Tuesday, August 31, 2010

STTS ~ 17

“Dah lama?”

“Sebulan.”

Dia masih berdiri di situ. Bersandar di sebelah peti. Matanya seakan memerhati gerakan Mak Yah membuat kerja di dapur sedangkan fikirannya jauh melayang. Melayang ketika menelefon Akmal semalam. Terperanjat jugak bila menantunya yang menjawab. Hai, bila pula Shu boleh pegang handphone anaknya? Mati-mati dia ingat salah mendail. Tapi, rupa-rupanya ada kisah..

Sedikit sebanyak hati tuanya lega ketika mendengar Mak Yah menceritakan perihal anak menantunya sebentar tadi. Hilang beban yang selama ni ditanggung. Budak bertuah betul! Dulu, ribut nak larikan diri masa kena kawen paksa. Tengok sekarang…

“Asyik berkepit je Dato’.. Naik juling mata akak ni. Tapi tu la…”

“Ada tapi lagi ke Kak Yah?”

Mak Yah memandang ke arah Dato’ Rosli yang kini melangkah ke meja makan. Berat juga hati nak bagitau. Mereka laki bini yang di‘umpat’ tu memang la dah baik. Dan kerjanya asyik berkepit aje. Tapi, ada satu hal yang, kalau tak banyak, sedikit memusykilkan. Tak tahu la samada perlu disampaikan kepada ayahanda mereka atau pun tak.

“Apa yang Kak Yah nak bagitau tadi tu? Ada lagi masalah diorang?”

“Tapi minta maaf la Dato’. Akak takde niat la nak menyibuk hal diorang tu. Cuma, musykil la sikit..”

“Apanya Kak Yah?!” Dato’ Rosli meninggikan sedikit suara. Tak sabar. Orang tua ni, menguji betul kesabaran aku yang tinggal sikit ni. Apa benda la yang memusykilkan sangat tu? Hai, heart attack aku dibuatnya..

Mak Yah sengih. Jari telunjuk dan hantu tangan kanan diangkat lalu membuat peace. “Maaf Dato’..” Mak Yah gelak seketika. Tapi, betul lah dia sebenarnya masih ragu-ragu samada perlu diberitahu atau didiamkan sahaja. Lagi pun, Akmal-Akmal bertuah tu kan baru aje berbaik. Memikirkan Dato’ Rosli yang dah menunggu kata-katanya dari tadi, bukak aje la ceritanya.. Mana tahu kan, kot-kot lepas ni budak berdua tu dapat nasihat percuma..

“Kak Yah rasa, diorang berbaik aje. Macam kawan.”

“Maksud Kak Yah?”

“Keadaan masih macam dulu, Dato’. Sorang kat atas, sorang kat bawah. Itu yang Kak Yah musykil tu..”

Fahamlah Dato’ Rosli kini. Dia berfikir sejenak. Akmal si menantu tu, yang dipanggil Shu, adalah anak kawan baik arwah isterinya. Dia dah berjanji dengan arwah isterinya yang dah berjanji dengan kawan baiknya tu.. Uh, kusut otak kalau nak cerita sekarang. Bagilah mereka masa dulu. Mungkin betul kata Mak Yah tu. Akmal dan Akmal berbaik macam kawan. At least, dah tak gaduh-gaduh macam dulu. Mungkin anaknya mahu merasa bercinta agaknya. Erm.. takpe, kita tengok aje lah.

“Kak Yah, tolong la tengok-tengokkan anak menantu saya tu. Mereka tu sebenarnya dah berjodoh. Cuma Si Mal tu aje yang bodoh sombong. Tak nak terima jodoh dia dulu. Sampai lukakan hati Shu tu.”

“Mana pulak Dato’ tahu diorang berjodoh?”

“Tengok la sekarang. Mereka dah berbaik kan? Saya rasa Mal tu dah jatuh hati kat Shu tu.. Long pernah cerita. Mira pun ada bagitau. Tapi, kita tengok la dulu mereka tu..”

Mak Yah menganguk-anggukkan kepalanya. Betul tu.. Berkat kesabaran Shu juga selama ni yang duk layan aje karenah Akmal tu.

“Kak Yah, saya keluar dulu la. Nak pergi tengok cucu pulak..”

“Iye la. Nanti kirim salam pada Long sekeluarga.”

Dato’ Rosli keluar dari rumah. Pemandunya yang setia sedang menunggu. Mak Yah di muka pintu terus menunggu sehingga kereta Dato’ Rosli keluar dari kawasan rumah. Hilang dari pandangan mata, Mak yah ingin melangkah ke dapur. Sejenak matanya mati pada MyVi oren tersadai di garaj.

Dia angkat kening. Entahkan selamat, entahkan tak mereka sampai ke Kelantan... Mak Yah cukup risau kalau-kalau... salah seorang kena campak dari tingkap kereta.

Mak Yah mengekek ketawa. Budak-budak bertuah tu laa...

6 comments:

Miss Kira said...

hehehehe..
kena cmpk dr tgkp..
berani ka akmal nk buat
hahaha

ha-ra said...

hehehe..
xde nye si akmal nk cmpak shu...
kan da cayam...hehehe...

smbg2...
mkin syok plak...

belle.talib said...

besh3

iena said...

salam writer..lama nyer x der sambungan citer ttg encik n puan akmal ni....

zuezakry said...

dah lama sangat cite tertangguh.. maaf ye. janji pas workshop minggu pertama nov ni, ada la post baru :)

azie.me said...

waiting mode~~~