Monday, April 29, 2013

My Suami, MINE -4-

"Waalaikummussalam."

Ain jawab salam perlahan. Kemudian, perlahan-lahan dia pusingkan badan. Tak jauh dari tempat dia berdiri, seperti yang dijangka, Amar berdiri tegak di situ. Ain tak ada tempat untuk lari lagi. Suka atau tidak, dia kena berhadapan juga dengan Amar. Ain tahu, sampai bila-bila pun dia takkan dapat lari dari Amar. Kalau tak hari ni, esok-esok Amar akan cari dia juga.

Amar mendekati Ain.

"Jauh ni aje kau lari?"

Hati Ain sedikit terguris. Nampaknya Amar tak pernah berubah. Dia dengan sikap egonya bagai aur dengan tebing. Akrab sangat. Ain tak boleh harapkan apa-apa lagi dari Amar walaupun dirinya separuh mati rindukan suami sendiri. Tapi Amar tetap Amar. Ain terima.

"Awak sihat?" tanya Ain. Masih takut-takut nak pandang muka Amar.

Amar menapak lagi. Kini dia berdiri betul-betul di hadapan Ain. "Thanks to you. Dalam tiga tahun ni, aku makin sihat."

Berubah air muka Ain masa tu.  Dia tak tahu nak cakap apa lagi dah. Tiba-tiba matanya panas. Ain kena cepat-cepat pergi dari Amar. Dia tak boleh nangis depan Amar. Dulu, Amar pernah bagi amaran supaya tak nangis depan Amar. Amar memang tak suka perempuan menangis depan dia.

"Maaflah. Kalau nak jumpa Kak Laili, dia di tingkat 1. Encik boleh naik ikut tangga sini. Saya kena masuk dulu. Nanti Puan Boss cari." Ain cepat-cepat tolak pintu pejabat dah hilang ke belakang.

Ain bersandar ke dinding pantry. Degupan jantungnya masih laju. Ain tarik nafas dalam-dalam. Dia cuba sabarkan dirinya. Dia juga cuba sabarkan matanya yang dah merah menahan tangis. 'Sabar, Ain.. Mudah-mudahan kesabaran Ain selama ni ada ganjarannya..' Itu kata-kata seseorang yang sentiasa melekat dalam kepalanya sekiranya Ain rasa sedih macam ni.

Setelah Ain rasakan yang dirinya sudah bertenang, Ain kembali ke mejanya. Dia menghidupkan komputer. Milo panas yang dibancuh di pantry tadi diletakkan di sebelah telefon. Ain membuka sarapan yang dibeli dan mula menyuap perlahan-lahan. Seperti biasa, dia akan memeriksa emel sekiranya ada apa-apa kerja yang diberikan oleh Puan Zainab. Kalau tak ada, Ain nak layan Running Man sekejap. Dia harap dengan boleh gembira dengan aksi-aksi dalam show tersebut. Dia nak lupakan Amar. Dia nak lupakan 'kenangan' semasa jadi isteri Amar. Dia nak lupakan segala-galanya pasal Amar.

Kak Laili turun. Di belakangnya ada seorang lelaki yang baru Ain cuba lupakan.

"Ain, kau tolong temankan sepupu akak ni ke mall yang baru bukak tu. Dia nak cari sesuatu. Kau jangan risau pasal Puan Zainab. Akak dah uruskan."

Lutut Ain tiba-tiba jadi lemah. Ah, Kak Laili.. Kenapa tak temankan sepupu sendiri? Kenapa suruh Ain?

"Akak ada kerja di Transkerian ni. Kena bertolak pagi ni jugak.." Kak Laili bagai dapat baca tanda tanya dari hati Ain.

"Kau ni pun, kalau nak minta tolong, warning awal-awal. Bukan main terjah macam ni. Kan aku dah susahkan orang." Kak Laili mencubit lengan Amar.

"Sorry." Ucap Amar sepatah.

"Sekarang awal lagi. Kau lepak dulu dekat bilik aku kat atas." Kak Laili menarik Amar semula ke arah tangga.

Ain tak tahu nak cakap apa lagi dah. Kak Laili, kalaulah akak tahu...

Ain terduduk lemah.

7 comments:

Unknown said...

PENDEKNYA NAK LG BOLEH.

iwana aisar said...

pendeknye..nk lg ..ples

Kak Sue said...

Ada aku kisah ... pi lah sendiri....
Ain kuatkan semangat... buat macam Amar x ada sebelah ja....
tunjukkan diri Ain kuat.... Kak Sue Follow.... hehehe

serikandi Islam said...

ala asal pendek sgt.. T.T nak lagi...

mcnyh said...

cepatlaaaa sambung hehehehe :)

Ann.Awa said...

Nak sambungan siz... Hihi,

Kak Sue said...

kenapa lama sangat menyepi....