Sunday, August 14, 2011

JTO ~ 7

"Oh, kat Penang ke?" Isteri di sebelah dipandang geram.

Widyan mengangguk. Geli hati dengan itonasi Daim. Dia tahu, dia terbagitahu fakta yang salah.

"Dah tu, yang kata Seremban tu apa?"

"Sorry, tak sengaja. Seremban tu kampung Surya. Hari tu kami memang dah plan. Dari Kuching terus ke sana.. Dia nak jenguk Nilai, adik dia ada kat sana.."

"Ooo, main-main la ni?" Daim menarik hidung Widyan. Geram sungguh dia dimain-mainkan oleh Widyan.

Widyan hanya senyum. Dia tak sengaja sebenarnya. Terlepas cakap.

Mama dan ayah ketawa melihat gelagat anak dan menantu di depan mata. Mereka tiba di Sungai Petani dalam pukul 6 petang tadi. Diberikan bilik untuk berehat dan selepas Maghrib mereka menikmati makan malam bersama. Dan sekarang mereka tengah berkumpul di ruang tamu. Mama banyak bertanya kepada Widyan perihal 'kehilangannya' selama 5 tahun ni.

Mama tahu Widyan dulu pelajar UTM. Setiap kali cuti semester dia akan buat part time di restoren Mama di Seremban. Dah lama, sejak dia menunggu keputusan SPM lagi. Masa tu, mak ayah Widyan menetap di Seremban. Mama sukakan sifat Widyan yang berdikari, bersungguh dan rajin ketika dia bekerja. Disebabkan itulah Mama telah menawarkan kerja padanya di situ sekiranya dia cuti semester.

"Di USM sebagai penyelidik dah berapa lama?" tanya Mama. Dalam hatinya, dia memuji-muji Daim dan Widyan yang sama cantik, sama padan.

"Baru setahun lebih Ma.. lepas habis degree, Widyan sambung buat master pulak.." jawab Widyan pula.

"Oh.. Dan Surya ni siapa?"

"Dia kawan Widyan. Kawan baik."

Mama dan ayah mengangguk-angguk.

"Maaf la Aisyah dan Arif. Kami sejak pindah ke sini, dah tak hubungi kamu lagi.." ayah Widyan bersuara dengan nada rendah. Mereka sangat menyesali tindakan mereka yang kurang sopan itu. Dia sebenarnya terasa hati dengan perbuatan Daim. Dulu, masa keluarga mereka meminang Widyan untuk Daim, memang dia bersetuju walaupun ada sedikit kegusaran dan ragu-ragu. Tapi, tak sangka pulak...

"Tak mengapa la bang Dollah. Kami pun salah jugak, tak mencari. Bila Daim ni balik Malaysia, kami dah pakat berbincang untuk cari bang Dollah sekeluarga. Iyelah, masalah ni melibatkan anak teruna saya ni.. ALhamdulillah, akhirnya boleh la kita jumpa dan berkumpul kat sini.." kata ayah Daim mewakili isterinya.

"Lima tahun dulu tu, apa yang jadi sebenarnya? Kenapa tiba-tiba aje Daim ni nak menikah dengan Widyan? Daim ni kenal Widyan dah lama ke?" mak Widyan pula bertanya.

"Maaf lah kak Munah. Rasanya eloklah kami ceritakan kisahnya.." Mama pula menjawab.

Mama memandang suaminya, Arif di sebelah. Mohon diperjelaskan kisah yang sebenar. Walaupun Widyan memaafkan Daim, dia rasa Widyan dan keluarganya patut dikhabarkan dengan cerita yang sebenar.

"Abang Dollah, Kak Munah.. mak saya tu sebenarnya terhutang budi benar dengan keluarga Jasmin, bekas bakal tunangnya si Daim ni. Ibu bapa Jasmin tu memanglah tersangat baik dengan kami. Yelah, bukan orang lain pun. Saudara jugak. Tiga pupu saya. Kami dulu ni hidup susah jugak lah abang, kakak. Keluarga mereka yang banyak bantu.."

Arif terdiam seketika. Mengenangkan banyak jasa dan pengorbanan yang ditaburkan oleh kedua ibu bapa Jasmin terhadap keluarga mereka. Syarikat yang diusahakan sekarang ni sebenarnya bermodalkan pinjaman dari mereka. Walau bagaimana pun, ke semua telah dilangsaikan. Hanya berdasarkan cerita itu, entah kenapa ibunya begitu bersungguh untuk menjodohkan Daim dengan Jasmin. Bila Daim, yang diketahuinya masih belum 'berkawan' enggan memilih Jasmin, ibunya benar-benar kecewa.

"Dah tu, Widyan ni bagaimana? Apa ibu Arif cakap bila Daim pilih Widyan?"

"Masa tu ibu saya tahu yang Daim ni tak gemar 'berkawan'. Tak kisahkan hal perempuan. Dia enjoy hidup bujang dia aje. Bila Daim tak nak pada Jasmin, ibu saya cabar Daim supaya kenalkan dan bawa perempuan yang Daim suka. Masa tu Daim ni berani sangat. Dia cakap walaupun dia tu tak kisahkan hal perempuan, tapi dia ada seseorang yang dia suka.." Arif memandang Widyan di hadapannya dan senyum. Sungguh, dia pun sebenarnya lega bila Daim dengan beraninya memilih Widyan daripada Jasmin.

Aishah menyambung, "Masa tu pulak, Widyan sampai ke rumah kami. Masa tu lah akak, tiba-tiba aje si Daim ni sebut nama Widyan.."

"Masa tu nenek tak boleh bangkang dah ayah.." Daim memandang Widyan di sebelah kanannya. Dia memeluk bahu Widyan dan menariknya rapat. Dia sayangkan Widyan dah lama. Widyan cinta pandang pertamanya.

"Saya tahu Daim ni dah lama ada hati pada Widyan. Tapi dia ni, macam tu lah.. Dia bercita-cita tinggi. Masa dia berangkat ke Switzerland dulu, Widyan pun masih belajar lagi."

Widyan diam dan hanya memasang telinga. Barulah dia tahu kini isi hati Daim. Tapi, tak patutlah Daim tinggalkan dia dengan diam sahaja. Macam digantung tak bertali. Kalau padi, katalah padi, tidak la Widyan tertampi-tampi. Nasib baiklah Widyan sabar. Tunggu aje Daim datang dalam hidup dia semula. Kalau tak kuat iman, memang Widyan tuntut fasakh!

~~~

Selesai solat Isyak, Widyan melipat telekung. Pintu bilik terbuka dari luar. Daim sedang melangkah masuk dan terus duduk di birai katil. Dia memandang sahaja Widyan menyangkut telekung dan sejadah ke penyidai. Mama dan ayah sudah pun masuk bilik untuk berehat. Suasana rumah dah bergelap. Cuma bilik mereka aje masih terang benderang.

"Abang dah solat, kan?" Abang.. uh! Lidahnya masih tergeliat memanggil Daim begitu. Sejak di Jerejak lagi..

"Dah.." Daim menjawab sepatah. Dia menepuk-nepuk bantal sebelum membaringkan dirinya. Dia sangat penat hari ini. Kedatangan Mama dan ayahnya tadi sangat-sangat dihargai. Sekurang-kurangnya banyak cerita yang boleh diberitahu. Kalau harapkan dia, malas sungguh untuk mengungkit kisah lama.

Jasmin.. Jasmin dan dia dah berkawan lama. Sejak di sekolah menengah lagi. Memang Jasmin tu orangnya cantik jelita. Kalau nak dibandingkan dengan Widyan, Jasmin takkan kalah. Jasmin orangnya cerah dan tinggi lampai. Sesuai dengan jawatannya sebagai marketing manager di syarikat papa Jasmin. Widyan pula orangnya sederhana saja. Widyan lebih manis. Dan dia tetap cantik di mata Daim.

"Cantiknya jam?? Kaler oren pulak tu.." Sewaktu Daim mengiringkan badannya, kelihatan seutas jam tangan di atas meja kecil di sebelah katil.

"Ait, jangan sentuh. Jam mahal tu.." jawab Widyan ketawa-ketawa.

Daim mencebik. "Berapa ratus?" tanya Daim sambil tangannya pantas mencapai jam tangan Widyan.

"20 ringgit!" ..aje, balas Widyan masih lagi ketawa. Dia sedang menyikat rambut di meja solek. Setelah berpuas hati dengan rambutnya yang disikat rapi, Widyan berjalan ke katil.

"Abang.." Widyan duduk di sebelah Daim yang kini sedang bersandar ke kepala katil sambil membelek jam tangan isterinya.

Daim memandang Widyan. Menunggu butir bicara dari mulut comel isterinya. Dia suka dengar Widyan berbicara. Suaranya yang serak basah macam aktor bollywood, Rani Mukherjee benar-benar menggoda jiwa. Iye, baru Daim perasan.. Widyan ni ada iras pelakon tersebut juga. Widyan abang yang manis..

"Hari kita nikah dulu, Widyan tak ada apa nak bagi abang. Masa tu kan Widyan belajar lagi. Tapi ada satu benda Widyan nak bagi.. Abang jangan gelak pulak. Bendanya murah aje. Widyan takde parents yang own company sendiri.. Ni semua titik peluh Widyan sendiri tau.."

Widyan mengeluarkan satu kotak jam tangan dari drawer meja kecil di sebelah katil. "Widyan sentiasa bawa dia ke mana Widyan pergi. Tapi sejak Widyan kerja di USM tu, Widyan tinggal aje benda ni kat rumah."

Daim mengeluarkan isi kotak. Seutas jam tangan lelaki kelihatan. Erm.. oren jugak. Widyan ni memang laa..

Daim tersenyum. "Terima kasih, sayang.." Dia mengacukan jan tersebut ke tangan kirinya. Widyan tolong Daim untuk pakaikan jam itu. Wah, bergayanya!

"Jam ni walaupun murah, tetap bermakna buat abang. Tapi kenapa Widyan bagi abang jam tangan?"

"Widyan selalu tengok abang masa abang lepak di restoren dulu. Asyik-asyik pandang jam dinding aje. Bila jam dinding tu rosak, mula lah abang kacau Widyan tanya pukul berapa. Orang nak buat kerja pun tak senang." jelas Widyan.

"Oo, Widyan selalu perhatikan abang ye dulu?"

"Widyan pun sebenarnya sukakan abang jugak. Saat Widyan terpandang abang, Widyan tahu, abang orangnya.."

Tanpa sepatah kata, Daim meraih tubuh Widyan ke dalam pelukannya.

"Abang sayang Wiydan.."


Widyan Zainab

1 comment:

Kak Sue said...

Alhamdulillah.... Memang tertulis jodoh mereka... mesti comel kan mereka...
Terima kasih kerana x lama saya menunggu....