Saturday, April 13, 2013

My Suami, MINE -2-


"Jangan harap!"

Itu sahajalah ayat daripada lelaki tu saban hari. Apa yang dia buat serba tak kena. Ada sahaja salah di matanya. Kadang-kadang Ain lelah sendirian. Tak buat salah, buat pun salah. Tak buat kena marah, buat pun kena marah. Bingung Ain jadinya.

Ain sendiri pelik dengan sikap dia. Sekejap dia begini. Sekejap lagi dia begitu. Nak aja Ain tanya, awak ni satu badan dua jiwa ke? Mujurlah mulut ni boleh control lagi. Kalau tak, silap haribulan Ain kena halau dari rumah tu.

Siapa lelaki ni sebenarnya? Ain memang tak pernah kenal langsung dengan dia. Ain tak pernah ada kawan lelaki selain dari abang sepupunya, Syamsul. Zaman remajanya hanya di kampung dengan keluarga Syamsul. Arwah ayah Ain dan ayah Syamsul adik-beradik. Ibu Ain pula dah lama meninggal selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ketika itu umur Ain baru empat tahun. Sejak itu, Ain dah mula rapat dengan keluarga Syamsul.

Berbalik kepada soal siapa lelaki ini, Ain sendiri tak tahu bagaimana nak cerita kalau ada orang tanya dia, mana kau kenal lelaki tu? Entah. Tiba-tiba aje dia kena jadi sebahagian daripada hidup lelaki ni. Tak sengaja! Masa tu umurnya 19 tahun. Dia bukan pelajar pintar. Selepas habis SPM, dia memang duduk di rumah sahaja menolong Maksu dan Paksu. Selain dari Syamsul, dia ada sepupu yang lain. Sakinah, adik nombor dua dan Sabariah, adik bongsu. Syamsul yang sulung. Mereka semuanya tiga beradik. Ain juga tolong jaga Sabariah yang berusia tujuh tahun masa itu bila Maksu dan Paksu keluar bekerja. Paksu buka kedai runcit. Maksu pula ambil upah menjahit di kedai Aileen.

Dalam pada dia bahagia menjadi orang kampung dan bahagia di samping keluarganya, dia didatangi oleh sepasang suami isteri. Dan pada waktu itulah segala-galanya berubah. Dari hidup di kampung, dua bulan kemudian dia di bawa ke sini. Itu pun setelah selesai upacara akad nikah di masjid yang serba ringkas. Dengan lelaki inilah.

"Jangan harap aku nak suka kau!"

Ain baru sahaja nak letak secawan kopi di atas meja. Hampir tertumpah disebabkan dia terkejut dengan sergahan macam tu. Ain yang dah mula 'membiasakan' diri dengan kata-kata kasar macam tu hanya mendiamkan diri. Tak ada gunanya nak balas setiap kata-kata dia. Balik-balik Ain yang akan dapat balik. Dalam hati Ain sempat dia balas, seribu kali aku tak nak suka kau, tau! Ewah, dah jadi macam cerita P. Ramlee pulak. Gaduh dengan Rokiah dalam cerita Masam-masam manis.

Makin hari, Ain makin tak nampak jalan untuk hidup dengannya. Dia dah banyak bersabar. Tetapi bagi Ain, setiap kesabarannya hanyalah sia-sia. Lelaki itu sangat ego. Tak nak terima kenyataan. Dalam hati Ain, dia masih pelik. Kalau tak suka, kenapa lima tahun lepas dia sanggup genggam tangan tok kadi tu? Apa yang jadi sebenarnya ni?

Lima tahun dia cuba hulur salam 'perkenalan' dengan tiket seorang isteri. Percubaannya masih gagal. Dengan beraninya dia ambil langkah untuk tamatkan semuanya. Lagipun, telinganya terdengar, "Dia kena bayar dengan setiap penderitaan aku... Mungkin lima tahun lagi baru aku lepaskan dia.."

Ain takkan mungkin boleh sabar untuk lima tahun lagi. Cukup-cukuplah.

4 comments:

kak na said...

sapa lelaki tu? amar qayish?

serikandi Islam said...

pendek nye...nak lagi..

jaa said...

best . sambung lagi .

Unknown said...

nak la cepatlah sambung ya tq,