Wednesday, March 4, 2009

Kisah Di Hati 21

“Lia nak jumpa kau..”

Hampir terlepas mugnya dari tangan. Bulat matanya memandang tuan punya suara.

“Wei..aku tengah cakap dengan kau ni. Buat dek pulak kau ek. Dengar tak apa aku cakap tadi?” Azman mencampakkan pen di tangan ke arah Kamil di hadapannya.

“Dengar. Tapi cuba kau ulang sekali lagi. Takut la aku ni berhalusinasi pulak..”

“Ngok ngek, Lia nak jumpa kau! Nah, tak caya baca SMS dia ni..” Azman menghulurkan handsetnya. Segera Kamil menyambut. Matanya terpaku pada skrin telefon.

‘Abang, Lia datang KL weekend ni. Lia ingat nak jumpa En.Kam. Tu pun kalau abang benarkan.’

Segaris senyuman terukir seketika di bibirnya. Kemudian padam.

“Tu kenapa tiba-tiba masam pulak tu? Tadi bukan main senyum lagi..” Azman mengalih pandangan dari skrin computer ke muka kawannya. “Keruh je aku tengok?”

“Kenapa dia nak jumpa aku, Man?”

‘Kenapa Lia nak jumpa aku? Takkan untuk direject lagi. Tapi hari tu kan dah jelas semuanya?’

Kamil menghirup milo panasnya seteguk. Handset tadi diletakkan di atas meja. Kenapa agaknya dia nak jumpa aku? Belum habis dia berfikir…

“Hoiii!!!” Lantang suara Azman. Kali ni memang terlepas terus mug kawannya dari tangan. Tertumpah ke kemeja putih yang dipakai.

“Siot la kau! Hari ni aku ada meeting la..” Segera dia mencapai tisu. Mengelap air yang tertumpah tadi. Tapi, tak ada maknanya…

Azman sudah ketawa. Sampai macam tu sekali kawan aku ni bila cakap pasal Lia.. Apa la istimewanya sangat si Lia selekeh tu pada dia?

“Tak payah la nak lap Kam. Kau memang kena balik salin baju..”

Kamil memandang jam di dinding. 10 pagi. Malas la nak balik. Agak-agak Kamalia ada tak kat rumah? Kamil menjeling Azman yang masih menahan tawa. Siap la kau. Ingat kau boss aku, aku tak takut? Ada lori ada bas..jangan ingat treller tak de.. Huh.. Handset Azman yang diletakkan tadi dicapai semula.


“Hello Assalamualaikum, Ma..”

“Waalaikummussalam.. Ha, dik. Ada hal apa call Mama ni?” Tak pernah anak lelakinya menelefon ke rumah pada waktu cenggini..

“Ma, akak ada kat rumah tak?”

“Ada. Nak Mama panggilkan ke?”

“Tak apa la Ma. Boleh tak Mama mintak akak singgah ofis ni sebelum ke lab dia? Mintak dia bawakan kemeja adik yang dah iron..”

“Kenapa nak bawak kemeja pulak? Tadi adik pakai baju tidur ke?” Mama berlawak.

“Bukan la Ma.. Ni ha, adik tertumpah Milo. Hari ni adik ada meeting. Tadi..” Tak sempat Kamil nak menjelaskan, Azman sudah merampas handset dari tangannya.

“Anak makcik ni, cakap sikit pasal Lia dia dah tak keruan. Tadi mengelamun tu makcik. Saya sergah sikit, dah terlepas mug ke badan dia. Kesian saya tengok..” Azman ketawa. Mama di hujung talian juga turut ketawa. Sah, demam ea-en-ji-ea-yu (sebutannya macam ni  a-n-g-a-u)!! Dah habis menerangkan apa yang patut pada mama Kamil, handset dihulurkan kembali pada Kamil.

“Dah la Ma. Bagitau akak ye! Bye.”

“Yelah..”


Hampir ke angka 11, barula Kamalia sampai di ofis Abahnya. Membawa kemeja si adik. Memalukan betul!

Terdengar suara menyuruh masuk dari dalam setelah pintu bilik Azman diketuk.

“Salam Man. Mana adik aku yang bertuah tu? Memalukan keturunan je..”

“Salam Kamalia. Tu haa..”

Kamil tengah bersandar di sofa. Segera dia mengangkat dua jari.

“Piece kak. Hiihii, terima kasih ye. Susah-susah je..” Kamil bergerak mendapatkan kakaknya. Segera kemeja di tangan dicapai. Ditukarnya kemeja di situ jugak!

“Apa kena la dengan kau ni, dik? Angau?” Kamalia duduk di hadapan Azman yang sedang tekun dengan kerjanya. “Hai Man. Busy ke?”

“Sebelum nak fly ni, kena la setelkan apa yang patut. Nanti nak bagi pada Director baru kita. Tak tau la dia boleh kerja ke tak..”

“Lorr, kalau tak tau dia boleh kerja ke tak, tak payah la bagi. Cari je orang lain yang lebih efficient.” Komen Kamalia. Karang bankrap pulak company Abah aku ni..

“Entah la. Sebab orangnya tengah angau tuuu..” Muncung Azman menunjukkan ke arah Kamil.

“Lorr, orang ni ke? Memang habis la company abah aku..”

Azman dan Kamalia serentak ketawa. Mengenakan Kamil di hujung sana. Seronok sungguh mengetawakan orang ni, ek?

Kamil hanya menahan telinga. Malas nak layan. Biarla aku nak angau ke hape ke..korang peduli apa? Tapi..

“Man, kau tanya la Lia kenapa dia nak jumpa aku..”

Azman memandang Kamil. Terhenti tawanya tadi.

Lorrr, tak habis-habis lagi ke?


p/s: Aliah dengan Kamil ni memang ‘sehati-sejiwa’ kan?

2 comments:

achik said...

aah,btol2..
mmg sehati-sejiwa..;)

bidadari cinta said...

mmg sehati sejiwa..hihi..best la..