Tuesday, March 29, 2011

JTO ~ 4ii

Daim bersandar di kepala katil. Tangan kanan masih memegang handphone. Dia baru aje berbincang dengan mama mengenai pertemuannya dengan Widyan di sini. Dari mama dan ayah, dia minta pendapat dan restu. Moga-moga keputusan yang bakal dia buat ni mendatangkan kebaikan kepada dua-dua pihak.

Siang tadi, setelah adegan kantoi dengan roommate Widyan, banyak benda dia disoal siasat. Hebat juga perempuan tu yang diperkenalkan sebagai Surya oleh Widyan. Di akhir soal siasat, Widyan sempat berbisik, “Dia jaguh debate. Sabar aje lah ye.”

Kepada Surya, Widyan agak keberatan untuk bercerita. Nyata status mereka tak siapa yang tahu. Widyan bijak simpan rahsia. Tetapi, Daim rasa sedikit sakit hati. Widyan tak pernah bangga dengan statusnya. Sedangkan bagi Daim, kalau ditanya samada dah berpunya atau tak, pantas aje dia menunjukkan cincin perak di jari manisnya.

Dia menepuk bantal. Gebar tebal juga ditarik. Mesyuarat di Riverside Majestic Hotel, Kuching akan berakhir esok. Flight dia pun dijangka besok. Kepalanya merangka sesuatu. Dia tekad dengan keputusan. Apa-apa yang jadi, dia takkan..
Ayat di fikiran terputus tatkala handphone yang masih di tangan berbunyi. Dia melihat skrin. Terpapar nombor yang tidak dikenali. Di dalam hati, dia sangat berharap si pemanggil adalah Widyan. Di saat dia menyapa dan memberi salam, orang di hujung talian masih diam. Beberapa ketika, “Widyan ni. Boleh jumpa?”

~~~

Loceng berbunyi. Daim segera membuka pintu. Widyan melangkah tanpa rela. Dia berdebar. Dalam pada yang sama, dia terpaksa beralah apabila Daim setuju untuk berjumpanya. Tetapi, hanya di bilik penginapan. Gila. Mengenangkan mereka perlu berbincang dan membuat keputusan, Widyan ikutkan aje. Jangan kantoi lagi sudahla.

Daim menjemput Widyan duduk. “Mana Widyan pergi selama ni? Kenapa tak contact mama?” Tanya Daim sambil menarik kerusi untuk dirinya sendiri. Mujur juga ayah tempahkan business suite untuknya. Ada juga ruang untuk berbincang. Kalau berbincang di katil, Daim takut lain pulak jadinya.

Widyan tidak terus menjawab. Dia meletakkan porch Carlo Rino ke atas meja. Melihatkan kebisuan Widyan, Daim berkata lagi, “Aku cari Widyan sebab nak betulkan keadaan. Aku minta maaf sebab buat Widyan macam tu dulu. Paksa Widyan dalam masalah keluarga aku. Tapi aku takde niat langsung nak buat macam ni kat Widyan.”

Daim masih memandang Widyan. Memancing reaksi orang di hadapan. Tapi Widyan masih lagi dengan kepegunannya. Tidak bersuara walau sepatah. Melihatkan keadaan itu, Daim meneruskan bicaranya. “Sekarang, kita pun dah dewasa. Aku nak bincang dengan Widyan pasal hubungan kita. Widyan nak teruskan?”

Widyan tetap diam. Daim dah mula rasa bosan. Tapi bila mengenangkan nasib dan masa depan Widyan di tangannya, Daim mengawal perasaan. Dia menarik nafas perlahan-lahan. “Widyan boleh cakap apa yang Widyan rasa, Widyan suka. Aku terima aje. Kalau Widyan tanya keputusan aku, semuanya bergantung pada Widyan.”

Daim menopang dagu, Widyan memegang kepala. Lagak mahu berkata sesuatu. Daim terus diam. Sempat dia berfikir, Widyan ni, kenapa?

“Entahla ye. Orang tak tahu nak cakap apa. Tak tahu..” Widyan menggenggam tangannya sendiri. Kedatangannya malam ni adalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Sepanjang petang dia berfikir. Merangka ayat untuk diperkatakan. Tapi kenapa bila berhadapan dan berduaan begini, semuanya hilang. Semangatnya juga hilang. Widyan dah pun buat keputusan.

“Selama aku tak ade, Widyan ada kawan lain ke?” Daim cuba menembak. Dia perlu tahu keadaan Widyan sepanjang peninggalannya. Dan yang penting, dia perlu tahu hati Widyan.

Tanpa berfikir panjang, satu nama melintas di fikirannya. “Surya..” Memang pun itulah satu-satunya kawan yang dia ada sepanjang lima tahun dia hidup selepas kejadian tu.

Daim menepuk dahi. “Bukanlah. Surya buat apa? Aku maksudkan kawan lelaki.”

Widyan senyum. Geli hati dengan jawapan sendiri. Pantas pula dia menggeleng. Memang dia tak ada kawan lelaki. Siapa yang berani? Dia garang, kan?

Daim mengangguk perlahan. “So, macam mana?” Daim bertanya. Apa pun keputusan Widyan dia akan terima.

Widyan mengangkat tangan lagak budak sekolah nak minta izin ke toilet dari guru kelas. Dia berdehem perlahan. “Tapi kali ni keputusan ni siapa punya? Sendirian berhad ke paksaan enterprise?”

Daim yang mendengar membulatkan mata. Amboi, perli ke apa ni?

“S.D.N.B.H.D” Daim mengeja.

Widyan diam seketika. Kemudian dia mengangguk lambat-lambat. Dia terfikir juga, kalau keputusan yang dia buat ni tapi Daim tak setuju macam mana? Kalau dia tak setuju, mesti Widyan kena paksa lagi sekali. Dia nak bagi satu cadangan sebenarnya, bukan kepada keputusan. Entah Daim terima atau tak. Tapi dia kena tahu juga hati Daim. Entah-entah, dia.. “Erm, En. Daim dah ada kawan perempuan ke? I mean yang seruis punya.”

Daim menggeleng. Lagi-lagi encik, encik lagi.. bila nak tukar abang ke.. opss!

Widyan tak komen apa-apa, tapi, “Ok. Orang nak dengar dulu apa kata En. Daim. Kemudian, kita analyse sama-sama resultnya..”

Mak aih, bila orang DSP bercakap pasal hati!

2 comments:

belle.talib said...

ske!. ske!

MizaEija said...

dah gaya cam wat post mortem je... ngeh3