Tuesday, February 7, 2012

JH 12

Alhamdulillah, Tsu dah selamat bertunang dengan Hakim. Walaupun majlis bertunang, penatnya mengalahkan majlis kahwin. Punyalah ramai orang datang. Siap pasang khemah lagi kat luar tu. Aku memang musykil bab pasang khemah padahal Tsu tu bertunang aja. Tapi, yelah kan.. apalah nak dipelikkan. Tsu anak somebody. Kalau sorang dijemput, mesti semua kerabat nak kena jemput. Baik saudara, kawan-kawan, pekerja, client. Uu, mantap sungguh majlis Tsu ni. Aku tersenyum sajalah tengok Tsu yang sedikit penat melayan tetamu dan terima peluk cium dari ramai orang. Aku yang tukang apit ni pun rimas, apatah lagi dia. Ye tak Tsu? Haha, Tsu dah kroh dari tadi!

Dalam majlis tadi, Jiji pun ada. Aku bersyukur sungguh sebab masa majlis siang tadi mulut dia senyap aja bila terjumpa atau terpandang aku. Tidaklah menyakitkan aku macam selalu. Mood aku pun okey aje. Senyum saja memanjang. Dah Tsu bagi mandat sebagai pengapit dia, terpaksalah aku cover segala perangai-perangai aku yang tak berapa semenggah tu dengan tersengih. Haha. Terbaek la Tsu kau pilih aku sebagai pengapit. Merasa jugak aku melaram! Hehe. Thanks to mama datin juga sebab benarkan aku di make-over sekali dengan Tsu.

Aku jumpa Pak Long Man sekeluarga masa majlis Tsu. Di kesempatan itu, aku beritahu pada dia yang aku akan berhenti kerja dalam masa dua minggu lagi. Sempatlah aku nak merasa gaji kali kedua. Pak Long Man angguk saja. Lagipun dia memang dah tahu yang aku dan Tsu cuma part time saja, kan.. Boleh lah Pak Long buat persediaan untuk cari pengganti kami dua orang nanti.

Keluarga Hakim tu pun bukan calang-calang orang jugak, eh. Pandai sungguh Tsu cari pasangan. Tapi, kat mana pulak diorang ni jumpa? Setahu aku yang selalu berada di sisinya selama 3 tahun di kampus, tak pernah langsung Tsu bercerita pasal Hakim. Pandai simpan rahsia dia ni. Padahal aku tak pernah simpan rahsia apa pun dengan dia. Pasal family aku, pasal Jiji semua aku cerita kat dia. Tunggulah satu hari nanti, aku pasti akan korek rahsia dia. Kalau tak semua pun, sikit-sikit pun jadilah.

Adik-beradik Jiji semua ada tadi. Barulah aku tahu yang dia tu satu-satunya anak lelaki dalam family Tan Sri. Anak Tan Sri dengan Puan Sri yang lain semuanya perempuan. Ceh, ada adik beradik ramai perempuan pun, tak boleh layan aku baik-baik. Tapi yang aku pelik, dengan Puan Suzie, dengan Cik Su, dengan staf perempuan lain, dia okey aje. Cakap memang berlapik habis. Takkan dengan aku tak boleh? Aku rasa aku takde buat salah langsung dekat dia. Memang dasar pilih kasih! Haa, tengok. Dahi aku berkerut seribu dah ni memikirkan masalah dia dengan aku. Haih, cepat tua aku nanti.

Aku sebenarnya dah tak sabar nak masuk u balik. Nak belajar betul-betul. Tetiba tengah malam ni boleh bersemangat pulak. Nampak macam nak lawan graduan UMP tu aje? Haha. Entah. Tiba-tiba aku rasa hati aku pelik pulak malam ni. Apa hal nak lawan-lawan Cik Su tu? Takde kaitan langsung dengan hidup aku. Pasal Jiji? Ye kut. Lawan dia barulah betul, kan? Heh, kau tengoklah.. Kau buli aku cukup-cukup ye masa aku jadi cleaner ni. Esok-esok, kau jangan nangis kalau bilik aku sebelah dengan bilik kau! Hah, padan muka. Masa tu aku akan buli kau balik.

Uu, berangan. Bukan main lagi sampai ke langit ke tujuh kau ya, Aimy! Mari gelak ramai-ramai.

Tapi, sungguhlah. Aku rasa aku dah tetapkan matlamat hidup aku. Balik ni, register PSM, buat betul-betul. Lepas tu aku kena buat industrial training pula. Kalau tak, tak boleh konvo. Oh ye. Kalau aku buat training kat company Tan Sri pun okey jugak, kan? Boleh jumpa Jiji lagi.. Ayat tu macam ada yang tak kena. Nak jumpa Jiji? Dalamnya maksud kau, Aimy!

Hai, baru aja tetapkan matlamat hidup.
Takkanlah matlamat hidup aku --> Jiji?
Haih, minta jauh. Tak padan langsung.

Uh, daripada aku tersasar jauh, baik aku tidur. Esok kena tolong mama datin kemas rumah lagi. Tinggal sikit aje lagi. Lepas tu kalau Tsu tak penat, aku nak ajak Tsu keluar sekejap. Nak cari handphone la. Walaupun trauma aku masih ada bila cakap pasal handphone, aku kena kuat! Tak boleh ingat lagi. Mak ayah aku pun dah lama meninggal. Handphone tu penting untuk aku berhubung dengan Kak Ain. Sampai bila nak susahkan Tsu guna harta dia, kan.

Go Aimy go!

3 comments:

sue said...

Lama x baca cerita JH ... rindu tau... sekali baca habis...
kita bagi Jiji rindu pada Amy lak bolehhh...
Mesti Cik Su tu saudara mara Jiji ja... konon nak bagi Amy cemburu lah tu....

ct zuraimi said...

haha.. banyak la kak sue ni. mana boleh Cik Su jadi sedara Jiji.. tak boleh, tak boleh. rasa macam menyesal pulak buat cerita 'aku' ni kan. sebab tak tahu cerita Jiji terhadap aimy.. tapi nak wat camana, terlajak perahu boleh undur, kan kak sue.. terlajak tulis, sampai habis la jawabnya.. hehe

sue said...

cepat sambunggggg....