Friday, March 13, 2009

Kisah Di Hati 25

Mawar diturunkan di hadapan pintu rumahnya. Setelah itu, CR-V menderum pergi. Menuju ke destinasi seterusnya pulak.

Aliah masih di seat belakang. Tido.. Dia langsung tak perasaan yang diri dah jadi ‘madam’ masa tu. Kamil di hadapan hanya menggeleng. Pasrah. Redha. Terima hakikat yang Aliah mungkin tak dapat terima dirinya lagi. Dia terus drive. Tak payah susah-susah fikir. Abah dah pesan, “Esok-esok dia terima la tu.. Sabar je sikit.”

Setengah jam kemudian, sampai la mereka di rumah Kamil. Sampai enjin kereta dimatikan pun, Aliah masih nyenyak tidur. Kamil berpaling ke belakang. Dia menyeru nama Aliah beberapa kali. Tapi langsung tak ada ‘tindak balas’. Macam buat experiment Kimia la pulak. Nak buat apa ni? Takkan nak kena dukung bawa turun? Tak semena-mena je Kamil sengih jahat. Apa salahnya kan? Darurat!!

Sebaik sahaja pintu belakang dibuka, Mama terkedek-kedek berjalan ke arah kereta Kamil. Kamil yang sedang ralit memerhati muka tunangnya, tak sedar langsung dengan pandangan kurang senang mamanya.

“Ehem ehem..” Betul-betul sebelah telinga…

Secepat kilat Kamil berpaling. Tegak bulu roma!

“Mama!! Nak bunuh orang ke hape?” Kamil menarik nafas panjang. Mengurut-urut dada. Mama ni..kalau dah berbisik tu, tak boleh nak beza, orang ke hantu..

“Nak buat apa ni? Mama macam dapat rasa aura tak baik je kat sini. Nak buat apa dengan Lia?” Mama menjengah muka ke dalam kereta. Aliah masih terlentok elok. Dahsyat sungguh Aliah ni. Senang tido, payah jaga!

“Dah. Gi masuk dulu. Biar Mama yang kejutkan dia. Penat agaknya ni..”

Kamil diam sejenak. Perlahan-lahan dia melangkah masuk ke dalam rumah. Dalam pada itu, sempat jugak dia berfikir, aura tak baik apa Mama rasa agaknya?’ Dia berhenti seketika di muka pintu. Berpaling lagi ke arah Mama yang sedang mengejutkan Aliah. ‘Lia..Lia..macam tu pun aku boleh lagi suka dekat kau.. Entah ikatan kovalen apa yang buat kita macam ni ek?’

3 comments:

Hafia Hana said...

hu..hu...

ikatan kovalen antara asid sulfurik dengan natrium benzonat~


hope lia ngan Kamil jd sweet couple!

zuezakry said...

ermm zulaifah..actually kan sebelum jadi ni ada la sweet accident yang diorg tut tut kan.. heh, tunggu je lah ye. mungkin lambat ckit kot utk entry baru sbb akak cam bz sikit lately. anyway, thanks kepada pengunjung2 ;))

Hafia Hana said...

hu..hu..
i'm waiting kak zam...

actually dah x sbr nk tau citer diorg nehh!