Friday, December 4, 2009

CPJ 5 ~~

Hayatilah puisi-puisi di bawah yang tak berapa puisi untuk mencari kebenaran dan jawapan kepada cerita mereka, kisah hidup mereka, sejarah mereka.. sikit-sikit.

Tersebutlah alkisah… Taiyyib…


Husnul Khatimah asalnya nama
Timah Bulat nama gelarannya
Dulu aje bulat, sekarang slimnya dia
Terkenangkan seseorang yang jauh di mata

Zahari Usman anak Mak Dija
Dulu dah nakal, sekarang nakal lagi
Walaupun nakal, manisnya ada
Memilih pasangan dengan mata hati

Ain Nora kawannya si Timah
Sukakan Zahari menggunung tinggi
Macam-macam strategi nak tambat hati
Apakan daya, “Kita jadi teman tapi mesra, udah la ye..” katanya Zahari

Zahari suka Timah
Timah suka Zahari
Penulis cakap Timah yang dulu suka Zahari
Buah jambu penyebabnya jadi

Pokok jambu yang Timah tanam
Ketika dia darjah enam...

Ayah berseloroh dalam kata-kata
Untungla mana-mana lelaki pertama yang merasa
Itu la bakal menantunya
Menjadi teman pendamping anaknya

Entah apa ilmu arwah ayahnya
Kata-kata menjadi kenyataan
Zahari la orang pertama yang merasa
Maka, Zahari la bakal menjadi teman

Semasa sekolah menengah punya zaman
Zahari Nampak Timah dan Ain, sekawan
Menyelamatkan seekor kucing tak berapa menawan
Mengiau dari dalam longkang mintak diselamatkan

Ain mencanang dia la heroin
Yang bersusah payah masuk longkang
Padahal Timah la yang paling berusaha terjun ke dalam
Walaupun badannya bulat, banyak kengkang.

Sanggup menggadaikan nyawa demi anak kucing, menambat hati Zahari
Sejak itu la perasaannya mula bercambah
Tapi dipendam saja di dalam hati
Menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk persembah

Paras rupa takdek masalah
Bentuk badan langsung dia tak kisah
Yang penting hati budi jadi risalah
Kasihkan sesame makhluk di muka bumi Allah

****************


“Ooo, jadi kau balik ni memang nak nikah la ye?” Timah bersuara setelah panjang lebar mendengar cerita Zahari. Rupa-rupanya Zahari memang dah plan nak nikah. Cuma tak tau siapa nak disunting. Dia takde mana-mana teman istimewa. Dah tu, terjumpa pulak Timah yang pernah menyinggah di ruang hati. Apa lagi.... kenangan yang lama menjelma~~sweetchild! Kalau dia tak jumpa Timah, mungkin dia mintak mamanya pinang aje sape-sape. Dia tak kisah. Asalkan OK pada mamanya, dia ikut sahaja.


“Ha'a. Duk sana bahaya tau. Banyak dugaannya kalau sorang-sorang.”

"La..jangan la duk sorang-sorang. Cari la housemate ke.. Ada pet pun OK jugak.."

"Dari cari housemate, baik aku cari roomate.. Betul tak?" Zahari mengerling sekilas bakal roomate sambil mengangkat-angkat kening.

“Confirm aje aku nak terima kau. Kalau aku tak terima?” Mencabar.

“Eleh, kau terima punya la.. Aku tau rahsia kau..” Deal!

“Rahsia apa?”

“Ada lah..”

Timah menggeleng. Sekarang bukan masanya nak melayan Zahari yang memang terkenal dengan perihal mengusik orang. Daripda sepuluh patah katanya, satu pun belum tentu betul! Jadi, buat-buat tak dengar aje la.

Mereka menjinjit beg-beg plastic berisi barang-barang pertunangan menuju ke kereta yang di parking di belakang bangunan Cowboy. Cuti Zahari selama dua minggu memang dimanfaatkan sepenuhnya. Merisik~bertunang~nikah.. Kenduri aje dibuat dua bulan lagi. Kalau buat jugak, bidan terjun pun kalah! Mak Dija la yang cakap..

Sebelum balik, mereka singgah di satu kedai mamak untuk membasahkan tekak.

“Apasal kau punya barang macam banyak sangat tu?” Timah memandang barang-barang kepunyaan Zahari.

“Mana ada.. sikit aje ni. Kau punya lagi banyak.” Mana boleh bagitau, nanti pecah rahsia!

Timah mengangkat kening. Memang keluar sama-sama. Tapi masa cari barang mereka berpecah. Katanya Zahari, kalau beli sama-sama, takdek surprisenya. Untuk praktis jadi isteri yang baik, dia pun mengikut aje la tanpa sebarang bantahan dan syak wasangka.

Tapi, Zahari Usman ni banyak helahnya!

3 comments:

.:me insan biasa:. said...

haha...best puisi ka per tu...
lawak tul..
kena tepat dgn citer..
nk lg..nk lg.

sinichies_girl88 said...

hehhe...
sweetnya..
ermmm sambung..sambung...

Aishah Hamzah said...

sambung2!