Saturday, March 17, 2012

JH SPECIAL

Baiklah. Ini adalah catatan terakhir aku sebelum bergelar err.. Alamak, malu pulak nak tulis dalam ni. Hehe.

Ceh. Ayat macam bagus sahaja, kan? Dalam jurnal sendiri pun nak malu. Bukan apa.. Bukankah pernah terjadi si Tsu sengaja baca jurnal aku ni. Ni yang duk fikir-fikir samada nak berterus-terang atau tak. Tsu, walaupun kau dah tahu status aku.. dan kalaulah kau terbaca halaman ni sekarang, aku doakan kaki kau tempang sebelah! Baik tutup cepat-cepat!

Hahaha.. Padan muka. Tak tahulah samada kau dah blah atau kau masih tatap ayat yang ni. Tempanglah kaki kau Tsu.. Amin.. Amin.. Amin!

Sebenarnya macam ni. Nak dijadikan cerita, petang semalamlah pencetus hikayat. Memang surprise sungguh dengan kunjungan orang yang tak disangka ke sini. Ke sini? Ha'a, bumi Skudai yang indah permai lagi mendamaikan jiwa. Tesis baru sahaja hantar minggu lepas. Alhamdulillah, semuanya berjalan sangat lancar. Tu pun, nasib baik ada Tsu yang tak putus-putus bagi semangat dekat aku. Tapi, aku memang tabik springlah dekat Tsu. Semangat dia buat projek.. fuh. Tak dapat digambarkan. Bila aku tanya, "Apa hal yang semangat sangat nih?" Dia jawab, "Kau tak ingat bapak aku ada company apa? Tak ingat apa dia pesan kat aku dulu? Kaukan ada masa tu!"

Haha. Papa Dato' memang tegas sungguh dengan Tsu ni. Anak bongsu katakan. Dah siap bagi syarat supaya fikirkan projek yang gempaq sebab lepas ni Tsu akan duduk di kerusi Director. Masa aku dengar papa Dato' cakap macam tu, kecut perut aku dibuatnya. Yelah. Papa Dato' tak tengok perangai anak bongsu dia kat sini. Haih, tak matang. Sungguh tak matang. Dalam tak matang Tsu tu, ada pulak orang yang suka. Dah bertunang pun. Hantar aje tesis, dah busy dengan majlis kahwin pulak. Hakim tu seorang doktor, tau! Haih, padanlah Tsu semangat gila dengan projek dia. Sebab nak sama taraf dengan doktor, kenalah jadi Director. Tsu... untung.. untung.

Alamak, termelalut jauh pula. Orang yang datang tu sebenarnya adalah Jiji. Kenapa dia datang? Ini satu hal yang boleh buat aku hangin satu badan. Kutlah alasan dia nak jumpa aku ke, rindu aku ke, nak tengok muka aku yang semakin bulat dan comel ke (maklumlah, tengah bahagia, kan..), atau apa-apa alasan yang berkaitan aku ke. Semuanya salah belaka. Aku punyalah excited sebab buah hati datang. Alih-alih dengan selambanya dia cakap, "Mama Ema suruh aku datang ambik barang-barang korang berdua."

Apa lagi. Mencukalah aku sepanjang hari semalam. Memang aku plan nak tumpang barang-barang aku kat rumah Tsu buat sementara waktu. Dah jadi yatim piatu ni, aku ingat nak cari kerja di KL dan hidup berdikari. Bila dah dapat kerja dan sewa rumah, baru aku angkut balik barang-barang aku dari rumah mewah Tsu tu. Mama Datin dan papa Dato' setuju aje. Makanya aku ingat, Abang Taufik Tsu ke yang datang, Ini tak, kekasih aku pula yang muncul (kekasih eh?) Masa bawak turun barang-barang dari bilik ke kereta, aku diam aje tak cakap apa-apa pun dengan Jiji. Dia berborak sahaja dengan Tsu yang waktu tu dah habis angkat barang. Yelah, barang Tsu tak banyak macam aku. Aku punya barang dikumpul selama 4 tahun. Tak sama macam Tsu yang selalu bawak balik barang-barang dia bila tiba cuti semester.

Lagi aku hangin bila Jiji tak offer langsung nak tolong. Aih, tak pernah aku dengar cerita dari kengkawan yang ada buah hati sanggup tengok awek-awek diorang angkat barang berkotak-kotak. Secara langsung, aku memang pelik sungguh dengan Jiji. Dia boleh tengok aje aku terbongkok-bongkok angkat barang sendirian? Ahh, buah hati apa macam tu?! Hish, rasanya aku memang patut fikir 40 kali dulu sebelum setuju nak jadi pasangan dia. Fikir, Aimy.. Fikirkan masa depan anda!

Aku agak hampir satu jam juga aku ulang-alik bilik-kereta untuk angkut barang. Last barang yang aku angkat adalah sebuah kotak yang berisi nota-nota kuliah. Sayangnya nak bagi junior. Aku sayang sangat dengan buku-buku nota aku. Tsu pun puji buku nota aku yang lengkap dan kemas itu. Makanya, aku rasa aku tak nak berpisah dengan nota-nota yang dah banyak tolong aku dalam kuiz dan exam. Angkat ajelah semua! Dan ketika itu, ada pulak suara yang berbunyi, "Berapa banyak kotak lagi ni?"

Uh, bising betul! Nak tak nak aku jawab juga, "Ini last." Aku tahu dia tak sabar nak blah dari sini bila dia angguk-anggukkan kepala lepas dengar jawapan aku. Sedih aje aku rasa. Kenapa kali ni dia lain sangat. Selalunya dalam emel, boleh aje nak cakap 'Miss You'. Bila dah duk depan-depan macam ni, sepatah haram pun tak terdengar. Dia dah jumpa orang lain yang lebih baik dari aku ke? Lagi comel? Kalau tahu akan jumpa orang baru, kenapa susah-susah tackle aku dulu? Nak merajuk. Tak kira!!

Petang semalam punya cerita tamat di situ. Konon nak merajuklah. Cuba baca balik ayat paling atas tu. Sebelum bergelar... Bergelar? Heh.. Merajuk lagi ke agaknya?

Haha. Aimy memang biol.

Padan muka aku. Dulu kutuk-kutuk Tsu biol terlebih sangat sebab tu biol tu datang balik kat aku. Heh. Ada aku kisah? Dulu Tsu memang biol. Biol-biol dia pun, ehem... sekurang-kurangnya merasa juga aku melekap dekat dada Jiji. Uhuk, uhuk! Ayat gatal gila. Haih, apa nak jadi dengan aku ni sebenarnya?

Baiklah. Sambung cerita lagi. Lepas Jiji gerak dari kolej kediaman kami, aku terus naik ke bilik. Tsu macam biasa masih lepak-lepak di atas katil dengan novelnya. Aku sebenarnya confuse dengan Tsu ni. Dulu dia cakap kat aku nak balik dengan Abang Taufik masa ambil barang. Sekarang, yang datang ambil barang bukan Abang Taufik, tapi Jiji. Kenapa tak tumpang aja? Bukankah barang-barang tu pun akan sampai ke rumah besar Tsu juga. Aku lainlah. Sebelum hantar tesis, Prof Intan iaitu Penasihat Akademik aku dah offer untuk kerja dengan dia sebagai Research Assistant dalam sebulan dua. Prof Intan memang dah tahu keadaan aku yang tak ada siapa-siapa kat semenanjung ni. Kalau nak balik ke Kota Kinabalu, banyak belanja pula.

Maka, dengan suka hatinya aku tanya Tsu, "Kenapa tak balik sama dengan Jiji tadi?"

Tsu pandang aku. Dia tak jawab apa-apa cuma tersengih sahaja. Heh, bajet cutelah senyum dia tu? Menyampah aku. Dan aku mulalah terfikir yang Tsu+Jiji bakal buat buat hidup aku porak peranda lagi. Macam kejadian dulu yang balik dari Seremban.

Tepatlah tekaan aku bilamana sekali lagi aku dikenakan oleh mereka berdua. Tsu ni.. Aduhai. Menyesal pulak aku tak tolak dia ke dalam tasik awal-awal dulu. Kalau aku tolak dulu, mesti dia insaf dan takkan tipu-tipu aku lagi.

"Aku bengang betul dengan kau ni Tsu! Tak susah pun kalau nak terus terang kat aku yang kita nak ke rumah saudara korang! Tengok aku pakai apa. Selekeh tahu tak?" Lepas aku cakap tu, aku cubit-cubit Tsu pada lengannya. Dan dia boleh sengih lagi??

"Aku hanya ikut arahan. Kau tanyalah buah hati idaman kau tu.." Tsu memuncung ke arah Jiji yang sedang melayan tetamu. Tak lama kemudian, Tsu menjerit sedikit kuat, "Abang Fauzi!!"

Memang aku tahu niat Tsu hanya untuk panggil Jiji. Tapi dengan suara dia tu, semua orang pandang kitorang. Astaghfirullah, malunya. Pakaian aku ni langsung tak kena dengan majlis. Dengan sweater U tambah dengan seluar track, dengan selipar jepun lagi. Aaaa!! Mana entah nak letak muka ni. Sedangkan orang lain semuanya smart-smart dan comel lote. Yang aku pelik tu, Tsu pun sama spesis dengan aku. Tapi dia langsung tak rasa apa-apa. Haih, nak aje aku ketuk kepala dia ni. Cerita sebenarnya, Tsu ajak aku makan di Restoren Ayam Penyek dekat Taman Universiti sahaja. Ni alih-alih lajak ke sini, tempat apa entah ni. Yang pasti, ini dah masuk kawasan JB ni.

"Sampai pun!"

Tatkala terdengarkan suara Puan Sri yang sangat aku kenal, terus aku rasa jantung aku macam dibaling ke dinding konkrit. Auw.. Puan Sri adalah pulak? Alamak, malu sungguh dengan keadaan serabai aku macam tu. Maklumlah, waktu aku jumpa dia dulu, diakan siap puji aku cantik. Tapi sekarang tak cantik. Alamak, alamak.. Macam mana ni?? Dah salam dan bertanya khabar, terus Puan Sri cakap, "Tsu bawak Amy naik. Masuk bilik biasa. Siap-siap kat sana ye. Kejap lagi majlis nak mula." Aku pandang muka Tsu yang sedang mengangguk. Lepas tu, Tsu terus tarik aku ke dalam rumah.

Ada beberapa soalan sekarang yang aku perlukan jawapan.

1. Ni sebenarnya rumah siapa? Sedangkan aku dah bajet yang kami akan ke restoran nasi ayam penyek.

2. Kenapa aku kena siap-siap? Siap untuk apa? Sekarang ni, kira tak siap lagi?

3. Majlis apa sebenarnya ni? Sedangkan perut aku dah standby nak makan nasi ayam penyek!

Ah, Tsu.. Bleh jadi gila aku dibuatnya.

Tsu tarik aku masuk ke dalam sebuah bilik sederhana besar. Dia dudukkan aku kat katil. Lepas tu dia buka pintu almari dan keluarkan dua pasang baju kebaya. Satu warna pink dan satu lagi warna purple.

"Aku nak purple!" Haih, tak malu aku kan minta-minta macam tu kat rumah orang.

"Tak boleh. Kau tak nampak Abang Fauzi pakai baju warna apa tadi?" tanya Tsu garang.

"Macam pink..." aku jawab perlahan.

"Haa, tahu pun. Kesimpulannya, kau pun kena pakai pinklah. Aku punya yang purple ni.." kata Tsu sambil menghulurkan sepasang baju kebaya pink tu kepada aku.

"Tapi, purple punya lagi lawa.." perlahan sahaja aku cakap masa kaki dah melangkah masuk bilik air. Cis, tak aci. Tsu ni paksa-paksa pulak. Biarlah Jiji pakai pink. Aku pakai purple. Tak salahkan? Yang penting, kami pakai baju apa.. Haih, kalaulah Tsu tahu aku cakap macam tu, confirm aku kena siram dengan air panas.

Tsu terdengar kut aku cakap yang purple lagi lawa. Sebab tu dia balas, "Orang lawalah pakai baju lawa.."

Cis, perasan! Aku tutup pintu bilik air sedikit kuat. Dan aku dengar Tsu gelak jahat di luar.

Dipendekkan cerita. Majlis tu sebenarnya majlis doa selamat sempena naik rumah. Anak perempuan Puan Sri, iaitu adik tiri Jiji.. kahwin dengan orang JB dan beli rumah kat situ. Ramai jugalah saudara-mara yang datang. Kebetulan Puan Sri asal dari JB. Itulah sebabnya ramai orang kat rumah ni waktu tu.

Bila dah dikelilingi ramai orang tu, aku boleh jadi ramah pulak. Tak kekok langsung. Aku tolong apa yang patut di dapur. Tsu pun setia menemani aku di sisi. Cewah, waktu ni rasa nak sayang Tsu pula. Aku takut juga kalau orang-orang tu tanya aku ni siapa. Kalau Tsu ada, boleh dia cover aku dengan mengatakan aku ni kawan dia. Bagus Tsu ni.

Dalam sejam lebih aku dengan Tsu beramah mesra dengan tetamu Puan Sri, tetiba aja Jiji datang berdiri sebelah aku. Pada masa tu, aku tengah berborak dengan anak perempuan Puan Sri yang cantik jelita tu. Musykil aku. Kaum kerabat Puan Sri ni memang cantik-cantik belaka. Haih, jelesnya.

"Abang..sedondon nampak. Inilah orangnya ye?"

"Bagai pinang dibelah dua tak?"

"Dah tak terbelah dah. Secocok sangat. Jadi Farah kena panggil Amy ni kakaklah ye walaupun dia muda dari Farah?"

"Eh, mestilah. Mama mana? Kata nak perkenalkan sekarang.." tanya Jiji.

Farah pergi dari situ dengan alasan nak mencari Puan Sri. Peluang itu aku ambil untuk pandang Jiji yang kacak menawan tapi hampeh. Aku panas lagi dengan kejadian petang tadi.

"Aku kacak, kan? Dah tahu.."

"Perasan!"

Segera aku angkat kaki ke arah Tsu yang sedang berborak dengan sepupunya yang lain. Tak kuasa aku nak layan Jiji yang perasan tahap cipan macam tu. Tapi yang peliknya, si cipan tulah yang aku suka.. Dan tetap aku sayang sampai bila-bila. Sebab dia lain dari yang lain. Waktu aku melangkah, ada pulak tangan yang tarik lengan aku.

"Mama nak jumpa." kata dia.

Masa tu Puan Sri dah tercegat seebelah dia. Aku tengok wajah Puan Sri manis sahaja. Macam ada udang di sebalik batu. Udang besar punya! Kan dah cakap.. bila Puan Sri tak cakap apa-apa, tapi dia terus tarik jari manis aku lalu sarungkan sebentuk cincin.

"Ini cincin tanda. Anggaplah Amy dah jadi tunang anak auntie malam ni.."

Dan di belakang, ada orang bertepuk tangan. Lepas Puan Sri sarung cincin, dia berpaling ke belakang dan umumkan aku adalah bakal menantunya. Tsu cakap muka aku masa tu blank gila. Mahunya tak. Jiji tak warning apa-apa pun pasal tunang ni. Petang tadi pun dia diam dan buat bodoh aja. Tak cakap sepatah haram pun. Bukankah petang tadi aku baru aja cakap nak fikir balik pasal hubungan kami sebanyak 40 kali? Ini.. aku tak sempat fikir apa-apa pun. Mana aci ni.. Keputusan sebelah pihak. Nak sahaja aku buka mulut tanda protes. Tapi Jiji bertindak lebih cepat dari aku.

"I love you.. and I miss you.." Jiji berbisik di telinga aku.

Haih, tak usah cakaplah betapa cairnya aku bila dengar dia cakap begitu. Terus tak jadi fikir-fikir. Senyum gatallah pulak lepas tu. Tapi senyuman aku tiba-tiba mati selepas telinga aku sempat menangkap kata-kata pengumuman Puan Sri.

"Mereka bertunang tak lama. 3 hari lepas ni akan dinikahkan. Fauzi akan ke US dua minggu dari sekarang. Jadi, Amy akan ikut dia."

What??

Mahunya aku tak terkejut waktu tu. Jiji langsung tak cakap apa-apa pasal tunang, pasal nikah kahwin dan pasal US.. Kalaulah ikutkan aku yang jenis kelam-kabut ni, kat situ juga aku buat drama dengan pengsan-pengsan.

Itulah kisah malam semalam.

Jadi, ayat kat atas tu, kalau aku sambung.. inilah catatan aku yang terakhir sebelum aku bergelar isteri orang.. hihi. Rupa-rupanya Jiji dah jumpa Kak Ain dan terangkan hal sebenar. Kak Ain okey sahaja. Tiada bantahan langsung. Haih, cubalah Kak Ain bantah..entah hidup aku macam mana nanti dengan Jiji tiada di sisi. Aduh, jiwanglah pulak.

Cerita hari ini pula. Pagi tadi terpaksalah aku menebalkan muka dengan berjumpa dengan Prof Intan dan ceritakan hal sebenar. Dia angguk dan senyum sahaja sepanjang perbualan aku dengan dia. Aku yang baru kerja dengan dia selama seminggu ni, terasa sayang pula nak tinggalkan dia. Prof Intan baik sangat dengan studentsnya, termasuklah aku. Tapi apa nak buatkan.. dah takde jodoh aku untuk kerja dengan dia lebih lama. Aku kena utamakan Jiji. Mesti.

Tengahari. Tsu pinjam kereta kak Farahnya.. Ouh, bakal adik ipar aku :)
Kami gerak balik ke KL. Mama datin offer aku tinggal kat rumahnya sehingga tamat majlis. Sungguh-sungguh aku tak sangka yang aku akan langkah bendul Tsu. Haha... maaflah Tsu. Mama datin dengan baik hati tangguhkan majlis Tsu untuk segerakan majlis aku. Katanya mama Tsu, "Tsu boleh tunggu. Hakim tak ke mana-mana. Kita kena selesaikan Amy dengan Fauzi dulu. Diorangkan nak terbang tak lama lagi.." Terpaksalah Tsu berputih mata.

Alaaa.. time ni aku terharu gila dengan pengorbanan Tsu. Dia tak kisah langsung aku diutamakan oleh mamanya. Tsu cakap, "Aku sayang kat kaulah. Lagipun, buat baik pada anak yatim piatu besar pahalanya, tau. Kau tu aja yang tak sayang aku. Asyik cakap aku biollah.. nak tolak aku masuk tasiklah. Kau tak ingat kau dah baling sebelah sport shoes aku dalam tasik tu?"

Ouh! Waktu tu aku memang geram gila bila dapat tahu yang dia tengah berSMS dengan Jiji. Sedangkan waktu tu, aku langsung tak dilayan oleh si Jiji Paprik. Geram. Siapa buah hati dia sebenarnya? Kebetulan waktu tu aku dengan Tsu lepak-lepak di kawasan tasik selepas joging. Entah macam mana, tahu-tahu sahaja kasut Tsu sebelah dah melayang dan landing dalam tasik. Tak payah ceritalah macam mana Tsu jalan balik kolej. Dia merajuk habis dengan aku.

Dan malam tadi lepas makan. Aku tengok mama Datin dan Tsu busy gila duk senaraikan task-task yang kena buat untuk menjayakan majlis aku. Aku yang nak kahwin ni pun tak tahu apa nak buat. Alih-alih, aku dengar sahajalah cakap-cakap diorang. Jawab bila ditanya sahaja.

Dan sekarang.. ermm.. boleh senyum dah kut. Di akhir catatan, aku hanya boleh berdoa sahaja semoga semuanya berjalan lancar. Pasal Jiji, kenalah aku tabahkan hati dengan perangai dia yang tak romantik langsung. Macam petang yang dia tengok sahaja aku angkat barang tu. Bila dah kahwin nanti, aku nak tengok.. kalau aku angkat barang, dia tolong atau tolong tengok sahaja. Kalau tolong, Alhamdulillah. Kalau tolong tengok sahaja.. aku nak pesan awal-awal dekat dia supaya mengucap banyak-banyak sebelum 'tutup mata'!

Kejam tak?

Kejam tak kejam.. aishiteru, Jiji :)

Kesimpulan di akhir kalam:

Ahmad Fauzi, bersedialah anda dengan Che Aimy di sisi @->--

7 comments:

zm said...

klakar giler... best.. osem n mabeles

zuezakry said...

pantasnya adik zm ni ~~ harap2 terhibur ok!

miSz cHa said...

sangat sempoi.and remind me of my hometown!ingatkan kk tu kuala kangsar.rupanya kota kinabalu terchenta:) huhu nak nak next story!! :P

Miss Kira said...

hahahahahaha... comey..

mizz acu said...

chumellaaaa... ohsem!

MizaEija said...

lenguh pipi dok sengih je spanjang baca.. sis, terbaiklah..

hajar hazizi said...

best2...
terimbau kenangan kat utm..
keep it up , zu