Tuesday, March 24, 2009

Kisah Di Hati 30

Aliah berkemas apa yang patut. Sebentar tadi dia baru menerima SMS dari Kamil memintanya bersiap untuk ke KL. Berkerut keningnya. Ada apa kat KL tu.. Namun diturutnya jua. Nama pun tunang..bakal suami.. kalau tak patuh dari sekarang, bila lagi.. ye tak?

Selepas makan malam dengan Kamil, mereka terus bertolak. Kebetulan Kamil ada hal dengan cawangan company di JB. Dia mengambil kesempatan itu untuk membawa Aliah ke majlis perkahwinan seorang sahabat baiknya.

***

Kelopak kelopak jantung jantung..kelopak kelopak jantung jantung..

Tipikal bunyi kompang. Aliah kagum dengan majlis perkahwinan yang dihadirinya sebagai peneman Kamil. Sangat meriah. Ala, orang berkemampuan. Kaya. Hidup senang. Tak kisah sangat pasal belanja. Semestinya. Aliah melempar senyum pada orang-orang yang disalami Kamil. Banyak sangat kawan dia. Siapa yang kawen sebenarnya ni? Dia langsung takdek idea. Kamil meminta dia menemaninya sebab kata Kamil, “Hari tu I boleh temankan Lia.. Takkan Lia tak boleh temankan I?” Sayu je bunyinya. Aliah tahu..

“Lia, kita makan dulu. Baru jumpa pengantin. Nanti I kenalkan siapa dia…” Kamil menarik tangan Aliah ke meja makan. Eh, masa bila dia blaja tarik-tarik tangan ni? Aliah duduk di situ. Tapi Kamil hanya meletakkan casing kamera digitalnya sahaja. Tuan punya badan sudah berjalan ke arah makanan. Mencapai segala apa yang tersedia. Aliah hanya memandang. Jangan dia lawak cekodok dengan aku sudah..

“Lia, nah..” Kamil meletakkan sepinggan nasi beriani di hadapan Aliah. Mata Aliah perlahan dialih ke muka Kamil. Kenapa tiba-tiba jadi baik pulak ni?

“Thanks. Awak punya?” Soalan Aliah hanya dijawab dengan bibirnya yang sedikit memuncung. Menunjuk ke arah pinggan yang telah diletak ke atas meja. Kemudian, masing-masing diam sambil menyuap makanan.

“Kita datang majlis siapa ni?” Aliah bertanya sedikit kuat. Mengimbangi suaranya dengan suara bising di dalam dewan tempat berlangsungnya majlis tersebut.

“Kawan I. Masa kecik-kecik dulu.” Kamil mengesat mulutnya sebelum meneruskan bicara. “Dulu dia ni gemuk tau, Lia. Masa tu punyala payah dia nak pikat perempuan. Perempuan langsung tak pandang dia. Tapi, kalau la orang tau dia ni berketurunan, heh.. Mesti ada yang sangkut. Tapi sekarang dia dah kurus dah.. Lepas SPM dulu, beria-ia nak kuruskan badan.. Mesti dah hensem dia sekarang. I sebenarnya dah lama tak jumpa dia..”

“Oh..macam tu..”

Suasana di meja makan kembali sepi. Aliah dan Kamil meneruskan suapan. Mereka menunggu pengantin masuk ke dewan. Sementara itu, Aliah sempat memandang pelamin di bahagian depan dewan. Cantik. Gabungan purple putih. Sweet sangat. Dia memandang Kamil untuk menyampaikan sesuatu. Tapi… kantoi! Kamil kantoi dengan Aliah. Mana taknya. Elok je Aliah memalingkan muka, Kamil sedang merenungnya. God…

“Kenapa? Ada benda tak kena? Mulut saya comot ke?”

Kamil hanya menggeleng. Dia malu sendiri. Leka sangat tengok Aliah. Dia tahu apa yang bermain di fikiran Aliah. Kalau tak, takkanla Aliah tersenyum sorang-sorang melihatkan pelamin yang kat depan tu. InsyaAllah Lia, one day, kita pun akan duk situ jugak. Sabar je sikit..

Aliah mencebik. Dalam hati ngumpat aku la tu.. Macam la aku tak kenal dia siapa?
Dia siapa Lia? Ada satu suara bertanyanya. Dan Aliah menjawab di dalam hati, dia tunang aku..

“Eh, Lia.. Jom. Pengantin dah masuk tu.. Hmm, kali ni Lia pulak ambik gambar I tau..”
Dah agak! Kes balas dendam..

Saat Aliah terpandangkan pasangan pengantin melalui tempatnya berdiri di sebelah Kamil, matanya terpaku.
Dia rasa nak pitam..


Jie..

4 comments:

nurhakim said...

salam kak..
lmanya tnggu n3 cte nie...
yg kwen 2 msti kwan kamil yg berniaga pisang goreng 2 kn????
tul x???
tpi lpa lah sp nma dia...hihiii
bla aliyah nk thu kamil ngn ali 2 org yg sm???
xsbar nk tnggu part 2...huhuuuu

zuezakry said...

hai hakim.. sorry. lately akak ade prob la.. bz sikit. sorry yek. hahah..pandainya awak ni. actually akak nak cut action ni hehe.. dlm minggu ni jgk aliah tau pasal kamil ni.. harap2 la hehe..
thanx ye sudi berkunjung :))

Hafia Hana said...

u..h.u...

x sbrnya nk tau kisah psni!

aakak n3 cepat ckit ehh!

in_wired88 said...

jie_encem tu yer? huhu.. nt pertemuan semula ar ye?hmm??