Monday, August 22, 2011

C.I.C.I [2]

Syafiq: 'Bahagia' dalam bengang.

Kunci kereta di tangan disangkut ke dinding. Kasut dijinjit lalu diletakkan dengan kemas ke atas rak. Langkah seterusnya diatur menuju ke bilik. Tangan kanan memicit dahi. Pening kepala mengingatkan insiden yang paling pelik pernah terjadi kepadanya dalam masa tak sampai 24 jam.

Panas hati betul!

Uh, sepanjang hidup 28 tahun atas bumi Allah ni, inilah pertama kali lengannya dipaut erat oleh seorang perempuan. Perempuan yang kelihatan agak 'mereng' kerana bercakap seorang diri ketika memilih baju. Perempuan yang agak kelam-kabut ketika mendengar bunyi yang tak berapa kuat akibat pertembungan dua buah troli. Tu baru troli yang berlanggar, kalau treler yang accident, bagaimanalah agaknya perempuan tu 'menguruskan' rasa terkejutnya. Hatinya tertanya-tanya sendiri.

Tidak lama kemudian, lengannya yang sama turut menjadi mangsanya sekali lagi. Dicubit-cubit dengan jari. Walau pun tak berapa kuat, tapi 'sengat'nya hanya Allah yang tahu. Umi pun tak pernah nak cubit dia sedemikian rupa. Perempuan itulah pertama kali berani 'meletakkan' tangan ke badannya. Bertuah betul. Berani dia cubit-cubit anak teruna orang. Hilang harga diri aku. Cis.

"Fiq, ada lagi makanan tu kalau Fiq belum makan.." tegur umi ketika bertembung di anak tangga.

"Fiq dah kenyang, mi.. Tadi keluar dengan Azmi, terus makan sekali." jawab Syafiq. "Umi nak ke mana ni? Cantiknya.." Syafiq memandang uminya dari atas ke bawah. Baju kurung moden yang dipakai umi kena betul dengan badan umi. Ditambah dengan selendang labuh, umi nampak manis betul. Masih cantik tak dimamah usia.

Umi tersenyum menambah lagi manis di wajahnya. "Abah telefon umi tadi. Suruh bersiap. Dia nak bawa umi keluar kejap.." terang umi.

"Wow, dating la tu?" Syafiq mengusik. Abah dan umi ni, memang romantik habis. Aduh, cemburunya aku.

"Sekali sekala, apa salahnya. Umi turun dulu OK. Kalau lapar, panaskan lauk sendiri. Jangan susahkan Cik Nab. Dia dah penat seharian buat kerja. Umi suruh dia rehat aje. Lagipun demam dia tak berapa nak baik lagi.." kata umi panjang lebar. Cik Nab, pembantu rumah mereka betul-betul umi sayang. Dia tak mahu Syafiq yang manja ni menyusahkan Cik Nab.

"Yelah. Syafiq tahu.. Masuk bilik dulu ye umi. Nak rehat jap."

Syafiq menolak pintu bilik setelah berpamitan dengan umi. Badannya dijatuhkan ke tilam. Zuhur sudah, makan pun sudah. Dia bermalas-malasan di katil sambil memandang siling. Dan tidak semena-mena fikirannya melayang kepada perempuan di Sunway tadi.

Sakit di lengan terasa begitu menyengat sekali. Bila dia menoleh, 'kesakitan' itu berpunca dari perempuan yang sama memaut lengannya di Parkson tadi. Perempuan ni, memanglah. "Excuse me miss. You did it again!" Mukanya yang tegang jelas menunjukkan dia sungguh tak selesa. Dan sakit! Jari dia ni jari orang ke jari ketam?

"Erk, alamak.. Maaf encik. Saya ingatkan kawan saya tadi.." Perempuan tersebut mencari-cari kelibat kawannya yang sedang memasukkan duit ke dalam autopay machine.

"Dia dah ke depan. Sekarang ni saya yang berdiri di sini. Tak boleh ke tengok dulu kiri kanan sebelum buat apa-apa?" tegur Syafiq perlahan tapi tegas. Ada nada perli juga di situ. Mujur juga di belakangnya tiada sesiapa. Kalau tak, tak ada peluang dia untuk 'marah-marah sayang' dengan perempuan ini. Bengang betul dia. Kalau Azmi nampak, apa pula katanya nanti? Tak pasal-pasal dia dituduh ada hubungan pula dengan perempuan ni. Dan tak pasal-pasal pula akan sampai satu berita kepada uminya.

"Maaf encik. Tak sengaja. Maaf. Saya jalan dulu." Perempuan tadi berlari mendapatkan kawannya yang sudah menyelesaikan hal parking. Syafiq lihat perempuan tu menarik kawannya rapat lalu berjalan cepat-cepat keluar dari bangunan. Dia mendengus perlahan.

"Ello kawan. Siapa tadi tu? Girlfriend baru ke?" tegur Azmi dari sebelah.

Syafiq menoleh. Azmi entah berapa lama berdiri di situ. Dalam hati dia sempat berdoa semoga Azmi tak nampak kejadian dia dicubit oleh perempuan tadi. Kalau tak, memang lain pulak cerita yang jadi. "Huh, banyak la kau punya girlfriend. Dapat t-shirtnya?" Mata Syafiq menala kepada bungkusan di tangan Azmi.

"Alhamdulillah. Nasib baik ada. Entah mimpi apa pulak adik aku tu. Tiba-tiba aje siap berpesan t-shirt bagai ni. Tak pernah-pernah dia mintak.." Azmi membebel perihal adiknya pula.

Syafiq sengih. Azmi memang begitu. Dalam pada membebel pun, diturutkan juga hajat adiknya. Bukankah abang mithali kalau macam tu.

Syafiq menyelesaikan urusan parking. Kemudian, dia dan Azmi terus melangkah keluar dari bangunan Sunway untuk ke tempat parking. Dalam pada matanya mencari kereta yang diparking di satu petak, dia sempat menangkap kelibat perempuan yang mencubitnya tadi. Iye, sebuah Waja yang diparking di sebelahnya adalah kepunyaan salah seorang dari mereka! Kebetulan betul. Mereka kelihatan berborak dengan senyum tawa sebelum masuk ke dalam kereta. Perempuan yang mencubitnya berdiri di tempat memandu dan kawannya pula telah meloloskan diri ke sebelah kiri. Ooo, kereta dia ke?

Syafiq dan Azmi tiba di kereta. Syafiq cepat-cepat menghulurkan kunci kereta kepada Azmi sambil memberi isyarat supaya Azmi yang memandu. Setelah alarm dibunyikan, Syafiq menghala ke tempat sebelah pemandu. Dia belum masuk ke dalam kereta. Menunggu perempuan yang mencubitnya menguruskan sesuatu di tempat duduk belakang. Beberapa saat kemudian, pintu belakang Waja ditutup dan orang yang dinanti kini bersedia untuk berjalan ke depan.

Timbul idea jahat di kotak fikiran Syafiq. Dia ingin balas dendam! Yes. Ada idea. Perempuan tu kelihatan betul-betul fokus dengan satu brochure di tangan. Tidak melihat sekeliling pun. Macam tadi juga. Sifatnya memang begini ke?

Syafiq menunggu. Perempuan tadi melangkah satu-persatu. Khusyuk. Dan tiba-tiba Syafiq menjerkah kuat. "Haaaa!" Dan wassalam....

Dalam pada Syafiq ingin menyembunyikan kejadian tadi, kini Azmi telah melihat segala-galanya. Ternganga Azmi seketika. Matanya buntang memandang aksi di hadapan. Kawan kepada perempuan yang tadinya elok duduk bersantai di dalam kereta turut terkejut. Buru-buru dia keluar dari kereta.

"Ya Allah, Intan!" jerit kawannya.

"Fiq, kau gila?!" Terdengar pula suara dari Azmi.

Gulp! Bukan ini yang dia minta.

Perempuan yang dipanggil Intan oleh kawannya sedang memeluknya!

******

Lamunan Syafiq terhenti dek bunyi deringan handphone di atas meja. Syafiq mencapai malas lalu memandang skrin. Azmi. Syafiq mengeluh perlahan. Apa agaknya lagi yang Azmi ingin bebelkan? Tadi sepanjang perjalanan, dah bermacam-macam mereka bersoal jawab. Azmi siap bagi tazkirah lagi. Sudah berbuih Syafiq nyatakan yang dia tak sengaja. Azmi hanya menggeleng. Syafiq tidak terkata apa lagi. Sudahnya, dia hanya diam. Membiarkan Azmi seorang yang membebel, menasihati dan memarahinya. Aduh, pening kepalanya. Kalau tahu perkara macam ni nak jadi, tak adalah dia buat perkara macam tadi. Dia cuma... erm.. cuma .. cuma apa ye? Ish.. Entahlah!

"Assalamualaikum.." Syafiq menghulur salam setelah menyambung talian.

"Waalaikummussalam. Kau buat apa? Tengah ingatkan perempuan tu lagi?"

"Astaghfirullah-al-azim.. Berapa kali aku nak cakap. Aku tak sengaja, OK. Aku dah minta maaf dah pada dia tadi. Apa lagi ni?" bengang betul Syafiq diusik begitu.

Terdengar Azmi ketawa di hujung talian. "Yelah Fiq. Whatever. Macam mana malam ni? Kena paksa?"

"Tak tahu lagi. Abah dan umi keluar. Aku rasa petang ni memang kena basuh ni pasal malam ni. Macam mana ni Mi.. Apa aku nak buat sekarang?"

"Buat ajelah macam yang aku bagitau tadi tu..."

"Tengok la macam mana. Kalau boleh elak, aku nak elak laa. Kau bukannya tak tahu aku macam mana.. Erm, apasal kau telefon ni?"

"Oh, ha'a. Ni ha, aku tertinggal sesuatu dalam kereta kau tadi. Esok aku jumpa kau kat ofis ye. Kau bawak sekali barang tu."

"Barang apa? T-shirt adik kau?"

"Bukan. Yang tu aku sempat sambar. Buku yang aku beli kat Popular tadi.."

"Oh OK. Esok aku bawakkan."

"Ok, thank you Fiq. Erm.. So, kau tak rasa apa-apa tadi bila dipeluk begitu? Aku tengok bukan main erat lagi ye?" Azmi meletuskan ketawa di sebelah sana.

"Rasa apa? Kau ni.. dah dah la tu. Aku tak larat nak dengar kau membebel lagi. Cukup dah tazkirah kau bagi tadi tu.."

"Suka hatilah. Jangan tak boleh tidur pulak malam ni ye. Bye, Assalamualaikum."

Syafiq menjawab salam lalu memutuskan talian. Memikirkan kata-kata Azmi tadi, dia menarik senyum. Pertama kali dirinya dipeluk begitu. Walaupun dirinya kaku, tetapi dapat dirasakan bagai ada arus yang mengalir. Lama Intan mendakap tubuhnya. Dia rasa seperti sangat diperlukan. Dan dia tiba-tiba rasa bahagia. Tidak seperti dulu.

8 comments:

Kak Sue said...

permulaan yang best.. cerita dari blog ni selalu x terlalu berat sedap dibaca...

Kak Sue said...

Permulaan yang best.. cerita dari blog ni selalu saya ikuti ... x terlalu berat sedap dibaca...

zuezakry said...

dear sue, maceh ye mengikuti cerpen2 saya ni.. untuk hiburan semata2. erk, sue ada idea tak untuk tajuk dia? tajuk ni kureng kena la.. masih pk2 lagi..

Kak Sue said...

ct zuraimi sambung lagi lah nanti baru kita fikir-fikirkan tajuk yang sesuai kkk.... kak sue boleh tolong sikit2 ja...

zuezakry said...

kak sue, cukup panggil ct aje, ok? insyaAllah akan disambung. lagipun cite pendek aje.

Kak Sue said...

Esok ada ya... boleh layan sebelumcuti raya... buat bekal 1 minggu... kalau dah raya lupa diri lak....hehehe

MizaEija said...

Alamak... sekali kene peluk daaa

Anonymous said...

nakal btol fiq.. dlm marah2 ada jgk prangai mcm tu..