Monday, December 12, 2011

C.I.C.I [13]

Majalah yang dibaca sejak tadi diletakkan di atas meja. Dia memusingkan kepalanya mencari kelibat si ayah. Ismail yang masih di meja makan kelihatan tekun menghadap laptop Intan. Intan menggaru kepala yang tak gatal sambil berfikir sesuatu. Dia sebenarnya masih teragak-agak untuk mengajak ayahnya 'dating'. Bimbang pula konsentrasi Ismail terhadap kerja terganggu. Ayahnya sejak bersara ni bukan main aktif lagi. Tak cukup dengan dua buah kedai dobi, dia ingin menambah beberapa cawangan lagi.

Tapi kalau tak diajak Ismail, dengan siapa lagi dia nak keluar? Syikin awal-awal lagi memberitahunya semalam bahawa hari ni Syikin akan keluar dengan seseorang. Bila ditanya, siapa seseorang tu, Syikin hanya menggeleng dengan senyuman. Walau seketat mana muka Intan masa tu, Syikin masih bertegas tak nak bagitahu.

Syafiq. Pun sudah diSMS tadi. Negatif. Keluar dengan kawan katanya. Cuma tinggal Ismail sahajalah kawan harapannya pada hari ni. Intan ingin relaks setelah tamatnya kursus Jumaat lepas. Sabtu, aktivitinya membasuh, menyidai dan melipat baju. Hari ni hari Ahad. Dia taknak terperap di rumah sahaja. Dia perlukan udara!

"Ayah banyak kerja ke hari ni?" Intan bersuara akhirnya. Dia bangun dari sofa dan menapak ke arah Ismail. Dia menarik kerusi di sebelah ayahnya lalu duduk di situ.

Dengan riak wajah yang serius, Ismail menjawab, "Ada kerja yang kena buat walaupun tak banyak. Kenapa Intan tanya?"

Tak angkat muka langsung! Parah ni sibuknya.

"Intan boringlah ayah. Nak ajak ayak keluar ni. Nak tak?" Kertas-kertas yang berterabur di sekiling ayahnya diperhatikan. Ada beberapa geraf naik turun tercetak di situ.

"Nak ke mana?" tanya Ismail melayan.

"Entah.."

Jari Ismail terhenti dari menaip. Muka Intan dipandang. "La, kalau tak tahu nak pergi mana, buat apa ajak ayah keluar. Cuba call Syikin. Mungkin dia free hari ni.."

"Syikin ada datelah ayah. Intan dah cuba tanya dia tadi. Takpelah kalau ayah sibuk. Intan keluar sorang, ok?" kata Intan memohon keizinan. "Err, PJJ sekali, ok?"

Ismail memandang Intan beberapa ketika. Betul juga!

"Iyelah. Kalau sempat, tolong servis sekali ok. Rasanya dah sampai masa dia tu. Kali ni turn Intan yang tanggung, kan?" Ismail gelak kecil.

"Ayah ni.... dengan Intan anak ayah yang sorang ni pun nak berkira! Intan ni dah la baik, cantik, sweet, jelita..." Intan membebel sorang-sorang sambil membawa dirinya ke dalam bilik untuk bersiap.

'...cute, rupawan, satu-satunya tinggalan arwah ibu..' sambung Ismail dengan perlahan dengan senyuman yang masih lagi dibibir. Beberapa minit kemudian, senyumannya sirna, diganti dengan sebuah keluhan. "Itulah anak awak, Suria.."

****************~~~~**********************

"You tak nak makan apa-apa?"

"You makan dulu. I tak lapar."

Handphonenya masih setia di tangan. Sejak dia menerima mesej itu pagi tadi, hatinya sungguh tak keruan. Bukan kerana apa, si penghantar mesej bukan orang lain padanya. Tunangnya. Bakal isterinya. Ajakan Intan untuk keluar bersama terpaksa ditolak kerana dia sudah berjanji dengan seseorang. Seseorang dari masa lampaunya.

Sudah berbuih mulut Syafiq memberitahu pada Nadiah yang dirinya sudah diikat. Dia tak mahu kelihatan berdua dengan Nadiah selalu sedangkan dia tiada apa-apa hubungan dengan Nadiah. Sewaktu memberitahu Umi tujuannya keluar dan dengan siapa dia keluar, Uminya sudah menjeling tajam. Umi jelas-jelas tidak suka dengan keadaan itu. Kata-kata uminya juga sangat berbekas di hati. Itu baru Umi. Kalau Intan?

Nadiah menarik kerusi di sebelah Syafiq setelah meletakkan dulang berisi makanan tengaharinya ke atas meja. Dia mengeluarkan pinggan berisi mee goreng dan segelas Milo ais dari dulang lalu dulang yang kosong tadi diletak ke meja sebelah. Ketika tangannya menyentuh sudu, dia memandang Syafiq seketika.

"Dari tadi I tengok you asyik ngadap handphone you tu saja. Ada apa kat situ?" Nadiah menjengah ke arah handphone Syafiq.

"Tak ada apa-apa lah.." Segera Syafiq memasukkan alat telekomunikasi yang dipegangnya tadi ke dalam poket seluar. Dia memandang menu tengahari Nadiah di sebelah. "Cukup ke makan mee aje?"

"Cukuplah.." Nadiah menyuap sesudu mee ke mulutnya. Suapan kedua tidak dihala ke mulutnya, tetapi ke mulut Syafiq.

"Nad, please.. kita tak macam dulu lagi, OK?" Syafiq cuba menolak. Dia tiada hati untuk bermesra dengan Nadiah seperti waktu dulu. Waktu dulu tu dah jadi sejarah antara dia dan Nadiah. Nadiah sekarang isteri orang. Dan dia tunang orang. Tunang Intan.....

***************~~~~~~~~~*******************************

Akhirnya!
Intan berjalan masuk ke bangunan Tesco Sungai Petani Selatan lalu singgah di mesin ATM yang terletak di sebelah eskalator. Sebelum keluar rumah tadi, sempat dia membelek pursenya. Cuma tinggal dua keping not RM1. Semasa menghantar Waja kesayangan ayah ke pusat servis kereta sebelum ke Tesco tadi, dia hulur kad kredit sahajalah. Nasib baik 'En. Ikhwan' sentiasa standby ketika dia tidak mempunyai wang tunai.

Toner, moisturizer dan beberapa barang keperluan hariannya yang tinggal 'nyawa-nyawa ikan' sudah dibeli. Milo 3 in 1 juga sudah. Keluar sahaja dari kaunter Tesco, panjang langkahnya diatur ke kedai buku Popular. Di situ, sempat dia menyambar beberapa batang pen, buku nota dan stationery yang lain. Setelah tamat kursus hari tu, pennya yang berlambak dekat dalam mug di atas meja di ofis, ghaib entah ke mana. Pada hari yang dia terpaksa hantar material kursus kepada En. Amri, rupanya semua AJK sibuk menyudahkan kerja masing-masing untuk kursus tu. Disebabkan mejanya paling dekat dengan bilik meeting, semua AJK capai aje apa yang ada di atas mejanya. Dah capai, terus tak pulang-pulang.

Intan membawa barang-barang yang diambil ke kaunter pembayaran. Setelah selesai urusan pembayaran, Intan berdiri tegak di hadapan rak novel. Masih menimbang samada mahu membeli atau tidak.

"Tapi dah bayar ni, malaslah nak beli lagi..." katanya kepada diri sendiri.

Pandangannya segera teralih ke arah food court berdekatan dengan Popular manakala tangannya meraba handset dari poket jeans.

Pause.

******************~~~~~~~~~~~*******************

Langkahnya diatur tenang. Ketika sampai di meja yang diduduki oleh seseorang yang dikenali, dia bersuara perlahan, "Assalamualaikum.."

Syafiq yang sedang menolak tangan Nadiah dari mulutnya segera mendongakkan kepala setelah mendengar salam dari seseorang. Seraut wajah yang sangat dirindui sedang berdiri di depan mata. "Intan!"

"Hai, boleh duduk?" kata Intan tenang dengan anak matanya memanah anak mata Syafiq.

Intan menarik kerusi setelah menerima anggukan dari Syafiq.

Nadiah mengerutkan keningnya. Walaupun sudah dapat diagak, dia tetap bertanya kepada Syafiq, "Siapa dia ni?" Nadanya kelihatan kurang senang dengan gangguan orang ketiga. Begitu juga semasa di kampus dulu. Sekiranya dia berdua-duaan dengan Syafiq, dia sangat tidak suka sekiranya ada kawan-kawan Syafiq yang datang bertegur sapa.

"Oh, hai.. Saya Intan." Intan menghulurkan tangan tanda salam perkenalan. Nadiah menyambut huluran tangan Intan dengan dingin.

"Maaf, Nadiah. I nak kenalkan, ini Intan tunang I yang selalu I ceritakan pada you." Syafiq mengambil keputusan untuk berterus terang dengan Nadiah. "Intan, kenalkan ini kawan abang masa di universiti dulu, Nadiah. Kami satu course."

Panggilan 'abang' yang ditutur Syafiq tidak dihiraukan. Intan hanya mengangguk sambil tersenyum manis. Dia memandang Nadiah yang sudah memuncung. Kenapa dia rasa Nadiah tak suka dia datang mengganggu? Memanglah mereka keluar berdua. Tetapi Syafiq itukan kepunyaannya walaupun masih tak rasmi lagi? Uh, pelik. Cemburu ke? Sepatutnya dalam hal ni, bukankah orang yang patut cemburu adalah diriku? Patutlah Syafiq menolak untuk keluar bersamanya. Agaknya mereka dah berjanji lebih awal. Bukannya dia tidak kenal dengan sifat Syafiq yang selalu berpegang pada janji.

Intan rasa sedikit sedih sebab dia tak diutamakan. Walau bagaimana pun, di hadapan Nadiah dan Syafiq, senyuman tetap diukir.

"Tak makan?" tanya Intan.

"Intan nak makan ke? Abang tolong orderkan, ok. Intan tunggu sini." Syafiq bingkas bangun.

Syafiq dah berjalan jauh meninggalkan mereka. Di dalam hatinya, dia berdoa semoga Intan tidak berfikir yang bukan-bukan tentang dirinya dengan Nadiah. Malam nanti, dia akan berterus terang dengan Intan siapa Nadiah dalam hidupnya. Dia berharap Intan akan mendengar penjelasannya nanti.

Intan dan Nadiah saling membalas pandang. Seorang dengan muka yang manis manakala seorang lagi dengan muka yang kelat. Intan terasa ingin ketawa dengan perangai Nadiah. Siapa yang sepatutnya bermuka kelat sekarang? Syafiq dah pun memperkenalkan siapa dirinya tadi. Takkanlah Nadiah sebagai kawan Syafiq harus cemburu dengannya yang tiba-tiba datang mengganggu lunch date mereka? Tak patut. Mungkin juga Intan bersalah sebab mengganggu privasi orang lain tetapi orang lain itu melibatkan tunangnya. Dia perlukan kepastian.

Nadiah meneruskan suapan. Tidak menghiraukan langsung Intan di hadapannya. Tidak lama kemudian, Syafiq datang meletakkan dulang di hadapan Intan.

"Terima kasih.. Intan pun lapar sangat ni." kata Intan dengan senyuman yang masih tak lekang di bibir. Syafiq tidak bersuara tetapi dibalas dengan senyuman juga.

Nadiah menjeling ke arah makanan yang diletakkan. Dua pinggan nasi goreng paprik? Kenapa dengannya tadi Syafiq kata tak lapar? Bila Intan datang aje, seleranya terbuka? Argh. Bencinya!
Kenapa mesti ada perempuan ini tengahari ni? Nadiah berkira-kira mahu berterus terang dengan Syafiq tentang statusnya yang sebenar. Dia masih mengharapkan Syafiq! Dia tidak mahu ada orang lain dalam hati Syafiq selain dia.

5 comments:

iniakuyangpunyahati said...

alaahai sibuk laah nadiah nie..
syafiq terangkan laa cepat2....
pape pon tq tuan tanah hehehe cepat2 sambung yerk i-p

cactaceous opuntia said...

aih...sibuk la nadiah ni....menci2...intan pliz cool...sat2 g syafiq xplain na...

Iffahnazifa said...

Oh man..
menyibuk je nadiah ni.tunang org pn nk kacau. Syafiq jgn nk b'paling lak. Jalan terus ke dpn.

Unknown said...

saya suka sifat intan. first time jmp watak perempuan yg cool dan tenang je.xcepat melenting xtentu pasal dan tak membuat kesimpulan terburu2. ini baru wanita bijaksana. bravo penulis kerana xikut stereotype cerita melayu...sangat...ahaha

Kak Sue said...

Saya pun suka sangat sifat intan. x mudah melenting...cool ja....
Ada aku kisah siap kau dihati Safiq dulu... itu cerita lama.... sekarang hati Safiq... Intan yang punya ok... hahaha....
Balik nanti Safiq cerita dan bincang elok-elok dengan Intan kkkk...
I follow....