak ni ye. Kalau jadi apa-apa kat dia, kita pun takkan jadi apa-apa tau..” Serius kata-katanya.

“Amboi. Kut ye pun nak ugut akak, tak payah la Lia jadi 'cagaran'.”
Kononnya tadi serius, kini Azman ketawa. Cheh, orang cakap betul-betul.. Dikerlingnya Mawar di sebelah Aliah. Terangkat keningnya. Mawar hanya tersenyum. Faham benar perangai dua beradik ni.

“Woi Kam. Awatnya hang duk jauh sangat?” Kamil yang sedari tadi berdiri sedikit jauh dari belakang Aliah kini menapak ke hadapan selangkah dua. Dia berhenti di sebelah Aliah.

“Kam.. aku amanahkan adik aku kat kau. Kalau kau ada kerja kat JB, tolong jenguk-jenguk adik aku jugak ya.”

“Oloh..Kau ni. Aku tau la Lia adik kau. Tapi jangan buat tak tahu pulak yang dia ni pun tunang aku, abang..” Kamil menepuk bahu Azman. Meleret tawanya. Aliah hanya diam. Malas nak layan. Malas nak komen apa-apa.

Sebelum Azman melangkah masuk ke balai berlepas, Kamil didakap erat. Selepas itu Aliah. Selepas itu..

“Eh..sorry. Kita tak diluluskan lagi.. Ruginya..” Azman kelihatan berbisik pada Mawar. Mawar hanya mencebik. Dah nak pergi pun, sempat nak cari gaduh lagi tu..

“Awak jaga diri baik-baik kat sana. Senang-senang, anta berita tau.” Kata-kata terakhir daripada tunang kepada tunang. Azman hanya mengangguk. Kelu dah lidah nak berkata-kata.

Azman melangkah perlahan. Seketika dia berhenti dan melambaikan tangannya. Dua tahun.. Cepat la masa berlalu..


Dalam perjalanan pulang, Aliah hanya diam di tempat duduk belakang. Terfikir kata-kata Kamil tadi.. Eeee, ngeriii. Dah la panggil kawan dia ‘abang’ pulak tu..
Aliah memejamkan mata. Biarla Kak Mawar je yang layan Kamil.. Fikirannya melayang lagi..


“Kak, jom gi KFC!”

“Amboi.. Tahu mencekik je ye? Kalau dah tahu nak KFC, nape tak minta satu dulang tambahan untuk KFC je? Tak payah la kita susah-susah keluar.”

Aliah mencebik lagi. Leceh la. Asyik-asyik dia je yang terkena. Sebenarnya dua pasangan ditunangkan pada hari itu. Masa je lain-lain. Sebelah pagi Kamil dengan Aliah. Sebelah petang, Azman dengan Mawar pulak. Lawak giler. Sebelah pagi, Azman yang bertindak sebagai penjaga Aliah; berbincang dengan keluarga Kamil. Expressnya bukan main.

“Man, kami datang ni…” Berlangsung ikut adat la jugak, kan. Keluarga Kamil sendiri yang datang. Abah, Mama, Kamalia.. Kamil pun ada! Tapi duk kat tangga je la dia..

Dalam bilik pulak, Mawar yang temankan Aliah! Hish, entah hape-hape.. Nak mintak tolong keluarga Mawar, diorang pun bz jugak kat sana. Alih-alih, "kita cincai-cincai je kak..."

Sebelah petang pulak, sekali lagi keluarga Kamil mengambil bahagian. Yelah, Azman kan pekerja kesayangan. Disebabkan itu, parents Kamil tak teragak-agak untuk menjadi wakil bagi pihak Azman. Pergila mereka ke rumah Mawar pulak petang tu. Mawar pulak sebuknya mengalahkan mak bapak dia sendiri. Kenduri bagi kedua-dua pasangan diadakan sepenuhnya di rumah Mawar.


Begitula seadanya kisah mereka berempat pada hari tersebut. Nak buat macam mana..Azman terpaksa bertolak dua bulan lebih awal dari tarikh sebenar. Kelam kabut dibuatnya..

1 comment:

Hafia Hana said...

hu..hu..

x sangka jd gak En kam ngan Aliya nehh~

hope makin besh r pasni~