Friday, September 27, 2013

My Suami, MINE -6- Preview :)

"Sejak bila lagi tok wan tahu?"

"Dah lama aih. Masa mula-mula hang bawak budak tu ke mari lagi."

"Dia cerita kat tok wan?"

Tok wan menggelengkan kepala.

"Malam tu tok wan tengok dia macam menangis. Terhinjut-hinjut bahu dia.."

Tok wan berhenti sejenak. Cuba mengingat kembali kisah dua tahun lepas. Pertama kali tok wan melihat Ain yang dibawa Laili ke rumahnya, hati tok wan berdebar semacam. Mata tuanya seakan-akan pernah ternampak Ain. Tetapi dia lupa di mana. Dua hari di rumahnya, tok wan beramah mesra dengan Ain. Tok wan cuba mengenali Ain di samping mengasah memorinya berkenaan Ain. Sehinggalah pada malam itu, dia ternampak Ain menangis di dapur.

"Bila tok wan tanya kenapa, dia cuma cakap dia rindukan keluarga. Itu saja."

"Dah tu, pasal Ain dengan Amar?"

"Tok wan tak sengaja tertengok gambar kat dalam handphone dia. Masa tu memang dia tengah tengok gambar."

"Gambar apa?"

"Gambar ni laa.."

"Ain tak pernah cerita kat Laili tok wan. Kalaulah Laili tahu, Ain tak perlu tunggu lama. Memang Laili akan bawa dia kepada Amar. Tapi, Ain tu budak baik. Mustahil dia sanggup tinggalkan suami dia kalau tak ada sebab. Entah-entah Amar ada buat jahat dekat Ain tak tok wan?"

"Itulah yang tok wan panggil hang ke mari ni. Tok wan nak minta tolong hang korek cerita. Si Amar tu hang tahulah perangai dia. Bukannya dia suka kalau kita banyak tanya. Dah la lama tak balik. Cucu bertuah betul."

"Cucu tok wan, kan.."

"Sama laa dengan hang pun!"

Kak Laili tergelak kuat. Alahai tok wan ni.. usik sikit pun tak boleh. Kak Laili memandang skrin handphonenya yang sedang memaparkan gambar kahwin Ain dan Amar. Gambar itu dihantar oleh mama Amar, makcu Kak Laili setelah dihubungi oleh tok wan sebentar tadi.

Amar ni.... memang kena sekolah!

~ ~ ~ ~
nota kaki: kepada yang sudi melepas rindu untuk Ain. Nantikan full episod ye. InsyaAllah, mudah2an semua terhibur. kekekeh :)

7 comments:

kak na said...

lama da menanti.....
cpt cikit ye cik ct

Fiza said...

Lama tul tggu en3 baru..cpt sikit cik writer

emyliana adlin said...

Cpt2 xsabar nk bc

Aryssa Najwa said...

Lama tgu..smpai agak blurr sikit, heheheh

IVORYGINGER said...

sambung lagi... tak sabar nk tahu kesinambungan ceta Ain n Amar ni. ;D

zoora said...

finally....akan ku tunggu.....

Kak Sue said...

lama tunggu tau.... hilanglah rindu sikit kt Ain...
cepat sambunggg...