Tuesday, December 13, 2011

C.I.C.I [14]

Intan memegang kejap stereng kereta seperti dia memegang kejap hatinya daripada terluka. Syafiq di sebelah masih diam tak bersuara. Suasana sunyi sepi. Sengaja Intan tidak menghidupkan radio. Dia harap sangat dia mendapat sedikit penjelasan dari Syafiq. Sengaja dia menggunakan lebuh raya PLUS daripada jalan kampung yang biasa dilalui supaya masanya bersama Syafiq lebih lama. Sengaja juga Intan memandu dengan kelajuan 80 km/j dengan harapan banyak cerita dapat dikorek dari Syafiq.

"Ehem..." Intan berdehem beberapa kali dengan alasan untuk membetulkan anak tekak. Budak kecil pun tahu itu sebenarnya taktik lapuk untuk memulakan perbualan.

"Sakit tekak?" tanya Syafiq memandang Intan.

"Sakit mata lagi banyak.." balas Intan bernada tanpa menoleh ke sebelah. Air yang ditenang jangan disangka takde buaya, ok. Memang tadi Intan berlagak tenang sebab nak jaga air muka Syafiq depan Nadiah walaupun Nadiah terang-terang menunjukkan rasa tak puas hati terhadap Syafiq dengan kehadiran Intan di antara mereka. Tapi sekarang, Intan hanya berdua dengan Syafiq. Bukan niat Intan nak tunjuk perangai tapi itu sebagai cara halus dia nak bagitahu bahawa dia juga punya perasaan.

Syafiq ketawa mendengar balasan Intan. "Bernyawa rupanya Intan abang ni. Ingatkan tadi takde perasaan.." kata Syafiq. Dia tidak lepas memandang wajah merah Intan sekarang. "Cemburulah ni? Kiranya tadi tu buat-buat cool ajelah ye?"

Manakan Syafiq tak terkejut. Saat Nadiah dengan selamba menarik minuman Syafiq, Intan memandang dengan pandangan yang biasa sahaja. Bila Nadiah menyedut air menggunakan straw yang sama dari gelas Syafiq, Intan masih lagi cool dan mempamerkan riak bersahaja. Sungguh selamba. Pandai Intan control. Bingung Syafiq memikirkan di mana Intan sorokkan 'perasaan yang sepatutnya'. Takkan dia tak rasa apa? Dari situ, ada rasa kecewa yang Syafiq cuba sembunyikan. Kecewa sebab Intan hanya memandang tanpa suara......

Intan abang? Kembang kuncup telinga Intan mendengarnya. Nak merajuk pun tak jadi. Ish, tak boleh jadi. Kenapa dengan Syafiq ni, hatinya cepat cair?

"Ingat Intan ni tak tahu cemburu ke?" jawab Intan menutup debaran di hati. Memang tadi cuba ditahan perasaan bengangnya terhadap Nadiah. Tapi dibiarkan sahaja Nadiah menang di situ. Bukankah pepatah Melayu ada bagitau, ada hari akan ku balas? Tunggu sahaja masa yang sesuai. Dan masanya datang juga! Semasa hendak balik setelah menghabiskan makanan tadi, dia menjalankan misi balas dendamnya.


Nadiah terlebih dahulu bangun daripada Intan yang terkial mengambil plastik berisi barang-barang yang dibeli tadi. Pada masa itu pun, Syafiq sudah berdiri dan menunggu Intan bangun. Peluang ini digunakan oleh Nadiah untuk memegang tangan Syafiq. Pantas dia menarik Syafiq supaya berjalan dengannya.

"Eh..eh!" bulat mata Intan melihat tindakan Nadiah. Seketika kemudian, senyuman penuh 'mission' diukir.

Intan mencelah di antara Syafiq dan Nadiah yang sedang erat berpegang tangan. Pegangan tangan Syafiq+Nadiah dileraikan sekuat hati. Badan Intan yang comel itu pantas sahaja menyelit lalu tangan Syafiq yang tadinya dipegang Nadiah, dia genggam. "Balik dengan Intan, OK. Intan nak jumpa dengan Umi sekejap."

Terus sahaja tubuh Syafiq diheret sama.
Intan tak tahu macam mana ekspresi wajah Nadiah yang lebih tinggi daripadanya. Yang pasti, telinganya sempat mendengar jeritan Nadiah, "You!"


"Kalau Intan tak cemburu, tak adalah Intan ganggu abang.." perlahan sahaja suara Intan.

"Say again??" pinta Syafiq pantas.

"Apa?"

"Tadi tu.. Intan cakap apa?" telinganya masih belum pekak dan otaknya masih berfungsi untuk memproses isyarat yang sampai. "Intan ada sebut 'abang' tadi, kan?"

"Siapa yang mula dulu?" Intan tersipu-sipu. Dia dengar?

Syafiq ketawa terbahak-bahak melihatkan aksi Intan. Pada waktu itu, mereka telah pun keluar dari tol Bertam. Cekap sahaja Intan memandu keretanya ke rumah Syafiq. Hatinya sedikit terpujuk tapi masih ada yang belum jelas. Kenapa Nadiah tiba-tiba datang menghimpit Syafiq? Intan tahu serba sedikit mengenai Nadiah dari umi Syafiq. Dia tahu Nadiah itu bukanlah calang-calang wanita. Tempatnya pernah ada dalam hati Syafiq. Sungguh hati Intan sedikit bimbang dengan kedudukannya. Dia mahu dengar dari mulut Syafiq sendiri tentang siapa di hati Syafiq sekarang. Samada Nadiah atau dirinya. Sekiranya Nadiah yang Syafiq pilih, dia masih belum terlambat untuk undur diri. Tapi, sekiranya Intan yang Syafiq pilih, dalam kepalanya telah sedia terangka beberapa agenda yang akan menolak jauh Nadiah dari hidup Syafiq. Tengok sahajalah nanti.

"Dari Pekan ke bandar Kuantan,
Pergi pagi balik senja,
Ini Intan bukan sebarang Intan,
Ini Intan Syafiq yang punya.."

Sempat Intan mengasah bakatnya dalam berpantun. Tapi... pantun itu hanya relevan sekiranya Syafiq memilih dia. Intan mengeluh.

5 comments:

zequest said...

wawawawawawawaaa~~
tabik spring sama intan, bley die thn jek dpn nadiah gedik tuu.. haha
cite ni menarik!!!
thnx cik writer~~ nk smbgn nye lgi.. heheheh =D

Ju'A said...

besttttttt.....
intan dah tunjukkan perasaan dia sebenar pd syafik.....
tak sabau menanti nextttttt

cactaceous opuntia said...

haha...cm menarik je nk tw ape yg intan nak buat...haha...gud intan gud...

Kak Sue said...

Betul tu Intan tanya Syafiq betul-betul siapa Intan dihati Syafiq dan siapa Nadia dalam diri syafiq...
Belum terlambat kalau syafiq pilih nadiah kan...
buat apa nak berebut seorang lelaki kalau hati dia masih berbelah bagi kan..... SOKONG INTAN.... hahaha

endless love said...

nak lagi..nak lagi..
best je ngn karakter intan ni
cool jer..cara yg profesional nak handle bab2 jeles ni...xde adegan tarik2 rmbut n perang mulut..
i like intan