Thursday, August 11, 2011

JTO~6

"Apa yang ada kat sini?”

“Macam-macam.”

Jerejak Rainforst Resort? Takde tempat lain ke selain daripada tempat bekas-bekas banduan ni? Daim ikutkan saja rancangan Widyan. Kalau ikut kata hatinya, dia lebih suka ke Langkawi. Pun dah tak jauh. Dah alang-alang sampai Kedah ni, kan..

3 hari sebelum tu..

Mama nyata terperanjat setelah mendengar ayat pertama dari Daim. Jumpa Widyan? Kat Kuching?

“Terjumpa ma.. Tak sangka kecik aje dunia ni..” Daim meneguk milo perlahan. Sungguh dia tak sangka takdir Tuhan yang menemukan dia dengan orang yang telah ditinggalkan lima tahun dulu.

Daim menjawab panggilan ayah dari KL. Sebelah tangan memegang handphone dan sebelah lagi memegang briefcase. Dia membelakangkan kaunter receptionist. Pada ketika itulah, ada dua orang wanita mengheret beg masing-masing menuju ke kaunter. Daim yang baru sahaja selesai bercakap dengan ayahnya, kembali berpaling ke kaunter dan kini berdiri di belakang wanita-wanita tersebut.

“Hai. Kami nak check in under conference DSP.”

“Siapa nama cik?”

“Saya Surya Widuri dan kawan saya, Widyan Zainab.”

“Sekejap ye..”

Telinga Daim bagai menangkap satu gelombang frekuensi yang asing tatkala mendengar nama yang sekian lama terpahat di sanubari. Jantungnya berdegup kencang mengharapkan pemilik nama itu adalah orang yang sama dicari.

Daim berpaling ke luar. Walaupun dia sendiri tak pasti samada dirinya masih dikenali dan diingati atau tak, bukan itu masanya. Dia tak mahu dikenali selagi dia belum mengesahkan sendiri. Selesai sahaja pendaftaran mereka, Daim menuju ke kaunter dan mendapatkan kunci biliknya yang telah ditempah oleh syarikat ayah.


“Dah tu, Widyan kenal Daim?”

Daim angguk.

“Macam mana? Sempat cakap apa-apa?”

“Sempat ma. Daim tak nak tangguh-tangguh lagi. Daim nak tahu apa yang dia buat selama Daim tak ada. Dan Daim nak tahu apa perasaan dia.. Yang penting Daim nak minta maaf atas apa yang Daim dah buat pada dia.. Daim rasa bersalah sangat, ma.”

“Eloklah kalau macam tu. Jangan buat dia macam tu lagi. Sejak mak dengan ayah saudara dia pindah, terus kita lost contact. Entah mana mereka sekarang. Ada Widyan cakap apa-apa?”

“Tak tanya pulak, ma. Widyan tak cakap apa-apa pun pasal mak dengan ayah saudara dia. Tapi ma tahu tak dia sebenarnya dekat aje dengan kita. Dia masih di Seremban.”

“La, ye ke? Kenapa Mama tak pernah terserempak dengan dia?” Kat mana la dia bersembunyi selama ni? Mama sebenarnya risau juga kalau Widyan marahkan mereka sekeluarga disebabkan Daim.

Daim cuma mengangkat bahu. Mengenai keluarga Widyan yang berpindah ke utara, turut dikhabarkan kepada Mama.


Selesai check in, Daim menuju ke lif. Seorang lelaki tercegat di situ, menunggu lif sepertinya. Daim memerhati seketika.

“Excuse me.. Faizal ke ni?”

Lelaki di sebelah segera berpaling. Dia menepuk dahi. “Astaghfirullah. Oit, hang! Syukur ~~ syukur.” Lelaki tadi mengalunkan lagu nasyid dari kumpulan Raihan. Daim tersengih. Kecik sungguh dunia.

Daim menarik tangan lelaki tersebut ke satu sudut.

“Kau buat apa kat sini?” Daim memulakan bicara.

“Aku ada conference la. Dengan student aku.” Faizal bercerita.

Faizal. Teman sekuliah masa dia buat sarjana muda. Pertemuannya dengan Faizal dilanjutkan pada malam dan keesokan harinya. Dari situ la dia tahu mengenai Widyan Zainab. Daripada list yang disediakan oleh pihak penganjur conference. Nama Widyan ada di situ. Menyemarakkan lagi perasaan ingin tahu terhadap empunya nama.

***

“So, semuanya pindah ke sini?” Daim memandu tenang.

“Iye la. Dah bersara. Balik kampong la. Lagi pun kami takde saudara kat belah sana. Semua adik beradik mak ayah asal sini..” Widyan memandang jalan. Mereka dalam perjalanan pulang dari Pulau Jerejak ke Sungai Petani. Selepas kedua-dua pihak memutuskan untuk memberi peluang kepada hubungan tersebut, langkah pertama yang diambil adalah bercuti bersama. Mama dah ayah sungguh-sungguh menggalakkan. Kena pula dengan cuti Widyan. Dan mereka berkeputusan untuk bercuti di utara tanah air sahaja.

Baru sahaja melepasi tol Sungai Dua, handphone Daim berbunyi. Melihatkan nama pemanggil di skrin, Daim terus menghulurkan gajet tersebut kepada Widyan. “Mama.. please jawab.” Matanya kembali menala ke jalan meneruskan pemanduan.

Widyan berat hati. Dia masih ada rasa segan dengan mertuanya tapi tangannya tetap menyambut handphone yang Daim hulurkan. “Assalamualaikum , Mama..” Daim hanya memasang telinga. Bibirnya menahan senyum.

“Sihat..sihat.”

“Iye.. dah on the way balik rumah mak.”

“Bila?”

“Dengan ayah?”

“Ok.. insyaALLAH.. nanti Widyan bagitau Daim. Ok ma.. Waalaikummussalam.”

Pantas butang hijau ditekan. Muka Daim dipandang. Daim membalas pandangan Widyan dengan kerutan pura-pura di dahi.

“Kenapa? Mama cakap apa?”

“Mama nak datang sini. Dengan ayah.”

“Bila?”

“Diorang dari Ipoh. Sebenarnya dah sampai Juru.”

“Eh eh.. mengejutnya datang. Widyan bagitau la mak dengan ayah. Nanti terkejut pulak diorang.”

“Herm..”

Widyan dilihat mengeluarkan telefon bimbitnya dari handbag lalu didail nombor rumah. Daim memandang ke kanan jalan. Dia tak mampu lagi menahan tawa. Mama dan ayah dah pun memaklumkan kepadanya tentang kedatangan mereka. Sebenarnya, itupun setelah dipujuk oleh Daim.

Daim serius dengan hubungan ni. Dia takkan sesekali melepaskan Widyan lagi. Dia mahu bayar kembali masa 5 tahun lalu. Dia sayangkan Widyan. Dah lama. Terlalu lama dia simpan dalam hati perasaannya yang sebenar. Allah makbulkan doanya untuk berjumpa Widyan. Widyan cinta hatinya.

3 comments:

lynna said...

wah lama baru ada sambungan... suka2

sinichies_girl88 said...

akhirnya...
ada sambungan juga...
nak lagi...
heheh
:)

Kak Sue said...

Akhirnya ....
Bila nak sambung lagi.... hehehe..
dah agak mesti si Daim ada hati dengan Widyan....