Monday, July 5, 2010

cerpen yang poyo

21 JANUARI 2007

"Eh, kau ni gila ke apa?"

"La..apasal pulak? Aku bukannya salah pun."

"Memanglah tak salah. Tapi masanya sekarang kalau kau nak kahwin.. Ish, tak setuju la aku.."

"Apa masalahnya dengan masa? Aku dah cukup baligh apa.."

"Kau ni, aku cakap seriuslah. Dah la kau tu, belajar pun tak khatam lagi. Ni ada hati nak kahwin?"

"Tak ada masalah laa.."

"Suka hati kaulah. Tapi, cuba kau story sikit kat aku, siapa yang malang nak kahwin dengan kau ni.. Dah la tak hensem, belajar pun tak grad lagi.."

"Haa, yang itulah sebenarnya masalah aku. Perempuan tu tak tahu lagi aku nak propose dia."

"Pulak?? Kalau macam tu, kau bukanlah serius nak kahwin."

"Siapa pulak yang tak serius? Aku serius la ni.."

"Dah tak ada pengantin perempuan, macam mana kau nak kahwin? Pengantin perempuan tu syarat wajib tau."

"Aku tau la. Aku nak bagitau dia, tapi.."

"Kau ni..siapa dia, cuba cerita sikit kat aku.."

"Tu, kau pandang belakang.."

"Huh, tak ada siapa pun.."

Eh, sekejap..
Yani memalingkan mukanya sekali lagi ke arah belakang. Opss..alamak, biar betul!! Dia pandang lagi sekali.. Sekali lagi.. Lagi.. Dan lagi..
Cuma cermin yang dia nampak. Dan imej yang dipantulkan adalah dirinya sendiri.

"Eh, kau ni main-main pulak!" Getaran di hatinya dicover semampu yang mungkin.

"Apasal pulak.. Aku serius la."

"Aku tau la kau serius. Tapi siapa orangnya?"

"Yang kau nampak dalam cermin tadi tu la.." Lemah suara itu menjawab sambil menunduk memandang hujung kasutnya.

Ha aku??! Ish..tak! Tak! Aku tidak percaya. Dia ni tak habis-habis nak kenakan aku. Tidak dapat menahan debaran di hati, Yani terus berlalu dari situ.

Ahmad Farhan ni memang nak kena laaa!!!!!!!!!!

3 FEBRUARI 2007

"Hello, Assalamualaikum.."

"Waalaikummussalam.. Yani, makcik ni.. Yani apa khabar?"

Gulp!! Yani menelan air liur. Kenapa mak Farhan call aku tiba-tiba pulak ni? Ada kaitan pasal hari tu ke?

"Baik..baik saja makcik. Makcik pulak apa khabar? Pakcik macam mana?"

"Semua ok. Makcik call ni nak ajak Yani datang rumah weekend ni. Ada kenduri sikit."

"O yeke? Kenduri apa tu, makcik?"

"La, Farhan tak bagitau ke?"

Hah?? Eh eh.. Mintak-mintak la makcik tak tanya pasal tu.

"Bagitau apa eh makcik?"

Dub dab! Dub dab!

"La, kenduri Kak Hana weekend ni. Nak jemputlah Yani sekali. Nak memeriahkan majlis.."

"Ooo, Kak Hana kahwin ye? Hmm..weekend ni ye?"

"Datang tau. Nanti balik sekali dengan Farhan. Senang, terus sampai rumah. Lagi pun, ada la Farhan tu teman masa drive nanti."

"O yeke.. Ok. Tapi saya tunggu Farhan ajak saya dulu la makcik.. Kalau dia tak ajak, takkan saya nak ajak dia pulak, kan? Hehe."

"Dah, makcik dah bagitau dia suruh bawa balik Yani sekali. Datang ye."

"Hmm..InsyaAllah makcik."

"Ok, makcik tunggu tau."

Talian diputuskan. Alahai makcik ni.. Memang Farhan sudah menjemputnya tapi Yani menolak. Dia sebenarnya malu dengan Farhan. Rasanya tak sanggup untuk berdepan dengan mamat sewel tu lagi..

Sewel-sewel pun hensem☺..Arghhh! Boleh jadi gila aku macam ni..

Seketika bunyi mesej masuk.

‘My mum dah call?’

Yani membiarkan.. Oo, dia punya pasallah ni. Yani membiarkan mesej itu. Maleh nak layan!

Memang tiga hari lepas Farhan menghubunginya dan memaklumkan mengenai majlis perkahwinan kakaknya itu. Tetapi disebabkan marah dan malu terhadap Farhan, Yani tidak langsung mengingati perkara itu. Sampailah ibunya sendiri yang mengajak.
Kalau aku tak pergi, apa pula makcik cakap.. Itulah satu-satunya keluarga yang aku ada…

3 SEPTEMBER 2006

Pertandingan bola tampar antara kolej mendapat sambutan hangat. Di kiri dan kanan gelanggang dikerumuni oleh penyokong pasukan masing-masing. Tidak ketinggalan, pengetua kolej turut turun padang untuk memberi sokongan kepada atlet-atlet mereka.

Dari jauh, Yani memerhatikan seorang pemain lelaki yang hebat sedang membalas permainan dari pihak lawan. Kagum dia seketika. Badannya agak tegap dan tinggi. Cuma sayang, Yani tidak memakai cermin matanya pada ketika itu. Jadinya, wajah pemain memang tidak dapat dicamkan.

Di sebelahnya, dia terdengar suara-suara yang memberi ‘ulasan tak berbayar’ mengenai pertandingan pada hari itu. Opss, bukan permainan, tapi pemain..
"Fullamak.. hensem gilerr mamat tu.. Kau kenal ke?" Satu suara bertanya pada seorang lagi kawannya. Perempuan itu ada menyebut mengenai pemain yang berseluar pendek. Para pemain semuanya berseluar panjang, kecuali seorang yang mendapat perhatian Yani. Maknanya?

"Aku tak berapa kenal. Tapi orang cakap dia tu senior. Dah final year."

"Oh, yeke? Boleh tahan la ek orangnya."

"Apasal? Kau berminat ke?"

"Secara jujurnya, takkan ada perempuan yang tak tertawan dengan muka hensemnya tu. Tapi aku, takla.. Cik abang yang aku ada ni dah cukup membahagiakan aku, hehe.."

"Baguslah kau ni, haha.."

Yani hanya mendengar. Yeke? Hensem sangat ke dia? Tapi itu tak penting. Yang penting pertandingan ni, pihak mana yang menang..Kan?

Sejak dari itu, setiap petang, sebelum Yani pulang ke kolejnya, pasti dia akan singgah ke gelanggang bola tampar. Memandang dari jauh pemain-pemain yang beraksi di gelanggang. Tapi cermin matanya memang ditanggalkan. Dia tidak mahu kehebatan pemain dipengaruhi oleh ketampanannya ke..kehensemannya ke..dan segala yang berkaitan dengan keindahan fizikal.

31 OKTOBER 2006

Yani sedang tekun menyiapkan assignment untuk subjek Falsafah Sains di perpustakaan. Sedang khusyuk dia mengedit dan memperbetulkan beberapa patah perkataan dan istilah, dia didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

"Ermm..cik, tumpang tanya.."

"Ye?" Yani memandang ke arah sehelai kertas yang dihulurkan kepadanya.

"Saya nak cari buku ni. Dah puas saya pusing, tapi tak jumpa la."

Call number: QA76.73 C15 1999

Ini dekat aras 4. Budak baru ke?

"Dik, kat aras 5 ni, call number start dengan QD dan ke atas. Ini QA, kat aras 4."

"O yeke?"

"Student baru ke?"

"Eh, tak la.. Hm, tak pelah. Saya turun dulu. Thanks ye."

Lelaki itu kemudian berlalu pergi.

Sejak kejadian itu, Yani selalu terserempak dengan lelaki QA ini di perpustakaan. Selalu belajar di meja berhadapan dengan meja Yani, meja yang selalu Yani lepak, di tepi tingkap.

Entah macam mana, boleh jadi kawan…

"Adoiii!!"

Kepala Yani terhantuk di meja ketika dia ingin bangun dari mengutip pemadamnya yang jatuh. Lelaki di hadapan mejanya hanya mampu memandang. Kesiannya. Lelaki itu kemudian menggagau sesuatu di dalam beg sandangnya.

"Ermm.. Nampak tadi macam kuat je awak terhantuk. Ni, gunalah.. Kot-kot la jap lagi benjol kepala tu.."

"Oh, terima kasih. Saya tak apa-apa."

Namun, lelaki QA itu tetap meninggalkan sebotol minyak angin cap kapak di atas meja Yani.

Dia kemudian berlalu ke mejanya dan kembali menghadap buku. Sesekali, dia menjeling ke arah Yani di hadapannya.

Kepala Yani yang baru terhantuk tadi berasa pusing. Tanpa segan silu, Yani mencapai minyak angin itu lalu disapu di dahinya. Yani perasan yang lelaki di hadapannya itu tersenyum. Ah, lantak la kau nak cakap apa, aku tengah nazak ni..

Jam di tangan menunjukkan pukul 3 petang. Awal lagi. Tapi Yani sudah tidak dapat menahan kesakitan di kepalanya. Dia mengemas buku yang berselerak di atas meja dan memasukkan ke dalam beg.

Yani memulangkan minyak angin kepada lelaki di hadapannya. "Thanks a lot ya." Lelaki itu hanya mengangguk.

Yani berjalan ke muka pintu dan terus hilang dari pandangan lelaki itu.

Dia tak perasan aku ke?

Semasa bermain di gelanggang, dia terasa ada mata yang memerhatikan dia. Sudah sebulan. ‘Siapa pulak yang nak tengok aku ni..’
Apa yang dia nampak ketika itu ialah seorang perempuan yang sedang merenungnya..

Setiap petang, mesti perempuan itu ada di situ. Kehadirannya seolah-olah memberi semangat baru kepada Farhan. Dia cuba mempamerkan aksi-aksi yang boleh dibanggakan. Hanya untuk perempuan itu sahaja.

Sejak itu, Farhan semakin berminat untuk mengenali perempuan itu dengan lebih dekat. Dia ingin mencari ‘puteri hati’nya dengan daya usahanya sendiri tanpa bantuan sesiapa.

Langkah pertama ialah dia pergi ke perpustakaan. Selalunya perempuan skema macam dia itu pasti selalu menghabiskan masa di perpustakaan. Dirinya yang tidak pernah menjejakkan kaki ke perpustakaan akhirnya menjejakkan kaki jua di situ.

Dan dia tidak menyangka, dia menemui perempuan itu di situ. Bersama cermin matanya yang tebal. Farhan mengatur strategi bagaimana untuk mendekatkan dan memperkenalkan diri dengan perempuan itu.

Dan berlakulah insiden bodoh seperti..

"Buku ni kat aras 4. Student baru ke ni?"

Peristiwa itu masih diingatnya lagi. Mana mungkin dia lupa. Dia yang senior ini dikatakan student baru? Uhh.. Memang tak dapat diterima. Terbuktilah dia baru pertama kali datang ke perpustakaan.

Sejak dari hari itu, dia selalu menghabiskan masa di perpustakaan. Melihat kerajinan dan ketekunan perempuan itu menelaah pelajaran, Farhan menjadi bersemangat. Dia berazam untuk mengubah dirinya. Berazam untuk menamatkan pengajiannya. Demi untuk perempuan itu..


10 FEBRUARI 2007

Akhirnya Yani turut menghadiri majlis perkahwinan Kak Hana. Suasana agak meriah. Ramai sanak-saudara dan kawan-kawan mereka datang berkunjung. Setelah 3 hari berada di rumah Farhan, barulah Yani pulang bersama Farhan setelah menolong apa-apa yang patut. Itu pun setelah puas ditegah oleh ibu Farhan.

"Yani tak payahlah buat tu.. Yani kan tetamu makcik.."
"Tak pelah makcik. Bukannya susah pun. Ganyang aje..hehe.."

Ehem..ehem.. Lamunan Yani terhenti oleh suara Farhan yang berdehem di sebelahnya.

"Jauhnya.. Dah sampai mana kau?"
"Sampai mana? Seremban pun tak lepas lagi kan?"

Farhan gelak. ‘Minah ni memangla.. Berangan la tu. Tapi dia ingat siapa ekk? Habislah kalau dia ingat kat jantan lain. Memang nak kena kahwin cepat-cepat ni..’

"Yan, aku nak cakap sikit boleh?" Farhan suka memanggilnya dengan nama Yan. Yan tak pe..jangan YANG sudah la. Tapi ok jugak kalau ‘yang’ kan? Hehehe. Perasannya aku nih..

"Banyak pun tak apa.."

Ekeleh, perli maut dia ni nampak!

"Pasal yang aku cakap kat kau hari tu. Kalau kau tak suka aku, tak apalah. Jangan paksa-paksa. Aku faham. Aku ni siapalah kan. Tak sepandai kau. Tak layak pun dengan kau."

Apa hal pulak mamat ni? Aku baru je nak..

"Tapi Yan, aku nak kau tahu, kaulah cinta pertama aku.."

Ceh, dah masuk ayat jiwang pulak dia nih. Tersedak Yani mendengar kata-kata lapuk yang dipetik drama itu. Tak sangka pulak mamat ni tengok drama Melayu ye? Lagi sekali fikiran Yani melayang..

"Yani, makcik rasa Farhan dah bagitau Yani apa yang patut dia bagitau, kan? Makcik tak pernah halang dia untuk pilih siapa-siapa. Sejak makcik tahu yang dia berkawan dengan Yani, dia dah banyak berubah. Dah selalu senyum sendiri."
"Suatu hari nanti, makcik harap makcik dapat tengok Yani dan Farhan atas pelamin macam ni. Macam Kak Hana dengan Abang Faisal."

Panjang lagi ibu Farhan bercerita dengannya. Bagaimana ibunya mengorek isi hati Farhan sejak pertama kali dia membawa Yani ke rumahnya.

Keprihatinan keluarga Farhan terhadap diri Yani yang sebatang kara juga membuatkan Yani terharu. Dah lama dia mengidam untuk mempunyai keluarga yang ramai sebegitu.

Farhan?

Sekilas Yani memandang Farhan yang sedang tenang memandu.
Hmm, sepanjang perkenalan mereka, Farhan memang baik. Tidak pernah mengambil kesempatan di atas kepandaiannya, jujur dan kelakar. ‘Yang penting, hensem? Of course la.. Hehe.’

Yani tahu, lelaki itu memang mendapat tempat di hatinya. Tapi, dia belum menamatkan pengajiannya lagi. Itu sahaja masalahnya.

"Aku pun ada hal nak cakap dengan kau, An."

"Tak payahlah Yan. Aku faham. Aku tak patut sebenarnya. Pentingkan diri aku sendiri sahaja."

"Eh, kau ni. Dengarlah dulu." Suara Yani yang tiba-tiba meninggi membuatkan Farhan terdiam.

"Yelah.."

"Lamaran kau tu available sampai bila?"

"Hahh??!!" Farhan berpaling. Tangan yang mengawal stereng kereta terasa menggeletar.

"An, aku tidaklah tolak kau dan tidaklah terima kau. Tapi aku dah sayang family kau. Mak kau baik nak mati kat aku.."

"Family aku je? Aku?"

"Yelah, kau pun sekali la."

"Hehe."

"Tapi kau ada satu semester lagi nak habiskan degree. Aku pulak satu semester je lagi nak habiskan master walaupun kita sebaya."

Penghujung ayat itu memang ditekankan oleh Yani. Sengaja ingin mengenakan Farhan. Farhan hanya tersengih.

"Ramai je orang kahwin masa study." Farhan memprotes.

"Memanglah. Tapi aku tak nak. Aku cadangkan kalau kau betul-betul serius nak kahwin dengan aku, kita bertunang dulu. Setahun. Bila kau dah ada kerja, dah yakin boleh bagi aku makan, kita kahwinlah."

"Apa kau cakap? Maknanya…" Ayat Farhan tidak sempat dihabiskan.

"Bertunang dulu."

"Maknanya kau setuju dengan lamaran aku?"

Yani hanya mengangguk.

Farhan tersenyum.

Perjalanan dari Kajang ke Skudai dirasakan terlalu jauh. Farhan ingin cepat sampai ke UTM, menamatkan semester akhir dengan keputusan yang baik dan bekerja. Selepas itu, dia berdoa semoga perjalanan hidupnya akan lebih bahagia dan bermakna bersama seorang puteri di sisinya.

Aku amat mengharapkan kau Izyani!!

p/s: cerpen ni ditaip beberapa dekad yang lalu. dah lapuk.. berkulat. pernah post dekat penulisan2u. tapi tu la... retrieve balik. dan post kat sini.. esok2 senang anak cucu nak baca! keh3..

4 comments:

Miss Kira said...

hahaha..
ini cucu sdh dtg membaca..
hehehehe..

best2.. akak x nak buat smbgn ka??
lps depa kwen plak..
^^

zuezakry said...

erkk erkk..soklan mencabar ~~ tak kut!

hijab4piz said...

hehehe... ^_^
btol2 sambung lah
baru best...

niK hAmiZaH said...

sambung la..asenye si yani xtahu lagi kot y die slalu tengok main tu adalah farhan...hehe