Wednesday, August 17, 2011

JTO ~ END

Setelah bercuti seminggu menghabiskan masa bersama Widyan di utara, di sambung pula dengan majlis kesyukuran menyambut kepulangannya sekaligus meraikan dia dan Widyan, hari ini, tibalah masanya untuk dia kembali bertugas seperti biasa. Agak awal dia sampai di pejabat ayahnya. Hanya ada seorang dua staf sahaja pada masa tersebut.

Pintu bilik pejabat ditolak perlahan. Dia melangkah laju ke meja. Setelah menghidupkan laptop, dia mencapai dokumen-dokumen di dalam tray. Membelek satu persatu dan membaca sekali lalu. Okey..masa untuk bertugas. Dia melihat jam oren di tangan kiri. Bibirnya tersenyum lebar mengingatkan kata-kata Widyan. "
Bila jam dinding tu rosak, mula lah abang kacau Widyan tanya pukul berapa. Orang nak buat kerja pun tak senang..." Dia tak tahu pun Widyan terganggu dengan soalan dia. Memang ada satu hari tu, jam dinding di restoran mamanya kehabisan bateri. Tak ada siapa pun perasaan akan hal itu. Bila Daim terpandangkan jarum jam yang tidak berjalan, dia mengeluh kecil. Dan, setiap kali Widyan lalu di depannya, sengaja dia tanya 'sekarang pukul berapa ye..'. Dan Widyan pula dengan mukanya yang garang akan sabar menjawab.

Widyan tu muka memang garang habis.. tapi sabar aje layan aku. Dengan kesabaran dia yang sedikit tu, muka dia nampak cute aje. Daim tergelak sendiri. Mungkin Widyan tak perasan yang dia sering sahaja perhatikan Widyan masa tu. Perhatikan 'hati' Widyan sekali.

Pintu bilik yang sedia terbuka diketuk dari luar. Johan sedang berdiri di situ sambil memegang dua buah mug. Daim menggamit Johan supaya masuk. Mug di tangan diletakkan di atas meja. Kemudian Johan menarik kerusi lalu duduk.

"Awal kau sampai? Dah sarapan? Ni aku bancuh Milo untuk kau." Satu mug ditolak ke depan Daim.

"Awal sangat ke?" Daim memandang jamnya lagi. Ewah..jam baru.. jam oren.. jam cinta..

"Awal la ni dari biasa.." Johan turut menelek jam tangannya. Kemudian dia memandang Johan yang asyik senyum dari tadi. Lalu matanya jatuh ke tangan kiri Daim. "Cantik jam?" Johan mengangkat keningnya. Pelik. Selama ni tak pernah nampak anak bosnya mengenakan sebarang jam tangan. Kalau mereka ada kerja luar, selalu sahaja Johan yang akan jadi 'jam'nya.

"Catik, kan? Tengok tuan laa.." Daim ketawa lepas. Kepalanya masih teringatkan kata-kata Widyan pada malam itu. Alahai Widyan ni.. dalam sweetnya dia, sempat lagi mengenakan orang.

"Jam baru beli ke?" tanya Johan. Dia menyisip sedikit Milo panasnya.

Daim turut menghirup Milo panas yang dibawa Johan. Baik betul kawannya yang ini. "Baru pakai. Beli dah lama.. Lima tahun.."

"Lima tahun kau simpan? Sebelum ni kenapa tak pakai?" tanya Johan lagi. Pelik si Daim ni!

"Uh, kau tak tau cerita aku. Dulu aku loya kalau pakai jam.." cerita Daim.

"Lor, macam tu pulak? Dah tu sejak bila yang mula bertatih pakai jam ni? Sekarang ni dah tak loya dah?"

Daim hanya tersengih. Dia takkan jawab soalan Johan tu. Biarlah rahsia. Apa pun yang penting, jam ini dari Widyan. Kata Widyan lagi, ini adalah hadiah perkahwinan mereka. Lima tahun Widyan simpan. Ceritanya Widyan, dah berapa kali jam tersebut ditukar baterinya. Widyan sangat-sangat suka akan jam tersebut. Cerita Widyan lagi, "Masa Widyan tengok jam ni, Widyan terus jatuh suka.. Macam mula-mula Widyan kenal abang dan Widyan suka pada abang.. Widyan akan terus ceriakan abang, begitu jugak dengan jam ni.."

5 comments:

zuezakry said...

tamat sudah! oyyeh!

adela said...

yes! finally!!

Kak Sue said...

so sweet... x rasa nak sambung lagi ke???

zuezakry said...

erk, sue ~~ rasa nak buat cerita lain la pulak walaupun cite2 saya ni jenis takde jiwa. haha.. insyaAllah, ada cerpen baru pulak lepas ni.. selamat pose ye, oyyeh!

mizz acu said...

sweet.. :)