Sunday, February 21, 2010

Sama..tapi takkan sama~4

Kampung Mahkota, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Bunyi derapan tapak kaki berselipar jepun kedengaran jelas di telinganya. Segera dia menghala ke pintu depan. Memang tak salah orang pun..

“Eh Mal!” Suara yang menyapa dibalas dengan senyuman. Dapat diagak tujuan kedatangan kawannya yang sorang ni kalau dah dengan bakul di tangan. Ada la tu yang nak dipetik.

“Hai Sari.. Kau dari mana?” Daun pintu dibuka seluas-luasnya.

“Aku dari kedai. Ayah aku minta buat nasi paprik tengahari ni. Tu ingat nak cari sikit daun limau purut kat belakang rumah kau. Kau bila sampai?”

“Pagi tadi.”

“Kau drive?”

“Dengan bas.”

“Sorang?”

“Kau ingat?”

“Mana la tau…” perkataan ‘berdua’ tersekat di kerongkong. Di’filter’ dengan band stop.

Sari bertenggek di tangga bawah. Walaupun sudah dipelawa Akmal naik ke atas, dia lebih suka bertenggek di situ. Bukannya lama nak singgah. Lepas ambil daun limau purut, terus dia nak balik. Terperanjat juga dia melihat Akmal tiba-tiba aje terjegul di depan muka pintu.

“Mal, macam mana hidup kau?” Beg duit dicampak ke dalam bakul dan diletakkan bakul di atas tangga. Ekor tudung yang melurut jatuh diperelokkan. Kisah Akmal kawan baiknya, satu pun tak ada yang tak diketahuinya.

“Alhamdulillah Sari. Sehat walafiat.” Nak disambung lagi, tapi cukupla. Dah banyak sangat dia bebankan telinga kawan baiknya. Kali ni cukup la. Lagipun, keadaan macam dah beransur jernih. Hope soo..

“Luaran memang la. Dalaman?”

“Kenapa kau tanya macam tu?”

“Mal..kita ni kawan sejak baby lagi tau. Mak kau dengan mak aku duk sebelah katil aje dulu. Mak kau dukung aku, mak aku dukung kau..”

“Dah tu, apa kena-mengenanya?”

“Kau mana boleh tipu aku, Mal. Aku tahu kau menderita tu.”

Akmal menarik nafas panjang. Kata-kata Sari dibiarkan dibawa angin. Betul bagai dikata. Luarannya dia sihat. Sangat sihat. Tapi, dalamnya? Mentalnya?

“Macam mana aku nak buat Sari?”

“Mal, aku tau kau boleh fikir mana yang terbaik untuk kau. Lupakan aje kisah lalu, ye.”

“Aku memang nak try ni, Sari. Tapi aku takut. Kalau dia tak terima aku, macam mana?”

“Well, best woman win! Kau kan hebat..”

Akmal menarik senyum. Tawar. Pandangan mata Sari dibalas dalam.

Inikah masanya?

*****

Banglo Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang.


Tekak yang haus harus segera diberi penawar. Perlahan pintu bilik ditutup lalu melangkah menuruni anak tangga.

“Hai, Mal. Lesu aje Mak Yah tengok? Ada apa-apa ke? Tak sihat?” Pembantu rumah separuh abad berpaling ke arah peti sebaik mendengar pintunya dibuka. Dia kembali meneruskan kerja apabila melihat Akmal mencari sesuatu. Tanpa jawapan, Akmal menarik kerusi lalu menuang jus ke dalam gelas.

“Entah la Mak Yah. Macam ada benda yang kurang aje.” Jus yang mengambil tempat di dalam gelas diperhatikan sebelum disua ke mulut.

Lebar bibir Mak Yah mengukir senyum. Dalam maknanya kekurangan yang disebut tadi.

“Tak telefon?” duga Mak Yah.
“Tak ada pun. Takkan la Mal yang kena?”

Terlepas tawa Mak Yah. Akmal yang ingin meneguk jus tiba-tiba terhenti setengah jalan. Alamak, kantoi ke? Oloh.. Menyelamatkan diri, dia berdehem-dehem membetulkan anak tekak lagaknya.

“Kenapa Mak Yah gelak?”
“Mak Yah tak Tanya pun sapa yang tak telefon. Yang tadi tu Mal jawab bagi pihak sape?”
“Err.. hmm, Mal pergi depan dulu la Mak Yah.” Gelas jus ditinggalkan terus di atas meja.

Haiyyaa.. Malunya. Macam mana boleh tak sedar yang… Hish, Mak Yah ni memang nak kena la! Akmal mencapai handsetnya di atas meja. Memandang kosong ke skrin. Ni yang hangin ni. Tak reti-reti nak tepon bagitau dah sampai ke tak.

Gila! Sejak bila ni...

5 comments:

cik ian@aH Lian~ said...

kan dah
terkulat-kulat Mal.
ekekeke...comel!

Blue Skies said...

kuhkuhkuh
wat lawak lak double akmal nie..
makin konpius lak pasal hubungn dorg nie..
paper pon tak sbr nk tau epsod strus nya.

LadYBird cOnfeSSiOn said...

wah sesungguhnya sangat tak sabar n sgt excited nak tau apekah hubungan mereka???

nak next n3 cepat2 skit erk sbb sgt xsabar. hehehe

Inspirasi Iffah said...

Mcm ada smthing2 je dorg nih..hehe

idA said...

adakah mrk ni couple ????