Saturday, February 11, 2012

JH 13

Dah lama kut aku tak bukak jurnal ni. Sebelum Tsu membongkang atas katil tadi, sibuk dia menghebahkan pada aku bahawa hari ni adalah hari keenam dia bertunang lepas dia pangkah kalendar. Heh, ada aku kisah?

Dan itu juga bermakna dah 6 hari la ye aku tak bukak jurnal ni. Oo, malam ni tak boleh tak tulis. Sebab memang ada berita terkini hiburan sensasi. Huh, nampak sangat meniru tagline tv3! Tapi, entah macam mana aku nak mulakan coretan malam ni. Nak start dari mana pun tak tahu. Yang penting, ini kisah antara aku dengan Jiji. Ooo, ada sikit-sikit pasal Cik Su dan Puan Suzie sebagai penyedap cerita.

Mungkin kena start dengan kebisuan Jiji sepanjang minggu ni. Pelik, betul tak. Bukan setakat mulut dia aje bisu, dengan mata-mata dia sekali. Dulu tu, kalau tak 'fire' aku dengan kata-kata cili dia tu, dia jeling-jeling jugak aku ni. Haih, semua dah insaf? Tapi, macam mana boleh insaf?

Masa aku masuk kerja hari Isnin hari tu, dia diam saja. Langsung tak tegur aku pun. Minta aku buatkan air untuk dia pun. Kemudian aku nampak Puan Suzie masuk bilik dia bawa mug. Sungguh aku tak paham. Kalau hari ni boleh minta dari Puan Suzie, kenapa tak dari dulu?

Hari Selasa aku dapat tahu dari Puan Suzie yang Jiji akan masuk lepas lunch sebab dia ada meeting di luar. Dan Jiji juga pesan pada Puan Suzie supaya bagitau aku untuk kemaskan bilik dia apa yang patut. Macam biasa, aku angguk ajelah. Tak ada masalah. Suka lagi ada.

Haha, Aimy gatal!

Sehari tak masuk bilik dia rasa macam lama sangat dah tak masuk. Aku tak perasan pulak yang kedudukan sofa dia masih sama macam aku ubah hari tu. Huh, boleh pula terimbau kembali zaman kegelapan aku masa tu. Aku sengih sesaat. Lama juga kut aku ambil feel untuk kemas bilik dia yang sebenarnya dah cukup kemas tu. Tapi dia dah pesan, buat ajelah apa yang patut.

Bila aku habis kemas bilik dia, aku tak terus keluar. Aku pergi berdiri di belakang meja dia dan menghala ke cermin. Boleh tengok pemandangan sekitar KL dari situ. Beranganlah konon-kononnya satu hari nanti aku boleh menghuni bilik yang sedemikian. Aku geleng-geleng kepala sambil tersenyum. Mustahillah. Tak minat betul aku kerja macam dia tu. Kemudian, aku pandang jam di tangan. Alamak, dah lama gila aku dalam bilik ni. Dah sampai waktu makan pun. Kena keluar sekarang. Hari ni dah janji dengan Makcik Mah nak makan sama.

Waktu aku pusingkan badan... Astaghfirullah-al-azim! Terperanjat gila bila ada seseorang yang berdiri dekat meja Jiji dan duk perhatikan aku. Fuh, nasib baik manusia biasa. Kalau rambut panjang berbaju putih, tak ke aku pengsan kat situ jugak? Yang dia ni pun satulah. Suka sangat bagi aku terkejut macam tu, kenapa? Suka sangat kalau aku pengsan lagi sekali? Apa ye yang dia cakap kat aku hari tu?

"Dah takde kerja yang boleh termenung kat situ sampai 15 minit?" tanya dia.

"Minta maaf, encik. Lain kali saya tak buat lagi." Mengaku sahajalah, kan? Dah memang salah aku. Tapi sampai 15 minit ke? Aku rasa macam sekejap aje.

15 minit? 15 minitlah dia berdiri kat situ tanpa tegur aku apa-apa? Haih, tahan pulak dia?

Aku cepat-cepat beredar dari situ. Ambik barang-barang dan terus keluar dari bilik dia. Sebelum aku tutup pintu bilik dia, aku macam terdengar dia cakap sesuatu, tapi tak jelas. Aku tengoklah dia kut-kut dia tengah bercakap dengan aku. Tapi takde pulak dia ulang apa yang dia cakap tadi tu. Diam lagi ada. Tapi, pandangan dia tu.... kenapa ye? Pelik semacam aja..

Hari Rabu, semalam. Aku bersedia untuk turun ke tingkat 7 untuk pulangkan beberapa barang yang aku pinjam dari Makcik Mah. Bila lalu depan Puan Suzie, aku kena tahan pula. Puan Suzie minta aku hantarkan beberapa buah fail untuk Jiji sebab masa tu phone dia tengah ringing. Aku buat muka pelik.

"Maaf Amy. Saya kena jawab phone ni. Mak saya di hospital sekarang, nak tahu keadaan dia."

Ooo, macam tu. Barulah aku faham. Takde masalah. Aku ambil fail dari tangan dia dan berjalan masuk ke bilik Jiji. Masa tu, pintu bilik dah sedia terbuka. Aku tengok Cik Su pun ada kat situ. Diorang tengah santai-santai di sofa dekat penjuru bilik. Jiji dan Cik Su serentak pandang aku bila aku masuk.

"Yes?" tanya Jiji.

"Puan Suzie minta saya hantarkan fail ni pada Encik."

"Oh. Bawak ke sini fail-fail tu," arah dia serius.

Aku letakkan fail-fail tu kat atas meja. Aku pandang Cik Su yang tengah pandang aku. Dia senyum kat aku dan aku pun senyum balik kat dia. Cantik gila! Bertuah Jiji, kan?

Aku dah bersedia nak melangkah keluar masa tu bila Jiji panggil aku. Dalam kepala aku, mesti ada lagi yang dia nak aku buat.

"Ya, Encik?" Aku pandang dia. Pastu aku perasan yang Cik Su pun pandang aku dengan senyum-senyum.

"Atas meja kat sana tu ada planner aku. Bawakkan ke mari," kata Jiji. Jarinya turut sama menunjuk ke arah meja dia.

Aku angguk sajalah. Selagi aku ada ni, biarlah aku buat apa sahaja yang dia suruh. Lepas ni tak boleh jumpa dia lagi dah. Baru aja aku melangkah beberapa tapak, aku dengar satu ayat yang boleh buat jantung aku lemah. "Berbalik pada apa yang kita cakap tadi, I memang ada someone yang I suka.."

"Wow, bertuahnya orang tu, kan?" Cik Su dah ketawa.

Apa entah lagi yang diorang cakap-cakap, aku dah tak ambil peduli. Aku capai planner di atas meja dan patah balik ke sofa. Aku letakkan planner tu elok-elok depan dia. "Saya keluar dulu Encik, Cik Su.."

"Thanks." Jiji menjawab sepatah tanpa senyum.

Aku keluar terus turun ke tingkat 7. Lupa aku nak ambil barang-barang yang perlu bawa turun sekali. Satu kerja pula aku nak naik tingkat 9. Satu saja yang aku tak faham dengan diri aku sendiri, apahal aku ni yang nak kisah sangat siapa yang Jiji suka? Bukan Cik Su ke?

Kemudian, hari ni. Aku dengar dari Puan Suzie tadi, Jiji outstation sampai esok. Dua harilah aku takkan nampak bayang dia. Sabar sajalah.............

Aimy, sabar? Apahalll?

Aku gelak sendiri. Memang aku dah mengong. Kalaulah Tsu tahu yang aku ni ehem ehem dekat sepupu dia sendiri, mahunya dia gelakkan aku satu tahun. Yelah, dulukan sibuk duk mengutuk-ngutuk. Sekarang?

Jadi, apanya yang berita terkini hiburan sensasi tadi tu? Tak lain tak bukan... sebab pertama aku dengar dia dah ada someone yang dia suka. Sebab kedua, aku tak sangka aku akan jadi tak bersemangat macam ni sekali.. Haih.

Aimy, pagal!!

Oh ye. Tadi Tsu ada bagitau aku yang hari Sabtu nanti dia akan bawa aku ke Seremban. Ada majlis pertunangan kena hadiri. Berjalan ajalah kerjanya. Mesti dia bawak Hakim sekali tu. Tak aci sungguh dia bawa partner. Aku sorang-sorang aja. Tak boleh jadi ni. Nampak gayanya aku kena bawak partner jugak. Siapa?

Dahlah tu. Tidurlah dulu. Mana tau, kan.. Boleh jumpa partner dalam mimpi jap lagi.

Aku memang dua kali gila ~~

4 comments:

aiscream cokolat said...

nak lagi! nak lagiiii!!! pleaseeee nak lagiiiiii~

Kak Sue said...
This comment has been removed by the author.
Kak Sue said...

kenapa pendek ja ...... x puas tauuuu.....
hahaha..... lain kali jangan suka benci orang .... kan dah angau..... yang seorang lagi tu ego pulak..... hahaha

AkMa said...

ingtkan citer ni dh tamat....