Wednesday, April 1, 2009

Kisah Di Hati 34

Barang-barang yang dibeli tadi diletakkan di atas meja. Aliah menarik kerusi. Air kotak Dutchlady yang dibeli kat bawah sebelum naik ke tingkat 20 rumah Azman disedut perlahan. Dia memejam mata. Mengelamun lagi..

Ali Kamil rupanya nama dia.. Hish, kenapalah aku tak pernah terfikir nak tanya abang nama penuh dia.. Memang dia tak pernah tanya pun. Dia memang diperkenalkan dengan tunangnya setakat nama KAMIL sahaja.

Ali..

Kenapa la dia tak guna nama tu?

Hmm, macam nama abang belon tu.. Kalau la dari dulu aku tau..

Kalau dulu tau kenapa Lia?

Heh, takde la baru sekarang kami bertunang.. Mungkin dah kawen kut sekarang.. Confirm cincin yang dia bagi first-first dulu aku tak refund..

Tapi, kenapa?

Sebab nama dia Ali…….. Kut?

Sejak dari tadika masuk sekolah rendah sekolah menengah ke matrikulasi sampai la ke ‘u’, dia memang tak ada kawan lelaki yang bernama Ali. Ada tak ada pun, Ali si abang belon tu. Seram sejuk dia bila dapat tahu yang nama penuh tunangnya pun.. Ali Kamil?

Nak dijadikan sejarah, Aliah mempunyai seorang kawan masa dia sekolah rendah. Ingat lagi masa tu dia dalam darjah enam. Dalam kelas dia duduk di sebelah Maisarah. Maisarah yang montel. Tapi hati dia baik. Selalu bawa bekal. Selalu jugak la Aliah ‘menumpang bekal’nya yang memang best..

Suatu hari, entah borang apa yang diorang kena isi, diedar oleh guru kelas. Dalam ruang nama bapa dan nama ibu, Aliah menulis nama Ismail~bapanya dan Hidayati~ibunya. Setelah menulis nama kedua ibu bapanya yang telah pun menjadi arwah pada masa tu, dia berpaling melihat borang yang diisi oleh Maisarah.

“Hamid, Hamidah..? Eh, nama mak ayah awak dekat-dekat la..” Aliah menegur.

“Dekat, kan? Cuma buang huruf ‘a’ dan ‘h’ je pada nama mak..” Maisarah menjawab sambil dua jari telunjuk dah hantunya menutup pada kedua-dua huruf tersebut.

“Ha’a laa..” Aliah nampak begitu kagum. Lama dia memandang nama-nama itu.

“Kalau nama saya, buang ‘a’ dengan ‘h’, jadi ‘Maisar’. Ada ke lelaki nama macam tu?” Maisarah menggigit pensilnya. Berfikir.. Ada ke?

“Pelik je bunyinya. Kalau nama saya pulak, buang ‘a’ dengan ‘h’.. hmm..” Aliah memadam dua huruf tersebut. Maka bunyinya, “Ali! Ali la Maisarah.. Nama Ali kan selalu ada…”

“Ha’a la. Wah, kalau awak jumpa lelaki nama Ali, bestla.. Tengok mak dengan ayah saya, diorang tu baik tau. Mak pernah cakap sebab nama diorang tu berkongsi makna. Yang Terpuji. Hmm, sebab tu kot boleh serasi..”

Maka pada hari itu.. tertanam la satu tekad untuk ‘mencari’ seorang lelaki yang bernama Ali..

Ali Satu = Abang Belon , tapi dah tak tau kat mana nak cari.

Ali Dua = Ali Kamil = Tunangnya.. yang dah ada depan mata.

So, Lia? Tepuk dada, tanya la hati..