Friday, April 13, 2012

EBF 1

Dari jauh, Anis memerhatikan gelagat seorang perempuan sedang memarahi seorang pakcik tua yang memakai pakaian cleaner di bangunan tempat kerjanya. Mimi yang berdiri di sebelah Anis juga turut memandang ke arah kejadian itu. Anis bengang. Dalam hati sempat dia membebel, apa class lah minah tak berapa betul tu gaduh dengan orang tua.

"Mimi, jom! Panas ni," ajak Anis.

Mimi mengikut sahaja langkah Anis. Bukan Anis sahaja yang panas, dia pun panas juga. Mungkin memang salah pakcik tua tu yang terlanggar Suzana, tapi mereka agak pakcik tu ada berkata sesuatu. Mimi rasa pakcik tu dah pun minta maaf. Dah nama pun orang tua.

"Ee.. lain kali nak jalan tu, pandang-pandanglah. Habis baju aku kena siram dengan air milo dia," marah Suzana.

Pakcik tua hanya mendiamkan diri.

"Habis tu, siapa nak ganti baju aku ni? Ish, orang tua ni memang nak mampus dengan aku ni.."

Anis dan Mimi mendekati Suzana dan pakcik tua. Anis sempat mengutip barang-barang pakcik tua yang berterabur di atas lantai kafeteria. Pakcik tua hanya memandang sayu ke arah Anis yang sedang menghulurkan barang-barangnya.

"Pakcik minta maaf, nak. Pakcik betul-betul tak perasan," kata pakcik tua.

"Minta maaf, minta maaf. Tu ajelah kau tau," bebel Suzana masih tidak puas hati.

"Cik Suzana, sudah-sudahlah tu. Pakcik dah minta maaf ni kan. Sebenarnya, salah cik juga. Ini laluan keluar. Kalau cik nak beli makanan, kenalah beratur dari arah sana," kata Anis membela pakcik.

"Iya, betul tu. Walaupun pakcik ni memang langgar kau, tapi kau yang jadi punca. Ini bukan laluan kau. Dah tu, asyik bergayut pulak tu. Manalah mata tu nak memerhati," tambah Mimi. Dia dengan Suzana beraku-kau sahaja disebabkan jawatan setaraf.

"Argh, malaslah aku nak layan korang," Suzana segera meninggalkan tempat itu. Tangannya masih mengelap bajunya yang terkena tumpahan air milo tadi.

"Pakcik, pakcik ok?" tanya Anis.

"Terima kasih. Pakcik tak apa-apa. Memang salah pakcik pun. Jalan tak tengok orang sekeliling," jawab pakcik tua.

"Alah, bukan salah pakcik 100 peratus. Dia tu yang salah jalan. Habis bihun goreng pakcik jatuh. Takpelah, pakcik duduk dulu. Biar Anis gantikan makanan pakcik. Mimi, kau tolong teman pakcik sekejap ye. Kau nak breakfast apa?" kata Anis.

"Macam biasalah. Ambik nasi lemak. Air tak payah," jawab Mimi.

Anis beratur. Ramai orang di kafe pada waktu ini. Semua orang ingin bersarapan sebelum memulakan tugas masing-masing. Dan ramai juga yang memerhatikan kejadian tadi. Tapi tiada siapa pun yang mahu masuk campur. Anis menggeleng kepala.

Setelah mendapatkan dua bungkus nasi lemak dan sebungkus bihun goreng, Anis segera berjalan ke arah meja yang sedang diduduki oleh Mimi dan pakcik tua tadi. Kelihatan Mimi sedang melayan pakcik tua berbual. Anis tersenyum. Mimi memang begitu. Jawatannya yang agak tinggi berbanding Anis; yang hanya kerani cabuk; tidak menghalang dia untuk mesra dengan siapa sahaja. Sebab itulah Anis begitu serasi dengan Mimi. Senang berkawan dengan dia.

"Makanan dah sampai. Jom makan!" Anis menghulurkan bihun goreng kepada pakcik dan sebungkus nasi lemak kepada Mimi.

"Anis, giliran kau baca doa pagi ni, kan?" Mimi segera menadah tangan. Tangan pakcik yang sedang membuka bungkusan bihun gorang terhenti. Cepat-cepat dia menadah tangan untuk sama-sama mengaminkan doa.

"Amin.." jawab mereka bertiga serentak.

"Makan, pakcik. Hari ni Anis belanja," kata Anis dengan senyuman.

Setelah menghabiskan makanan, mereka berbual seketika untuk mengisi masa. Masih awal lagi untuk memulakan kerja.

"Pakcik baru lagi kat sini? Sebab rasanya Anis tak pernah nampak pakcik lagi," kata Anis memandang pakcik di hadapannya.

"Iya, baru 3 hari." Pakcik menjawab perlahan.

"Ooo, patutlah. Pakcik jaga di bahagian mana?" tanya Mimi pula.

"Entah. Pakcik pun tak pasti. Bila orang arah, pakcik ikut aje. Tapi tiap-tiap hari pakcik dengar pekerja-pekerja dekat situ cakap pasal bayaran. Pasal duit," terang pakcik.

"Finance la tu," kata Anis.

"Err, yang tadi pakcik langgar tu, dia kat bahagian mana?" tanya pakcik takut. Anis dan Mimi saling berpandangan. Pelik dengan pertanyaan pakcik. Mungkinkah pakcik ni nak elakkan diri daripada berjumpa dengan Suzana?

"Dia tu PA kepada bos," jawab Mimi.

"PA?" Pakcik mengulang perkataan PA.

"Emm, pembantu bos kat sini," kata Mimi lagi. Anis hanya mendiamkan diri. Dia sebenarnya bimbang dengan nasib pakcik. Suzana tu tak boleh percaya sikit. Berangin aje orangnya. Perasan paling cun dekat sini. Macam manalah bos boleh tahan dengan dia? Hish, musykil.

"Alah, kalau pakcik jumpa dia lagi, buat tak tahu aje. Dia tu pun bukan betul sangat," sampuk Anis.

"Bukan betul sangat?" tanya pakcik.

Anis memandang Mimi. Tanpa menjawab pertanyaan pakcik yang baru sahaja menjadi kawan mereka, mereka berdua gelak. Anis memandang jam tangan. Sudah masuk waktu untuk memulakan tugas di pejabat. Dia mencuit Mimi yang sedang meneguk air mineral yang dibawa dari rumah. "Jom."

"Okeylah pakcik. Kami dah kena masuk pejabat dah ni. Nanti ada masa kita makan sama lagi ye," kata Anis meminta diri.

"Ha'a. Kami pergi dulu pakcik ya," tambah Mimi.

Pakcik hanya tersenyum dan mengangguk. Dia memandang sahaja tubuh anak gadis yang berlalu dari mejanya. Setelah mereka sudah jauh dari kafe, pakcik tua mengukir senyum yang sukar ditafsirkan.

"PA bos?" katanya perlahan. Pakcik bangun dari kerusi. Setelah mengambil barang-barang yang dikutip oleh Anis tadi, dia berjalan keluar dari kafe. Dia pun ada tugas yang perlu dilakukan.

"Boleh aku tanya, siapa bos dia? Perempuan macam tu kena ajar sikit," sambungnya lagi.

"Anis eh nama dia? Comel!"

4 comments:

iniakuyangpunyahati said...

jeng jeng jeng sape agak nyer pak cik 2?? bapak bos kot hehhehe >pepandai jerr<
nk lagi dan lagi i-p tq

Miss Kira said...

pak cik tuh pa muka baby face... hehehehehe..

aFaiSh said...

woh ho... ade suspen disitu... hehehe

mizz acu said...

mantop ah pakcik ni... bapak bos eh??