Haccum!
Anis bersin untuk ke sekian kalinya. Dia menarik
sehelai tisu dari kotak lalu mendekatkan tisu tersebut ke hidungnya. Dia
tidak mampu lagi menghadap komputer. Pandangannya dirasakan berpinar.
Kepalanya juga berat. Sebenarnya, sudah dua hari dia berhujan. Hari ini
nasibnya kurang baik disebabkan selesema dan berkeadaan begini.
Jam
di tangan kirinya dipandang. 3.45 petang. Lambatnya masa berjalan. Anis
masih cuba bertahan tapi tidak lama. Kepalanya menjenguk mencari Kak
Ros, superiornya.
"Kak Ros, maaflah. Anis rasa tak sihatlah hari ni. Boleh Anis
keluar pergi klinik sekejap tak?" tanya Anis di saat anak matanya
menangkap kelibat Kak Ros yang sedang bercakap dengan Aishah.
"Akak
dah perasan muka kau pucat aje dari tengahari tadi. Pergilah. Kalau ada
apa-apa kerja urgent, bagi akak. Akak tolong," balas Kak Ros.
"Hari
ni tak ada apa-apa yang urgent kak. InsyaAllah, surat-surat Anis dah
setelkan pagi tadi. Cuma tak tahulah kalau kena buat pembetulan atau
tak. Thanks akak ye," Anis mencapai beg tangannya.
"Siapa nak hantar ni?" tanya Kak Ros. Tahu dengan keadaan Anis yang tak berkenderaan. Anis sememangnya menumpang Mimi.
"Terpaksalah
susahkan Cik Mimi kita tu. Tu pun kalau dia free. Kalau tak, Anis tahan
teksi sahajalah," jawab Anis memegang kepala.
"Jangan macam tu. Kalau Cik Mimi sibuk, bagitau akak. Akak boleh hantarkan," pesan Kak Ros.
Anis
hanya mengangguk. Selepas mengucapkan terima kasih, Anis segera
melangkah keluar. Pejabat Mimi di tingkat 9. Anis masih memegang
kepalanya sewaktu menunggu lif. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, Anis
melangkah masuk dan seseorang menegurnya."Anis nampak macam tak sihat
sahaja."
Anis memandang ke arah tuan punya suara. "Oh,
pakcik. Ha'a, hari ni Anis tak sihat sikitlah. Dah dua hari main hujan
ni. Ingatkan kebal sangat, tapi hari ni dah start haccum-haccum dah,"
kata Anis tersenyum. Sejak kejadian tempoh hari, mereka sudah berkawan
dan selalu bertegur sapa sekiranya bertembung di mana-mana.
Pintu
lif terbuka di tingkat 9. Anis meminta diri lalu menghayun langkah ke
bilik Mimi. Pintu bilik kawannya yang sedia terbuka diketuk perlahan.
"Mi, kau sibuk tak?" Anis tidak ke meja Mimi sebaliknya mencari sofa.
"Kau kenapa Nis? Tak sihat ke?" tanya Mimi. Dia mendapatkan Anis di sofa. Mimi meletakkan tangannya ke dahi Anis. Hmm, panas.
"Demam. Selesema. Semua ada. Kau tolong hantar aku ke klinik, boleh? Kepala aku ni dah berat sangatlah.."
"Kau bagi aku masa 10 minit. boleh? Lepas tu kita pergi klinik. Tahan kejap ye. Aku kena sign surat ni."
"Ok..ok," Anis berkata perlahan. Matanya hampir tertutup.
Segala surat yang perlu ditandatangani sudah diselesaikan. Kini
Mimi mencapai beberapa buah fail. Surat-surat tadi diselitkan sekali ke
dalam salah sebuah fail tersebut. Dia keluar dari pejabatnya. Sempat dia
menjenguk Anis yang sudah terlena di sofanya.
"Yati, tolong saya uruskan fail-fail ni ya," Mimi memberikan
arahan kepada pembantunya. Kebetulan pula pakcik tua, kawan mereka lalu
di belakangnya.
"Oh, pakcik. Nak minta tolong sikit boleh ke?"
"Kenapa Cik?"
"Dalam bilik saya ada plastik warna biru dekat meja saya. Minta pakcik tolong buang ya."
"Baiklah." Pakcik tua segera melangkah masuk ke bilik Mimi. Pada
ketika itu, matanya sempat menangkap kelibat Anis yang sedang terlena di
sofa. Pucat mukanya. Sempat lagi dia memerhati kening Anis yang lebat,
hidungnya dan yang penting, bibirnya. Semuanya comel belaka.
Termasuklah tuannya. Pakcik hanya menggeleng. "Astaghfirullah-al-azim!"
Dia berlalu dari situ setelah memungut plastik sampah seperti yang
dipesan Mimi tadi.
Mimi mengejut Anis di sofa. "Anis, jom. Aku dah siap."
Anis menggerakkan badannya. Dia membuka mata. Diraih tangan Mimi
untuk bangun. Pada waktu itu, segala dayanya sudah terbang entah ke
mana. Dia jarang demam. Tetapi kalau dah kena, melaratlah jawabnya.
Dulu, ada juga emak yang boleh menjaga. Sekarang, dia bergantung pada
Mimi pula. Kalau Mimi pula tak ada, macam mana?Anis tak mahu memikirkan
masalah itu dulu. Dia perlu ke klinik cepat.
Mimi yang baru muncul dari dapur segera duduk di
sebelah Anis.Dia menghulurkan mug berisi milo panas yang dibancuh untuk
Anis. Mug yang dihulur Mimi disambut dengan ucapan terima kasih. Sudah
dua hari Anis berehat sahaja di rumah. Teruknya demam dia kali ni. Nak
makan tak lalu. Tak ada selera sebab deria rasa dah tersekat. Tapi
mengingatkan kebaikan Mimi padanya, setiap apa yang dimasak oleh Mimi,
dia telah aje.
"Kau tahu tak yang pakcik tua tu dah berhenti tau." Mimi berbicara perlahan.
"La, kenapa?"
"Entah. Tak sempat nak tanya. Aku tahu pun sebab Cik Timah yang sampaikan salamnya pada kita."
"Oh. Jadi dia hanya berkirim salam ajelah."
"Ha'a. Dan lagi satu. Hari Isnin ni, ada GM baru akan masuk. Ganti Dr. Fhazli. Aku dengar-dengar dia tu anak Dato' kita."
"Oh yeke.. Jadi yang nak masuk ni bos Suzana tu la ye?"
"Ha'a.
Sibuklah dia mengarah cleaner kemas tu kemas ni. Esok-esok dijajanyalah
yang dia kemas bilik tu. Hailah Suzana. Nyampah pula aku nak
mengingatkan piilnya."
"Biarlah dia Mi.. Jangan dia kacau
kita sudahlah. Hari Isnin eh? Aku tak surelah. Kalau aku tak ok lagi,
aku nak ambil EL la Mimi. Aku tak nak susahkan kau lagi. Lagipun cuti
aku banyak lagi."
"Yelah. Kau rehat sajalah kat rumah. Kat bahagian HR tu banyak staf. Kak Ros boleh uruskan."
Anis
mengangguk. Dia bersyukur sungguh dapat kenal dengan Nur Syamimi yang
ini. Dah nak masuk 6 tahun mereka berkawan. Masing-masing saling menjaga
bila ditimpa sakit pening begini. Sedikit sebanyak Anis teringatkan
emaknya.
2 comments:
adakah pakcik tu anak datoo??? GM yg baru??? wahhhhhhhhhhh..... :)
tengok2 pakcik tu yg dato'
GM tu anak pakcik tu... teng3
Post a Comment