Thursday, October 29, 2015

STUPIDO IMPIANA ~5~

Rin kejut aku bangun. Dia tarik selimut dan sempat tarik jari kaki aku. Rin ni memanglah. Perangai memang macam mak budak betul.

"Dah, dah.. bangun. Aku nak keluar cari sarapan."
"Aku nak nasi lemak satu. Telur sebiji," sempat aku mengorder dalam keadaan mamai.
"Aku tahulah!"

Aku sengih. Terus bangun pindah bilik. Memang aku tidur dekat bilik Rin. Kononnya nak layan variety show tu sampai habis, tapi tak dan aih. Aku terlungkup terus bila badan dah berbalut dengan comforter Rin. Bilik Rin pulak beraircond. Memang senang aje mata aku lelap. 

Lepas mandi, kemas bilik sendiri kemudian aku kemas bilik Rin. Yelah, kenalah sedar diri sikit. Kan menumpang tidur kat situ. Buat baik dibalas baik, betul tak? Tu la resepi kebahagiaan rumah tangga aku dan Rin. 

Rin dah balik bawakan sarapan. Air pun aku dah siap bancuh. Tak tunggu lama, memang terus ngap aje. Di meja makan, Rin dah mula tanya.

"Kau kenapa malan tadi? Tak adanya saja-saja kau nak datang bilik aku sedangkan bilik kau tu paling best aku rasa untuk tidur."

Aku cebik.

"Betul apa aku cakap."

"Tak adalah. Aku nak sambung cerita malam tadi tu. Lepas kita tolong pakcik kat parking."
"Ha, suara siapa?"
"Abang Milo."
"Abang Milo?"

Aku angguk.

"Kau biar betul Jah. Cerita tu dah lama kan?"
"Itulah pasalnya. Cerita tu dah lama. Tapi takkanlah aku ni salah dengar pulak."
"Kau betul-betul pasti ke?"
"Tak bolehla nak pastikan. Cuma rasanya ya. Kalau nak pastikan kenalah tanya nama dia."
"Kau ingat kat dia lagi ya Jah?"
"Haih kau ni. Tu cerita lamalah. Aku tak ingat dah."
"Baguslah kalau macam tu. Jangan nak emo jiwang-jiwang sangat pagi ni."

Aku jelir lidah kat Rin. Memanglah Rin tahu kisah tu sebab Rin pun terlibat sama. Rasa nak gelak pun ada. Tapi sedih jugaklah sebenarnya. Abang Milo tu crush pertama yang melibatkan hati dan perasaan. Nak buat macam mana, kumbang yang dipuja milik orang lain. Undur diri cepat-cepat weh sebelum parah. Lagipun dia ada hubungan dengan kawan kami juga. Aduhai, punah ranah impian.

Rin cakap, cepat lupakan dia dan cari crush baru. Sambil tu Rin bagi hadiah kat dahi aku. Menjentik ajelah kerja Rin ni.

"Kalau betul pun dia, biarlah. Aku ajelah yang duk perasan cam suara dia. Entah dia tu, kalau betul pun Abang Milo, tak ingat dah pun suara aku."
"Ha, cepat sedar diri. Bagus tu."

Geli sangatla mengingatkan cerita tu.
Parah aku ni.


1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)