Thursday, May 15, 2014

Stupido Impiana ~ Intro :)

"Kau kenapa sebenarnya? Jauh kau datang dari Skudai, takkan tak ada apa-apa. Ceritalah dekat aku. Masalah apa yang kau hadapi sekarang ni?"

Aminah sedaya upaya cuba menahan diri dari menangis.

"Tak adalah besar sangat masalahnya. Tapi bermasalah jugalah..." Aminah masih tersengih.

"Min...." seru Rina perlahan.

"Alah kau ni...." Aminah terus mendakap Rina. Kalah betul dengan seruan lembut Rina. Selalunya begitulah Rina memancing Aminah untuk bercerita.

Rina tahu sangat perangai Aminah. Cuba pendam masalah walaupun tak mampu. Rina suka kalau Aminah bercerita supaya dia tak terbeban. Aminah tu nampak aje kuat, tapi hatinya lemah kalau ada masalah. Sebab tu Aminah cuba untuk tidak mencari masalah. Cuma kali ini nampaknya Aminah kalah pada masalahnya sendiri. Rina sudah tahu bila Aminah memberitahunya untuk datang ke Perlis.

"Rin, kau ingat tak mamat yang selalu aku cerita tu?"

"Abang Milo kau tu?"

Aminah angguk.

"Kenapa dengan dia?"

"Aku ingat dia ikhlas dengan aku. Rupanya tak. Dia cuma nak rapat dengan kak Iman melalui aku. Aku tak kisah Rin kalau dia suka kak Iman sekalipun. Tapi aku tak sangka la dia sanggup gunakan aku. Aku pun tak tahu la Rin kenapa aku sedih sangat. Padahal aku dengan dia memang tak ada apa-apa pun. Dia pun tak pernah cakap yang dia suka aku. Tapi aku aje yang tak boleh terima keadaan ni. Hati aku ni, ada rasa sakit sikit. Aku memang gagal betullah Rin bab perasaan ni. Tak nampak orang cuma suka-suka dengan aku. Bukan ikhlas nak kawan dengan aku."

Rina menggosok-gosok belakang Aminah sambil mendengar luahan perasaan sahabatnya. Dia tahu Aminah ni terlalu cepat sukakan orang tetapi kali ini berbeza. Berbeza kerana si lelaki itu pun seakan-akan menghulur salam percintaan. Memang! Boleh nampak dari segi layanannya terhadap Aminah. Kadang-kadang Rina pun rimas dengan mereka berdua. Dia agak yang mereka bercinta. Rupa-rupanya tidak.

"Sudahlah Min. Jangan sebab dia seorang kau jadi lemah macam ni. Kuat semangat sikit Min."

"Entahlah Rin. Mungkin sebab aku terlalu percayakan dia. Atau pun aku memang dah sayang dia. Bila jadi macam ni, sakit pula aku rasa."

"Banyak lagilah lelaki lain. Kau jangan risau. InsyaAllah, sempat kau realisasikan impian kau tu."

Aminah tergelak. "Bodoh betul aku ada impian macam tu. Tak pasal-pasal aku yang sakit."

"tak ada salahnya impian kau tu. Semua orang berhak ada impian. Impian kau tu disokong apa!" gurau Rina.

"Kau ajelah yang menyokong aku. Terima kasih Rin!"


---------------------------------------------------------------------------------




Assalamualaikum!
Kali ni saya nak cuba lagi. Zu boleh. Zu boleh. kekekeke.
Stupido impiana memang cite budak2 aje paham. Kak sue, silalah undur diri :)

Percubaan kali ni tak tahulah menjadi ke tidak. sayang aje my suami mine habis macam tu. padahal dalam kepala otak nak buat sampai bab 50, walaupun setiap bab pendek2.

tapi itulah. semangat takde. banyak sangat masalah negara yang dihadapi sekarang.

yang komen pada my suami mine end tu, eh takde takde. saya hargai setiap kritikan anda. cuma saya belum all out macam cerita cici. siapa dah baca cici angkat tangan? boleh baca lagi lepas ni. hahaha. macamlah ada pembacanya eh?

Stupido Impiana intro ni, just nak bagi readers tahu yang saya ada cerita baru. ooo yeah!!
tapi ini versi yang tak edit. macam biasa, saya akan start dengan intro ala-ala tak boleh blah pastu baru start bab 1. buat dulu 10 bab. kalau tak boleh, 5 bab ajelah. huhiho

moga berjaya la ctzuraimi oooiiii.
Aaamin. mudah2an.

p/s: nak tanya, jurnal cinta tu kalau  buat novel, ada harapan tak ehhh? terima kasih kalau sudi bagi response.



2 comments:

cik_i said...

assalamualikum...zu..saya 200% support usaha anda untuk melipatgandakan karya anda!!!teruskan zu!!

Roslinda said...

Betul tu cik_i. Saya ni selalu la buka page ni kot ada cerita baru. Buatlah..kami sokong beratus2 peratus sbb cerita zu mmg best2 belaka. Santai rasa membaca dan tertunggu2 lps baca