Sunday, August 28, 2011

C.I.C.I [6]

Intan & Syafiq: Plan yang tak disangka-sangka..semakin bertambah.

Syafiq dan Intan bertatapan seketika. Fikiran Syafiq menjadi semakin serabut. Kenapalah kebetulan nama si dia ni sama dengan rekaannya? Pada mulanya, dia hanya ingin sebut 'Intan' sahaja. Tanpa menambah nama lain di hujung. Di depan umi dan abahnya, dia cuma ingin menambah 'Intan Syafiq' yang sepatutnya memberi maksud Intan tu Syafiq punya. Dan entah kenapa lidahnya tergeliat pula malam tu menyebabkan dia menyebut Intan Syafiqah. Hish! Pusing. Pusing..

Intan pula semakin buntu. Di benaknya terfikir, macam mana pula encik sombong ni tahu nama penuhnya? Seingatnya sewaktu kejadian memalukan yang terjadi hari tu, diorang ni tak dan dan tak hingin pun untuk memperkenalkan diri masing-masing. Dah tu, bagaimana pula Intan Syafiqah nama yang arwah ibu bagi tu kedengaran amat 'manis' sekali disebutnya? Intan menggelengkan kepalanya. Kalau tak gila, mesti aku dah biul bila kata manisnya nama aku sendiri disebut si sombong tadi.. Aih, tak boleh jadi ni! Tanpa sesiapa sedar, Intan mencubit belakang badannya sendiri.

Zulkifli dan Ismail pula sedang berbalas pandang. Masing-masing cuba mencerna kejadian sebenar. Apa yang dah jadi?

Kaunter yang tadinya hanya satu dibuka, kini dah menjadi tiga. Pelanggan bank semakin sedikit. Dalam saat itu, terdengar nombor giliran Ismail dipanggil. Dia bangun meninggalkan kawan dan anaknya. Melihatkan Ismail bangun menuju ke kaunter, peluang itu digunakan Syafiq sebaik-baiknya. Dia memegang tangan Intan lalu ditarik keluar dari bangunan bank. Zulkifli hanya memandang tanpa satu patah perkataan keluar dari mulutnya. Syafiq dan Intan di luar bangunan kelihatan sedang berbincang sesuatu.

"Laa... Apasal encik sebut nama saya? Tengok, tak pasal-pasal encik heret saya dalam masalah encik ni. Tak patut.. tak patut. Kalau encik marahkan saya sebab saya terpeluk encik hari tu, tak perlulah gunakan nama saya..." Intan bersuara setelah keseluruhan cerita diperdengarkan oleh Syafiq. Sungguh dia ni cari pasal. Mana pula dia nak menghadapi ayahnya nanti?

"Cik Intan, saya pun tak tahu nama cik Intan macam tu. Saya tak sengaja nak sebut.. Dah terkeluar, macam mana nak tarik balik?" ada nada kesal di situ. Sungguh-sungguh Syafiq tak sangka begini kesudahannya.

"Sengaja tak sengaja pun, tu nama saya. Dah tu nak buat macam mana sekarang? Apa saya nak jawab pada pakcik? Yang penting, apa pula yang saya nak jawab pada ayah saya? Alamak, encik ni.." Intan semakin bengang. Dia menggeleng-geleng kepala menyesali tindakan tak berapa bijak lelaki di hadapannya kini. Tengok gaya macam orang berpelajaran tinggi. Kerja hebat-hebat. Tapi bila bab perempuan.. ha, bila bab nama perempuan ni, tak sekolah pula. Cubalah fikirkan nama moden sikit. Isabella ke, Asmaradana ke.. Ni, nama aku pula dia bantai?

"Aisehmen.." Syafiq meraup mukanya. Idea..cepatlah datang! Sungguhlah Syafiq mengaku kalah bab-bab macam ni. Cubalah bagi kat dia litar-litar elektronik ke, tahulah dia selesaikan. Masalah yang dihadapinya kini, tak pernah masuk silibus pengajian. Tiba-tiba terlintas satu nama di kepalanya. Azmi! Syafiq tahu, dia harus hubungi Azmi. Azmi aje yang dapat membantu dia dalam hal sebegini. Dia tahu, Azmi akan membebel lagi padanya. Tapi dia tak peduli, sekurang-kurangnya untuk hari ni, dia boleh lepas dari abahnya dan pakcik Ismail. Intan ni, ketepikan dulu. Yang penting, orang-orang tua di dalam bank sana.

Syafiq sudah bersedia dengan handphone di tangan. Dia mencari-cari nama Azmi. Harap sangat Azmi boleh bagi dia punya idea 'sopan' untuk menyelesaikan masalah ni. Sekurang-kurangnya untuk hari ni. Untuk masa depan, harus difikir pada masa depan. Intan juga tak kurangnya. Dia sibuk membelek handpone. Nama Syikin dicari dalam call directory. Dia juga seperti Syafiq, mahukan sedikit idea bernas untuk lepaskan diri dari idea gila Syafiq ni.

Dalam pada mereka berdua mencari-cari idea untuk 'melepaskan' diri daripada ceritera yang direka, lalu seorang pemuda di hadapan mereka. Pemuda itu berdiri betul-betul hadapan Intan. Dia meneliti Intan dari atas ke bawah. Kemudian, pandangannya dihala ke sebelah Intan pula. Dia menegur Intan dan Intan mengangkat muka. Serta merta riak wajah Intan bertukar menjadi keruh.

"Hai, Intan. Intan datang bank ke?"

"Oh.. erm.. hai.. En. Amri. Ha'a, iye.. saya ada hal di bank tadi.." jawab Intan tergagap-gagap. Intan melarikan anak mata dari Amri. Dia memandang Syafiq di sebelah.

"Intan dah makan ke? Kalau belum, jom makan sekali.. I belanja. Jom!" ajak Amri dengan lembut tanpa mempedulikan Syafiq di sebelah.

"Aaa.. erm.. dah.. dah. Saya dah makan tadi. Dengan erm.. haa, saya makan dengan dia di kiosk tadi.." Intan segera merapati Syafiq. Lengan Syafiq segera diraih dan dipaut erat.

Syafiq lagi sekali terkedu dengan tindakan Intan. Haish, kalau macam ni selalu, haruslah abahnya syak dia dengan Intan ada apa-apa. Dia berpaling ke dalam bank mencari wajah abahnya. Nampaknya abah masih 'berbincang' dengan Ismail. Apalah agaknya abah bincangkan? Jangan pasal majlis sudah! Syafiq mengembalikan pandangan kepada Intan. Walaupun dia sangat tak selesa dengan sikap selamba Intan memaut lengannya, tapi dia terasa bagaikan ada sesuatu di situ. Intan macam cuba menyampai sesuatu kepadanya. Apa dia?

"Dia? Siapa ni Intan?" tanya Amri. Nadanya sedikit berlainan. Syafiq agak Amri sedang menahan perasaan cemburu.

"Dia ni.. ermm... tu.. tunang saya. Ha'a, tunang saya. Kenalkan, ini Syafiq.." Intan memperkenalkan Syafiq kepada Amri. Nyata riak wajah Amri bertukar sama sekali. Syafiq mengerutkan kening. Bila pula kita bertunang? Syafiq memandang Intan seperti menghantar isyarat. Jari Intan di lengan Syafiq pula menjawab dengan cubitan halus.

"Ouch.." Syafiq mengaduh perlahan. Sekali dengar, nada Syafiq mengaduh tu manja aje bunyinya. Got cha! Inilah rupanya masksud Intan..

"Hai, saya Syafiq. Tunang Intan. Siapa dia, sayang?" tanya Syafiq dengan lembut.

Intan memalingkan mukanya ke belakang badan Syafiq. Tekaknya rasa loya sungguh saat perkataan sayang menerjah gegendang telinganya. Dia berpura-pura batuk. Namun, dia tetap berterima kasih kepada Syafiq. Harap-harap lakonan gila mereka nampak real di mata Amri. Intan kembali memandang Amri.

"Ini Encik Amri. Satu tempat kerja dengan Intan." jawab Intan.

Syafiq menghulurkan tangan untuk berjabat. Amri menyambut dengan agak hambar. Amri masih terfikir-fikir untuk bertanya sejak bila Intan bertunang. Sebab setahunya Intan masih single. Dia tahu dari Syikin, sahabat baik Intan sendiri. Takkanlah Syikin tak tahu kalau Intan dah bertunang.. Disebabkan maklumat daripada Syikin tu, Amri berani masuk jarum. Dia dah lama sukakan Intan. Sebelum ni, mereka berkawan biasa. Tapi lama kelamaan, perasaannya semakin bercambah untuk Intan. Dan perasaannya ditunjuk pada Intan hari-hari. Dia mahu Intan tahu perasaannya. Amri betul-betul bersungguh.

Tapi hari ni, Intan telah memperkenalkan seseorang sebagai tunangnya.

"Maaf, saya tak tahu Intan dah bertunang. Saya jalan dulu. Assalamualaikum." Amri pantas mengangkat kaki berlalu dari situ.

Setelah Amri berlalu agak jauh dari situ, Intan melepaskan pegangan tangannya dari lengan Syafiq. Dia menarik nafas lega. Fuhh, setel. Setel! Lepas ni harap-harap Amri tak menaruh perasaan padanya lagi. Amri bukannya tak tampan, dan dia sangat baik dengan Intan. Dia banyak tolong Intan di pejabat masa mula-mula Intan bertugas. Tapi Intan tak 'merasa' sesuatu bila bersama dengan Amri. Disebabkan itu, dia tak boleh bagi peluang pada Amri. Tidak sesekali dia buat Amri berharap padanya.

"Ooo, jadi mereka ni dah bertunang la ye?"

Syafiq dan Intan sama-sama berpaling ke belakang. Zulkifli dan Ismail dah terpacak di situ dengan ketawa kecil.

"Li, jomlah kita minum-minum. Banyak benda nak bincang ni.. Majlis nak buat besar mana ye?" Ismail mengadap Zulkifli. Zulkifli pula ketawa. "Mestilah besar. Intan tu anak tunggal kau kan? Syafiq ni anak bongsu aku.. Jom..jom." jawab Zulkifli pula.

"Intan, bak sini kunci kereta ayah. Nanti minta Syafiq, tunang Intan ni hantarkan Intan balik pejabat ye." tambah Ismail.

"Ha'a. Lagipun Syafiq cuti hari ni. Tolong ye Fiq. Abah banyak benda nak bincang ni.. Nak kena bagitau Effah ni, Mail pasal berita gembira ni.."

Syafiq dan Intan lagi sekali berpandangan. Ya Allah, bala apa lagi ni?

4 comments:

Miss Kira said...

hahahahaha..
sempoi..

Kak Sue said...

Berani buat berani tanggung lah... hehehe...
TERBAIKKKK..... kak sue layan...

trishaw rosak said...

terbaik dari ladang!!!

MizaEija said...

hehehehe.... masak...