Wednesday, March 11, 2009

Kisah Di Hati 23

Majlis pertunangan sudah pun tamat. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Rombongan pihak lelaki sudah pun pulang. Rumah teres dua tingkat yang tadinya hingar-bingar, kini kembali aman seperti sedia kala.

Mawar sedang mengemas dulang-dulang hantaran. Barang-barang hantaran disusun elok di atas katil sebelum dimasukkan ke almari. Aliah masih di situ. Menemani bakal kakak iparnya. Malas nak balik lagi. Kejap-kejap lagi la.

“Kak, kenapa tak nikah je terus? Nanti akak boleh la ikut abang ke Dubai.” Aliah masih memerhati perlakuan Mawar. Nak ditolong, tak dibenarkan. Sudahnya Aliah hanya melepak di katil sambil menekan-nekan kamera digitalnya melihat gambar dan video yang dirakam semasa majlis tadi. Kepunyaan Azman sebenarnya tapi dibuat harta sendiri. Adik yang baik...

Mawar hanya tersenyum mendengar soalan itu. Bukan kali pertama soalan sebegitu ditujukan padanya. Mak, abah, pakcik, makcik, atuk, nenek… Takkan habis kalau nak disenaraikan. Tapi jawapan tersedia tetap sama iaitu, “Lia, bukannya akak tak nak. Tapi abang Lia tu la. Selagi Lia tak kahwin, kami pun takkan kahwin. So, kalau Lia nak tengok kami kahwin cepat, Lia kena lagi cepat tau..”

Mawar faham sangat perangai Azman tu. Kebahagiaan Aliah adalah segala-galanya. Bukan sehari dua mereka kenal. Dah bertahun. Dan sebagai tunang, dia sangat menghormati pendirian Azman. Mawar sendiri tak kisah. Baginya, jika begitu sekali kasih sayang Azman pada Aliah, macam tu jugak la kasih sayang Azman padanya. Harap-harap la kan..

Aliah mencebik mendengar ayat terakhir Mawar. Malas nak layan!

“Abang tu memang macam tu. Kesian akak. Lama tau abang pergi sana. Dah la balik je terus nak kahwin. Penat la akak nak urus sorang-sorang.”

Mawar hanya tersenyum. Aliah ni memang. Perangai sama macam abangnya yang tak hensem tu.. Saja nak tukar cerita.

“Ala..apa pulak akak sorang. Lia kan ada. Takkan tak boleh tolong akak?”

“Tolong macam mana kak? Lia kat selatan, akak kat barat.” Tolong tengok boleh la, Aliah menyambung dalam hati. Sungguh tak sopan aku ni..

“Ala dik. Akak gurau je lah. So, Lia dan Kam macam mana? Dah ada keputusan? Akak dengar korang dah bincang.”

Keputusan? Terdengar keluhan perlahan Aliah. Bolehlah dikatakan keputusan. Keputusan untuk berp…


“En. Kam, saya..”

“Wait..wait Lia. Dah la, jangan formal sangat. Dari dulu lagi Lia panggil I ‘encik’. Kita kat McD je pun. No protocol, ok?”

Dah sudah.. Dah tu aku nak panggil dia apa? “Saya tak tau nak panggil En.Kam apa..”

“Tengok tu. ‘Encik’ lagi. Suka hati la nak panggil apa pun. Asalkan jangan berencik-encik lagi..”

Dramatiknya bahasa dia ni. Nak panggil apa? Apa-apa pun? Macam aku dengan Fauzi.. sesuai ke? Lets try..

“Aku-kau? Boleh?”

Tak sempat menelan air Coke yang disedut, terus tersembur keluar. Bulat mata Kamil. Amboi, cantiknya bahasa..takkan la bakal bini aku ni macam ni? Kamil berdehem perlahan. Aliah di hadapannya hanya sengih. Tau takut..

“Erk..sorry la. Memain je, hehe. Ok la.. ok la..” Aliah gelak. Nak mampos kalau abang tau aku panggil kawan dia yang lebih tua dari aku macam tu.

“Abang?” Aliah bersuara perlahan. Mempertimbangkan sorang-sorang. Eeiii tak boleh.Bukannya laki aku lagi. “Abang apa salahnya..” Kamil juga bersuara perlahan sambil menyuap fries ke mulut.

Juling mata Aliah. Gila?! ‘Abang’ aku namanya Azman je la.

“Awak je la ye..” Segera Aliah menjawab. Tak nak la ‘abang-abang’. Yang tu tunggu la dulu.. Tak sabar-sabar!
Kamil menjungkitkan bahu. Degil jugak budak ni ye. Apa la nasib badan.

“Awak.. ermm..” Aliah berhenti. Pelik sungguh bunyinya. Segera dia menekup tangan ke mulut. Menyembunyikan tawa. Lucu. Skema sangat la..

“Kenapa?” Kamil masih menanti apa yang Aliah nak cakap. Dia sebenarnya dah tak sabar. Sejak menerima SMS dari Aliah tiga hari lepas, dia semakin gelabah. Gelisah tak tentu arah. Dah la terfikir-fikir kenapa Aliah nak jumpanya, ni nak kena tahan usik-perli dari Kamalia dan Mama pulak. Yelah, satu family tahu yang dia bakal berjumpa Aliah. Nasib baik ada Abah. Tapi, dalam nasib baik pun, terkena jugak dia dengan Abah.

Aliah menarik nafas. Kembali pada fokus utama. Dia dah nekad. Biarla hari itu hal di antara mereka settle. Malas nak fikir-fikir lagi. Nampak gayanya..

“En. Kam, macam ni lah.”

Kamil ingin menegur tapi..

“Biar saya cakap dulu ya. Pasal panggilan tu tolak tepi dulu. Saya ajak jumpa ni sebab nak settlekan masalah kita. Saya rasa En.Kam dah tahu jawapan saya pasal cadangan abang, kan?”

Kamil hanya mengangguk. Dia menyuap fries sambil mendengar cerita Aliah.

“Hari tu, encik pernah tanya saya, kenapa 26, kan?”

“Yup. Still remember. So, Lia nak cerita ke?”

Aliah mengangguk. Dia menarik nafas perlahan. Menyusun kata-kata. Seketika dia menghembus nafas..

“Sebenarnya… sebenarnya tak ada apa-apa pun.” Aliah pantas mengangkat dua jarinya. Peace!! Lebar sengihannya. Lantak la dia nak pikir aku sewel sekali pun!

“Tak ada apa-apa? Dah tu?” Pelik la minah ni..

“No la. Tu cuma cerita dongeng je. Bila fikir balik apa yang encik bagitau hari tu, betul jugak. Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu siapa yang saya tunggu. Saya dah lama sedar, encik. Dan disebabkan kesedaran itu, masa final year dulu saya dah ada bf pun.” Aliah diam sejenak. Perkataan ‘bf’ tu nampak tak kena betul.

“Oh ye ke? Dah tu, mana dia sekarang? Sebab tu ke Lia pulangkan cincin dulu?” Kamil memandang Aliah di depannya. Comelnya Lia ni.. Tapi kan.. macam pernah jumpa la dia ni…

“Tak la. Dulu tu bukan sebab dia pun. Tapi mungkin jugak la kot. Kami baru break je pun masa tu. Tu yang ingat nak enjoy-enjoy dulu. Tapi tak sangka pulak encik ‘anta’ cincin..”

Kamil kenal Lia dah setahun tau.. Tiba-tiba je Aliah teringat kata-kata Azman dulu.

“Ermm encik. Abang pernah bagitau yang encik dah lama kenal saya. Bila kita jumpa ye?”

Kamil menjungkit bahu. Dia tahu Aliah tak ingat insiden tu. Lagi pun dah lama. Biar je la. Tak penting pun.

“So, hal apa yang Lia nak settle tu?”

“Ha’a lupa dah. Saya nak cakap pasal kita la.”

“Memang la hal kita. Saya ingat dah tak ada apa-apa lagi yang tak jelas. Saya faham semuanya.”

Aliah terangguk-angguk. Dia kembali menyedut airnya.



…isah dengan kisah di hatinya. Hish entah la. Dah tiba masanya. Biarla kisah di hatinya terkubur begitu sahaja.

Selamat berpisah Mr.Ali ku..

“Hai..berangan ke tu? Penat akak cakap sorang-sorang..” Mawar mencubit pipi Aliah. Kita punya la pot-pet pot-pet pasal dia dengan Kam, ke lain pulak fikirannya. Buat penat tolong Azman promote pasal Kamil.

Tercengang-cengang Aliah. Lorr, patut la lain benar. Rasanya tengah menyedut Mirinda Orange tadi.

“Kak..jom g KFC!”

3 comments:

nurhakim said...

hahahaha
lwak tul lah aliya nie...
sk sgt brangan..hihiiii
sy rsa lah kamil ngn ali 2 org yg sm..
tul x writer???
cz kat epi brp(xingat lah) de sbut nm ali..
kat c2 dah dpat tngkap skt2...hihiii
cpat smbng tau kak..
cte akak nie best..
t smbng pnjng2 tau..

Hafia Hana said...

x kisah la siapa Ali..

sumtime its better forget your past and accept the new one~

Anonymous said...

sy ske la citer ni...
sy stuju ngan nurhakim...ali n kamil adalah org yg sama...
best2..huhuhu..