Monday, May 3, 2010

STTS ~ 8

Hari-hari yang berlalu penuh kaler-kaler. Akmal yang ini seakan-akan dah lupa tentang tekadnya. Akmal yang itu pulak bertambah-tambah bahagia. Mereka sama.. tapi tak sama pun ya jugak.

Pada satu pagi Khamis. Cuaca cerah. Angin baik sahaja. Akmal menolak daun pintu dengan bahunya kerana kedua-dua tangan sibuk menampung sebuah kotak printer sederhana besar. Kotak tersebut diletakkan ke atas meja dengan berhati-hati. Punggung dihenyak ke kerusi melepas lelah seketika. Printer baru dilupakan. Pantas pula dia mencapai planner di sudut kanan meja. Pc yang bersemayam di sudut kiri meja dan dah on tiba-tiba mengeluarkan bunyi beep, menandakan emel baru masuk. Akmal mengangkat muka ke skrin computer lalu membuka inbox.

From: Akmal Rosli
To: Akmal Abdullah
Subject: [no subject]

2.30 ikut aku ke Kulim Hi-tech lagi tau.


Arghh, tak penting! Terus ikon pangkah diklik. Setel! Tapi dia tak tahu yang…


“Farah, tolong panggil Cik Akmal awak tu. Bagitau saya tunggu dekat kereta.” Usai sahaja menyampaikan arahan serba ringkas, Akmal berlenggang dengan kunci kereta di tangan kanan menuju pintu utama ofis. Farah segera bangun dari kerusi. Langkahnya dipanjangkan ke bilik Akmal.

“Cik Akmal, En. Akmal tunggu cik kat bawah.” Tanpa melengahkan masa, Farah terus bersuara setelah dibenarkan masuk.

Akmal mengangkat muka. “Tunggu saya? Ada apa-apa ke? Bukan petang ni…” kata-kata Akmal terhenti di situ.

Kulim Hi-tech!! Betul ke dia ni?

“Kulim?” Sepatah perkataan berupa soalan dijawab dengan sekali anggukan oleh Farah.

Akmal berdiri tegak serta-merta. “Eeeeeeeeeeee!!!!” Jeritan bergema seluruh bilik.

“Anyway, thanks Farah.” Dan Farah cepat-cepat menutup pintu.

****

“Buat apa nak ke sana lagi?”

“Saja. Jalan-jalan.”

“Aku banyak kerja la..”

“Dah janji, kan?”

“Kenapa tak bagitau awal-awal?”

“Pagi tadi.. consider awal la tu…”

Teringat tentang emel yang dah didelete. Ohh, yang tu ke? Yang dikata tak penting…

“Hari ni kita jumpa Mira kat rumah dia la..” Akmal berpaling sekilas ke kiri. Tersenyum bila mengenangkan fobianya si isteriii dengan perkataan HITECH itu.

Akmal the lady hanya mencebik. Layan tak layan, kena pergi jugak kan? Lantak dia. Kerja aku tak siap, kau tanggung!

Akmal lagi seorang hanya menggeleng. Seakan terdengar-dengar aje jauh di dasar hati dia dikutuk. Tak kisahlah..janji bahagia, senang hati. Korang jugak yang untung! Cerita baik-baik aje.. Akmal meneruskan perjalanan.

Long la ni punya pasal. Nak jumpa pun, agak-agakla.. orang busy ke hape ke.. Ni tak, boleh aje dia cakap, “Company bapak punya, kan? Hari ni aje.. Please.. Ajak Shu sekali. ”

Disebabkan itu lah, dia bersabung nyawa mengerah tenaga memberanikan diri untuk mengemel Akmal di sebalik dinding. Selamat sikit…

3 comments:

Unknown said...

hmm....pendeknya....tak puas ler

Unknown said...

hmm....pendeknya....tak puas ler

MizaEija said...

alaaa....na lagi...
lame tggu neh..
leh la ek2....
hehe..xpe2 ape pun sy tetap tggu